Jahat Ke Aku?

Assalamualaikum, aku kenalkan nama aku sebagai Ana. Ini hanyalah luahan dan serba sedikit nak mintak pandangan masing-masing, tapi bukan kecaman tau dan tak tau la confession aku ni diterima ke tak, haha.

Untuk permulaan, aku nak ceritakan serba sedikit kisah kehidupan aku. Aku merupakan anak yatim, ayah aku dah meninggal 15 tahun dan ibu aku dah berkahwin baru dengan orang lain dalam 13 tahun.

Aku dan adik beradik lain tak duduk dengan ibu selepas ayah aku meninggal, aku pun tak tahu kenapa sebab masa ayah aku meninggal, kami semua adik beradik masih kecil, dan paling besar masa tu umur 9 tahun mungkin.

Untuk dijadikan cerita, aku dan adik beradik lain tinggal dengan nenek dan atuk. Merekalah yang jaga kitaorang sampai sekarang semua dah besar panjang dan dah khawin, tinggal aku saja yang masih belum kahwin.

Aku pernah duduk rumah anak yatim dari darjah 5 dan masa tingkatan 1-5, aku masuk sekolah berasrama penuh semua di tanggung oleh rumah anak yatim tersebut.

Selepas SPM, aku masuk universiti pulak. Kesimpulannya dekat sini, aku antara adik beradik yang jarang duduk rumah lama-lama.

Lepas habis belajar, aku duduk dengan nenek dan atuk aku lagi, tak duduk rumah anak yatim dah sebab dah besar. Aku bersyukur dan berterima kasih sangat dekat rumah anak yatim tu sebab tanggung aku sepanjang aku belajar, sekarang tak dapat lagi aku nak balas jasa mereka.

Ehh, terpesong sedikit jalan cerita, hahaha. Okay-okay kita mula balik dari aku ni jarang duduk rumah lama sejak darjah 5 sebab yang aku cerita dekat atas. Untuk dijadikan cerita, lepas hbis belajar aku duduk dekat rumah dan tengah mencari kerja tau.

Sejak aku duduk rumah ni dah nak dekat 1 tahun lebih, aku jadi stress sangat-sangat tapi tak sampai d3pression lagi. Sebab apa aku stress, sebab environment aku yang penuh dengan orang yang hipokrit, cakap belakang, bising menjerit-jerit, suka merungut, mengungkit. Hurmm.

Macam mana aku tau diorang ni macam ni sebab bilik aku dekat tengah-tengah dan dekat dengan ruang tamu. Ruang tamu ni la tempat sedara mara bersembang sebab ni rumah nenek aku, dan rumah sedara yang lain semua sebelah-sebelah (kawasan kampung la katakan).

Semua yang diorang bercakap dekat situ aku akan dengar.

Sebenarnya, sejak dari aku masuk universiti, aku dah tak suka duduk rumah ni lama-lama. Masa cuti semester kalau boleh tak nak balik tapi tak ada duit nak stay dekat kolej.

Maka, rumah ni saja la jadi tempat aku berteduh sebab rumah masa aku kecik pun dah tak ada kalau nak duduk situ.

Diibaratkan sebenarnya aku dengan adik beradik lain menumpang dekat rumah ni. Lagi satu aku stress sebab aku stress sedara aku yang berperangai macam aku sebut dekat atas duduk sekali dalam rumah ni.

Disebabkan aku stress, aku ada tertinggi suara dekat sedara aku tu dan sedara aku tu dah tua sebenarnya tapi aku tak paham kenapa la dia berperangai sedemikian.

Dengan nenek aku pun, dia tinggikan suara, dan kadang-kadang kalau orang panggil merampus (tak tahu korang tau ke tak ayat ni) sama macam memberontak, kalau nenek aku buat salah macam dapur bersepah selepas masak.

Mesti sedara aku tu bising dan aku lepas nenek aku guna dapur, baru aku akan masuk dapur tu kemas dan masak apa yang patut, sebab aku pun stress tengok dapur bersepah disebabkan nenek aku sebenarnya.

Tapi aku diam sebab aku tahu nenek aku dah berusia biarlah dia nak buat apa pun dan lepas dia habis buat apa-apa kat dapur baru aku masuk.

Tapi, sedara aku ni nampak saja nenek aku kat dapur, lepas tu dapur bersepah dia mulalah bising,

Merampus sebab dia tak boleh tengok sepah dan dia nak la kemas-kemas tapi cara dia tu menyakitkan hati sebab bising-bising, merampus sampai kadang-kadang senduk patah, dan mula lah kutuk aku tak buat kerja rumah.

Sedara aku yang lain pun, aku tak tahu kenapa diorang selalu bergosip atau membawang dalam rumah ni. Dan membawang tu cakap pasal orang lain,kalau la membawang benda yang ilmiah sikit bagus la jugak.

Paling yang aku tak suka sekali, bila seorang tu buat salah habis keturunan dan negeri masuk sekali dalam kesalahan orang tu. Ini diibaratkan aku ni dikelilingi dengan orang yang negative thinking.

Disebabkan macam ni, aku stress dan nak sangat pergi jauh dari semua orang walaupun keluarga aku sendiri. Aku nak hidup seorang dengan hal aku sendiri. Kalau orang luar mengutuk aku boleh terima lagi, tapi ni keluarga sedara mara aku yang memburukkan aku.

Aku sedih sangat bila family aku macam ni. Tak boleh ke sesama sedara kita bersikap positive saja dan kalau seorang buat salah jangan salahkan satu keluarga dan keturunan dengan negeri pun masuk sekali.

Aku sampai pikir bagusnya kalau sedara aku yang toksik tu dah tak ada dekat dunia ni. Huhuhuhu. Jahat ke aku ni sebab berpikiran macam tu? Aku jugak kalau boleh nak lost contact dengan semua keluarga dan sedara aku.

Jahat ke aku jugak berpikiran macam ni? Kalau korang boleh bagi pandangan dan nasihat aku terima dengan hati yang terbuka dan sangat digalakkan kata-kata semangat tapi bukan kecaman tau.

Sekian dari aku juga bukan insan yang sempurna.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *