Post-Partum D3pression Ke Aku Ini?

Hi warga IIUM Confession. Aku beri ringkasan serba sedikit tentang diri aku.

Aku Be, berusia 20an, suri rumah, ada sepasang anak yang sangat comel berusia 4 dan 2 tahun. Suami aku baru masuk 30 an dan sedang work from home di waktu PKPD di tempat kami sekarang.

Alhamdulillah suami aku tidak pernah culas dalam tanggungjawabnya sepanjang 5tahun perkahwinan kami malah dia yang ambil alih segala tugas di dapur sepanjang dia ada di rumah.

Cerita ini tentang tekanan yang aku hadapi dari awal perkahwinan dan kesannya mungkin masih ada sehingga sekarang.

Selepas berkahwin kami tinggal sementara di rumah mertua ku kerana suami ku sedang mengumpul modal untuk pembelian tanah Dan pembinaan mahligai kami sendiri.

2 bulan selepas berkahwin aku disahkan mengandung anak sulung kami Dan aku berhenti kerja demi keselamatan kerana morning sickness yg agak teruk dan tekanan darah rendah aku hampir 2kali pitam semasa memandu.

Oh hampir terlupa kami hanya tinggal setahun setengah sahaja dirumah mertua kerana selepas itu mahligai kami telah siap dibina.

Di awal sebulan perkahwinan, semasa sedang duduk menonton TV di rumah mertua ku aku bersembang dengan ibu mertua ku.

Pada Pandangan awal aku ibu seorang yang cakap berterus terang bagus begitu maka kita tau apa kemahuan dia tapi dia cakap tanpa berlapik dan tidak memikirkan perasaan orang lain apa lagi aku orang baru dalam keluarganya.

Ibu mertua ku bercerita masa awal merisik aku, balik tu dia tanya untuk kepastian benarkah suami aku nak kahwin juga dengan aku kerana bila dia lihat taraf keluargaku yang agak mewah dan tahap pendidikan ahli keluargaku juga tinggi,

Seperti ayah aku sambung pengajian peringkat master di usia 40an sedangkan suamiku dan abangnya hanya SPM dan dia hanya bangga dengan putri bongsu die yang berjaya masuk ke Universiti waktu itu.

Tapi suami aku menjawab memang dia yakin dengan pilihan dia kerana sudah mengenali terlebih dahulu aku dan keluargaku dan dia lebih tahu.

Kemudian ada beberapa kali di awal perkahwinan aku mahu bantu ibu mertua ku memasak di dapur dan aku meminta tunjuk ajar dia beberapa hal yang aku tidak tahu .

Aku mengakui yang aku kurang mahir memasak cuma asas sahaja yang aku tahu sebab aku tinggal di asrama selama 10 tahun dari usia aku 13 tahun.

Semasa sedang potong sayur, bapa mertuaku balik rumah membawa ikan yang aku tak pernah lihat dan makan. Aku nak belajar basuh ikan tu lalu aku bertanya kepada ibu nama ikan tu.

Ibu mertuaku menjawab dengan nada sinis, ‘hai kan belajar tinggi takkan ikan bagok pun tak tahu’.

Aku pun tak pasti apa kaitannya diploma in Nursing dengan pengetahuan jenis ikan ya? Aku agak sentap tapi aku malas nak ambil pusing kata katanya waktu itu.

Oh dan banyak lagi selepas itu perkara yang berlaku dan kata-kata ibu mertuaku yang sangat menghiris hati tak mampu aku ungkapkan.

1 hal yang sangat aku terkejut ibu mertuaku langsung tidak hormat bapa mertuaku, dia akan tengking tinggi kan suara Dan perli bapa di depan sesiapa sahaja walau perkara itu kecil seperti bapa mertuaku keluar pergi kedai terlupa beli sayur yang dipesan.

Bapa mertuaku sangat baik Dan agak pendiam dia hanya akan bercakap apabila ditanya. Aku sememangnya agak peramah selalu ajak bapa bersembang dan dia melayan aku dengan sangat baik seperti anak sendiri.

Bapa selalu tanya dan beli kan jika ada makanan yang aku ngidam jika suamiku waktu itu kerja di luar.

Adik iparku yang bongsu merangkap puteri kesayangan bagi ibu mertuaku juga tinggal serumah denganku waktu itu di awal perkahwinan.

Kenapa aku kata putri raja? Kerana waktu itu usianya sudah masuk 20 an tapi segala underwear dan Kain bajunya masih ibu mertuaku yang rela cuci, sidai, angkat, lipat, Dan kemas dalam almari.

Puteri kesayangan itu juga tak pernah turun ke dapur bantu ibu memasak dan dia hanya bangun tidur selepas jam12 tengahari untuk mandi, makan, tonton TV sampai ke petang adakala sampai malam.

Ibu mertuaku jenis orang yang pantang puterinya ditegur kerana abang iparku dan suamiku pernah menegur adiknya tapi ibu mertuaku pertahankan dia sehingga mereka malas nak tegur dah.

Ibu mertuaku ada 2 ahli geng membawang dia apabila mereka datang berkumpul di rumah. Allahu aku pun sakit telinga dengar mereka mengumpat anak anak jiran sekeliling terpaksa aku masuk ke bilik.

Mereka umpama kuman diseberang laut nampak saja, bangkai di depan mata diabaikan. Eh betol ke peribahasa tu? Haha..

Oh salah 1 sebab Kenapa puteri kesayangan tu sangat dibanggakan ibu mertuaku selain kerana puterinya dapat masok U, 1 lagi kerana penampilannya yang Muslimah seperti ibu mertuaku Tudung sangat labuh baju longgar handsock tak pernah tinggal bila keluar.

Ya aku pon seronok tengok penampilan mereka sempurna begitu manis kan?

Cuma apabila Mengenali akhlak mereka ya aku terkesima. Tapi siapalah aku nak menilai cuma aku adalah antara orang yang terkesan dari pada perbuatan dan kata kata mereka.

Kemuncak Tekanan itu yang tak dapat aku tahan. Pada waktu itu kandunganku mencecah 6 bulan, terjadi sedikit salah faham dengan suamiku dan kami perang dingin selama sehari.

Waktu aku dirumah siang tu suami di tempat kerja dan dia wasap aku bertanya beberapa perkara salah 1 tentang ibunya mengadu aku selalu keluar beli makanan tapi tak tanya orang kat rumah nak kirim ke tak kadang kadang putri raja tu teringin tengok aku makan macam sedap.

Masalahnya aku ke dia yang mengandung sampai dia tak boleh keluar beli sendiri tapi merayau dengan kawan sampai lewat malam boleh pulak. Awal awal dulu aku ada tanya juga tapi diorang kirim langsung tak beri duit dan adakala lebih dari bajet aku apa yang dipesan.

Lepas tu aku keluar aku beli kan lebih makanan yang sama aku makan tapi sampai basi tak makan pon jeling saja. Apa perasaan aku rasa tak di hargai pon ada. Selepas wasap, malam tu aku bertengkar sedikit dengan suami ku dalam bilik dan ibu mertuaku curi dengar dari luar bilik.

Bila aku keluar ibu perli aku kerana melawan kata suami dan macam macam lagi kata dia aku tak ingat, dia juga jadi batu api msuk campur hal kami suami isteri. Malam tu aku hanya tidur 3jam dan kerana Sakit hati yang amat sangat aku buat keputusan drastik.

Selepas subuh waktu semua orang tidur, aku start kereta bawak baju dan barang keperluan asas saja aku memandu seorang diri balik ke kampung. Ayah Dan mama aku sangat terkejut di awal pagi hari aku dah terpacak depan rumah mereka.

Oh ya, aku adalah anak ke 2 dan juga puteri tunggal dari 4 beradik tapi mama dan ayah tak pernah membezakan kasih sayang,

Dan kami dididik dengan jati diri yang kuat sebab tu seawal usia 13 tahun aku dah dimasukkan ke dalam asrama dan kali terakhir mama basuh kan baju aku pun waktu sebulan sebelum aku masuk asrama.

Selepas itu semua pengurusan diri aku lakukan sendiri dari tunjuk ajar mama dari awal.

Selepas peristiwa aku balik ke rumah keluargaku, group wasap family mertuaku agak kecoh terutama ibu mertuaku. Aku dah wasap suamiku subuh itu terlebih dahulu waktu dia tidur aku kate nak balik rumah ayah dan mama nk tenangkan fikiran tapi taktahu sampai bila.

Suami aku cuti kerja beberapa hari dan balik ke rumah keluargaku meminta maaf dan memujukku. 3 hari kami tinggal di rumah keluargaku sama sama muhasabah diri.

Selepas itu suamiku berubah lebih positif alhamdulillah sampai sekarang. Tak lama lepas aku bersalin anak sulung kami proses pembinaan mahligai kami bermula.

Aku rase dah panjang sangat ni, cuma ringkasannya sampai sekarang ibu mertuaku tak berubah masih puaka mulutnya,

Tapi aku pun tak diam dah bila aku rasa benda tu salah dan aku ada pndapat sendiri aku cakap terus depan depan sebab bila aku simpan aku sakit aku tertekan sampai tahap meroyan nangis tiba tiba tak kira masa rasa tak berguna rasa nak hilang kan diri macam macam lagi.

Suami aku pernah tanya Kenapa aku macam dah lain dah berubah dari dulu? Aku cakap semua nya sebab tekanan dari keluarga dia.

Keluarga dan kawan kawan aku tak pernah layan aku macam ni buat aku tertekan macam ni sampai aku hampir hilang akal. Alhamdulillah sekarang kami bahagia sangat terutama aku. Kebahagiaan yang tak mampu ditafsirkan 1 jiwa yang tenang.

Sekian…

– Be (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *