Assalamualaikum dan hai semua.
Aku sekadar ingin berkongsi idea tentang cloth diaper sempena PKP ini.
Cloth diaper (CD) ini ibarat lampin kain yang digunakan zaman mak-mak kita dulu.
Alhamdulillah, aku guna cloth diaper sebagai pengganti pampers biasa yang ada di pasaran.
Sekeping boleh dapat harga serendah RM2 dan boleh guna berulang kali sampai anak tak masuk potty training.
Sebelum beli CD, rasa terbeban sangat dengan kos pampers.
Perkara pertama aku buat, aku study cara guna dan uruskan CD.
Kepantangan CD ni ialah softner. Jangan basuh dan letak apa-apa softner. Basuh guna sabun biasa saja or detergent baby tu. Terpulang.
So kalau beli sabun, pastikan tiada campuran softner (liquid detergent kadang2 ada).
Aku beli macam-macam jenis CD, macam-macam warna. Biasa makin lama guna, makin bagus CD tu. Sampai saja, korang kena basuh dulu tau.
Carilah lagi tips tentang CD ni. Banyak sangat kalau rajin google.
Waktu malam aku pakaikan anak pampers mummy poko tapi tetap bocor. Aku stress. Jadi aku cari CD yang tahan air kencing waktu malam.
Aku pilih jenis BAMBOO. Alhamdulillah memang jadi.
Bila kita tentang keperluan anak dan duit, kita kenalah rajin.
Mula2 guna, aku akan simpan CD dalam 1 tempat. Dah penuh sehari, baru aku basuh.
Tapi bau air kencing tak boleh tahan. Jadi sebaik tukar diapers anak, aku bilaskan dulu insert diapers dan CD tu. Ok sikit.
Kawan-kawan, selagi mana ada jalan, kita trylah.
Yang ingin menderma, boleh cuba sediakan CD ni. Mesti ramai nak cuba. Tak semestinya sediakan pampers biasa.
Sekian dari saya pengguna tegar cloth diapers.
– Aku Pengguna Cloth Diapers (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit