Assalamualaikum. Lately bila on FB, keluarlah berita student UiTM yang meningg4l. Dikaitkan dengan str3ss belajar. Bila tengok komen-komen, ada yang salahkan lecturer, ODL dll
Bagi saya waktu belajar, semua orang hadapi tekanan masing-masing. Baik student, baik lecturer, baik cikgu sekolah. Ada orang kata str3ss waktu pandemik tak sama.
Saya nak share pengalaman saya. Saya student Master part time, alhamdulillah baru habis final semester. Saya ODL sama macam yang lain, ibu kepada 4 orang anak, bekerja di essential service.
Di waktu orang lain boleh WFH, saya kena hadir bekerja. Bertahun-tahun PJJ dengan suami, akhirnya saya selesai fasa PJJ dengan suami masa di tahun akhir master (Alhamdulillah).
Tekanan saya tak kurang pun daripada pelajar yang masih muda yang buat diploma atau ijazah sarjana muda. At least student bujang tak perlu fikir banyak benda lain (yang dah kahwin mungkin faham).
Tak nafikan masa pandemik ni masing-masing ada masalah duit, masalah keluarga, masalah couple, peer pressure dll. Banyak faktor boleh jadi penyebab str3ss.
Saya bukan nak highlight siapa yang lebih pressure daripada siapa. Tak ada siapa bertanding di sini. Cuma saya nak share pendapat saya dan cara saya tangani str3ss. Moga ada manfaatnya.
Masa pandemik ni bagi saya belajar online takde lah sesusah mana, cuma cara penerimaan kita yang perlu diubah. Saya percaya lecturer adalah golongan yang dinamik, boleh tolerate dalam apa keadaan pun.
Exam online sekarang kebanyakannya open book. Dah kurang str3ss dah daripada close book. Bagi saya tekanan akan lebih dirasai kepada pelajar yang suka buat kerja last minute, suka meniru, suka cari jalan singkat dll.
Saya juga percaya cabaran lebih dirasai oleh lecturer kerana pelajar sekarang lebih cerdik, semua benda di hujung jari, masalah plagiat, guna software/ website berbayar untuk buat assignment, malah sehingga minta jawapan soalan exam daripada website yang boleh jawab segala persoalan on the spot!
Soalan-soalan perlu digubal kerana kertas soalan dah boleh diberi kpd pelajar, berlainan dulu sebelum PKP, kertas soalan diambil semula.
Setiap semester, lecturer perlu fikir dan menggubal set-set soalan yang lebih menguji critical thinking, ye lah student sekarang bijak pandai, gajet-gajet dimanfaat sebaiknya untuk cubaan menipu, asking for help dll.
Tekanan turut dirasai oleh golongan lecturer. Cumanya golongan lecturer ni bukan golongan jenis bising. Pandailah mereka cuba urus. Jadi nampak kat sini, macam student sahaja lah mangsa yang paling kesiannya.
Zaman sekarang juga ilmu di hujung jari, dalam youtube, sebut saja nak belajar apa, semuanya ada. Sangat berbeza dengan zaman saya undergraduate 15 tahun lepas. Saya undergraduate di zaman YM, bukan wechat.
Saya di sebuah negara yang menggunakan bahasa asing, jauh daripada keluarga, jauh daripada kawan-kawan. Hidup sendiri seorang-seorang. Bila saya tak faham sesuatu, saya kena buka kamus cari maksud perkataan atau frasa dulu, baru boleh nak faham yang lain-lain.
Bila str3ss waktu tu, saya tak boleh nak luah kpd kawan-kawan bangsa asing sebab ada barrier languange. Juga tak boleh luah pada keluarga, sebab saya tahu mak saya seorang ibu tunggal ada masalah lebih penting nak fikir. Waktu tu kalau str3ss, tengok langit pun dah cukup buat happy.
Sebab saya tahu, tak ada siapa boleh bantu saya kalau saya tak bantu diri sendiri. Tak ada orang pantau prestasi pembelajaran saya, penaja tak pernah tanya khabar sepanjang pengajian saya, sebab nak jumpa kena travel beribu kilometer. Jadi memang kena bergantung kat diri sendiri.
Di waktu tahun ketiga undergraduate, saya tahu saya takkan mampu graduate dengan cemerlang kerana masalah bahasa. Satu topik bagi pelajar asing, untuk mereka faham mungkin ambil masa sejam, saya pula mungkin ambil sehingga satu hingga dua hari. That was when I learnt to let go.
Saya usaha belajar hanya untuk bagi pass sahaja, asal boleh balik tanah air, saya dah takkan push diri saya sebab saya tahu ia merosakkan diri sendiri. People can comment anything, tapi kita yang laluinya sahaja yang faham.
Bila balik lewat malam daripada library, sambil berjalan, saya pandang bulan, berdoa kat Allah untuk bantu saya lepaskan diri daripada ‘azab’ ni. Ye saya banyak cakap sorang-sorang. Itu saja terapi. Saya tahu Allah maha mendengar, jadi semua benda saya luah kat Dia tak kira masa, di luar waktu solat.
Sambil berjalan, sambil baring. Saya cakap sorang-sorang. Bercakap lah dengan Allah, Dia lebih dekat dengan kamu daripada urat tengkuk kamu sendiri.
Percayalah apa saja diluahkan, Dia dengar, Dia akan bantu. Kalau tak nampak sekarang, percayalah mungkin 5-10 tahun akan datang, kita nampak hikmahNya.
Saya sangat boleh merasakan bezanya suasana belajar di negara sendiri bila saya sedang buat Master. Tekanan semasa saya di luar negara tak sama dengan di tanah air. Di sini, saya ada keluarga, saya ada kawan-kawan. Tak ada masalah bahasa. Lagilah zaman youtube ni, zaman google translate.
Mudahnya nak dapat ilmu. Lagi satu, bila lapar, boleh order Grab, boleh pi kedai, pilih-pilih makanan. Bila str3ss, banyak pilihan makanan yang ada.
Dulu zaman belajar undergraduate, kalau tak masak sendiri atau malas masak, berlapar saja lah, nak beli-beli makanan, habis pulak duit, even nak beli pun, tak banyak pilihan makanan halal, balik-balik yang tu saja lah.
Heaven sebenarnya kita kat sini. Siapa yang faham nikmat heaven ni saja kurang merungut.
Background student master lagi lah berbeza daripada student diploma atau bachelor, bukannya semua orang daripada satu course yang sama pun.
Zaman ODL ni pula kadangkala ada semester yang kita tak kenal pun muka classmate, dah akhir-akhir semester baru nak kenal muka. Boleh bayang tak macam mana nak communicate. This is how I learn to break the ice.
Buang rasa malu. Buat saja discussion, call saja course mate, jangan whatsapp sahaja, tanya khabar, sembang-sembang selain hal belajar. Bersosial. Belajar independent, jangan tunggu arahan lecturer. Initiate conversation. Jangan malu.
There are few times yang lecturer mixing us pelajar postgraduate dengan pelajar undergraduate masa PKP ni. To help undergraduate student yang terlampau diam bila buat group assignment. Tak susah pun. Ringankan mulut. Mulakan dulu perbualan, jangan diam. Bila tak faham, bertanya lah.
Bila lecturer tanya, jawab lah. Jika ada masalah, bagitahu lecturer so that they know your situation. Lecturer pun tak zalim sebab dia tahu semua orang terkesan dengan pandemik ni.
Bab belajar pula, please jangan amalkan buat kerja last minute, stay up nak dekat tarikh exam. Perangai student ni biasanya 2 minggu nak exam baru nak kelam kabut.
Mak ayah pula, waktu tu lah, tengok anak dia tak tidur buat assignment, rajinnya anak aku…teruknya lecturer…padahal kita student ni ada tempoh satu semester. Tempoh dah diberi, kita saja yang kurang pandai bahagi masa. Masalahnya pada pembahagian masa dan sikap.
Zaman ODL ni, pada hari exam kita boleh tengok student yang ready dengan student yang serabai, boleh tengok muka sorang-sorang kat webcam.
We can notice yang mana student tak cukup tidur nak pulun semua benda malam nak exam, yang mana well prepared. My advice, don’t push yourself into bad situation.
Kita dah tahu kita akan ada exam, usaha lah dari awal semester, manage your time, manage your classmate. Ada group assignment yang memang kita kena dependent kat orang lain untuk siapkan.
Break the ice, buat list milestone, by date sekian kita kena siapkan apa, remind sama-sama, ingatkan ahli group supaya follow the dateline, supaya kita sendiri tak str3ss di akhir group assignment nanti. Kalau tak sempat pun, cuba bagitau lecturer, selalunya lecturer kat malaysia ni boleh tolerate.
Unless setiap kali memang perangai kita nak diskaun-diskaun, mungkin lecturer akan mula bertegas. Sangat la lain dengan lecturer bangsa asing dulu, kita nak cakap pun kecut perut. Orang Malaysia ni masih lagi ‘peramah’ dan ‘murah hati’.
Belajar juga reward diri, tak perlu benda mahal pun. Contoh dah siap satu assignment, rileks, makan ice cream ke, nanti sambung lagi. Macam saya, saya suka baking bila str3ss. Cuba buat benda simple-simple saja.
Kadang-kadang buat exercise ke, keluarkan peluh, keluar jap tengok pokok bunga ke, siram pokok ke, susun selipar ke. Know when to start and when to stop. Jangan push diri.
Saya tahu ada student yang ada masalah internet line problem, yang memang betul bermasalah, bukannya hal belajar complaint macam-macam tapi ada masa buat tiktok dll. Dan saya tahu lecturer tak kejam nak paksa kita on webcam sentiasa sebab tahu data internet akan habis.
Lecturer sediakan recording untuk kita tengok bila masa kita senang. Recording tu really help, kalau kita tak faham kita boleh replay, lajukan atau lambatkan. Dulu masa takde ODL, if you miss one point from lecturer, takkan nak minta dia ulang dua tiga kali.
Takde lah buruk sangat ODL ni. Receive new norm in positive way.
Cikgu-cikgu sekolah anak saya pun tak paksa hantar kerja sekolah dah sebab tahu parent kerja juga, sometimes kena online sampai 3 devices serentak. Mana nak monitor kerja sekolah anak. Mana nak fokus kerja sendiri.
So saya percaya lecturer di kolej, politeknik, universiti lagi lah boleh tolerate. Sedih bila baca komen parent yang condemn lecturer. So far, semua lecturer saya baik-baik.
Mungkin la ada seorang kot yang anak dia alami tapi komen-komen macam tu very harsh, macam anak dia nak mati buat assignment tu semua. Setakat ni beratus-ratus ribu student tak mati pun sebab ODL.
Pantau anak-anak, kalau tak keluar bilik langsung tu panggil dia keluar ambil angin. Jangan biarkan terlampau lama depan screen. yang student pun, masa ODL, jangan terlampau fokus pada screen. Buat exercise ringan-ringan. Berdiri, tarik nafas, regangkan urat badan.
Kalau parent mengamuk you all tak keluar bilik, jangan str3ss. Take it as 5-10 minutes break. Pi tolong basuh pinggan, sapu rumah, mandikan adik. Bagitahu parent apa yang you all tengah buat, jangan pendam.
Then sambung balik. Student kolej, politeknik, degree ni dah peringkat umur yang sepatutnya dah boleh mengurus diri sendiri. Dah kenal tubuh badan sendiri dan keperluan diri.
Actually saya tak suka ODL. Saya ada pengalaman, langsung dah tak boleh tengok screen sebab dulu di luar negara, saya ada banyak meeting online. But then, kita belajar untuk adapt tanpa lupakan keperluan jasad dan rohani kita. Solat pun boleh buat kita release. It can be anything.
Buat exercise mata, regangan leher, betulkan postur tubuh masa ODL. Sometimes lecturer saya bagi break time untuk minum coffee, pergi toilet dll.Tak ada lagi la setakat ni lecture yang tak ada rehat langsung. Know your priority. Kalau dah rasa tegang urat tengkuk tu, take a break.
Nanti mesti ada cakap, saya mesti banyak duit, saya tak ada masalah. Saya juga dah lalui zaman susah masa sekolah, zaman ikat perut, zaman arwah ayah meninggal dengan adik-adik yang masih kecil. Zaman kena cari duit sendiri. Saya tak salahkan orang lain dengan keadaan diri saya.
Sikap menyalahkan tu juga mewujudkan str3ss. Nak ikutkan dengan cikgu-cikgu yang suka ponteng kelas, silibus tak habis, boleh saja nak jadikan alasan salahkan sekolah. Tapi kitalah yang kena baiki keadaan tu. Nak tak nak kita lah kena habiskan silibus tu.
Sampai saya habis sekolah, baru orang tahu saya anak yatim, saya tak pernah terima apa-apa bantuan pun. Stress? saya boleh pilih nak berhenti sekolah, saya boleh pilih nak jadi GRO, saya boleh pilih nak pergi KL cari duit, itu semua pilihan.
Belajar fikir apa consequences untuk semua tindak tanduk kita. Jangan selalu menyalahkan.
Jadi ODL ni penyebab kita str3ss? Tak, penyebab kita str3ss adalah diri kita sendiri. Bukan ODL, bukan lecturer. Saya harap awak-awak yang sedang dalam situasi str3ss ODL boleh faham apa yang saya cuba sampaikan.
And last but not least, we have to understand our existence. Kita manusia ada rohani, jasad, dan akal. So kita wajib cuba penuhi tuntutan diri ini sebaiknya.
Penuhi rohani dengan dekatkan diri dengan Tuhan, boleh jadi dengan solat, baca quran, bercakap dan berdoa Penuhi tuntutan jasad dengan exercise, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat.
Penuhi tuntutan akal dengan membaca, mengambil ibrah dan pengajaran, berfikir. Cuba kita penuhi tuntutan diri kita ni dan seimbangkan dengan sebaiknya.
Jom. Kita sama-sama berdoa semoga pandemik ini berakhir dan kita semua boleh hidup macam dulu. Always think in positive way ada hikmahNya yang Allah nak bagi kita semua benda ni.
– Zack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit