Saya Isteri Yang Ingin Bantu Suami

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya sekadar ingin meluahkan apa yang berlaku pada saya ketika ini.

Saya seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Suami berniaga tetapi pendapatan agak kurang sepanjang cov1d 19 melanda muka bumi ini.

Sebelum tu pun pendapatan suami juga agak terjejas. Mungkin sebab berniaga sendiri, ada pasang surutnya. Tapi alhamdulillah saya juga bekerja jadi mungkin tak terkesan mana keluarga kecil kami ini.

Sebenarnya isu duit ni bukan boleh di ambil ringan. Sebagai perempuan saya ni sememangnya mudah terpengaruh. Pertama sekali dengan emas.

Saya cuba untuk tidak minat barang kemas, sebab saya tahu suami tidak mampu belikan. Untuk beli guna duit sendiri pula, saya rasa tak patut.

Mungkin segan nak tunjuk pada suami yang saya suka bazirkan duit sedangkan suami sendiri struggle mencari duit siang malam.

Yang keduanya hadiah mahal. Saya pernah menangis sebab teringin hadiah mahal. Tapi menangis sorok-sorok. Apa yang suami mampu beli hanyalah kek yang murah dan kecil saja.

Suami pula bila dia tertekan, dia akan tidur seharian. Contoh bila dalam seminggu tu tak ada job langsung. Memang akan sakit hati la tengok dia tidur. Sampai tak ambil peduli semua benda.

Tahu tak apa saya buat.

Saya mula cari gaduh. (Sebenarnya saya tak pernah minta keinginan saya pada suami) Sampai saya wasap suami untuk ceraikan saya. Saya cakap saya dah tawar hati.

Suami cool je. Dia tak balas pun. Bila balik rumah dia buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Jadi kami masih menjalani kehidupan rumah tangga macam biasa.

Saya nak tanya wahai kaum lelaki, mesti terasa hati kan anda bila isteri bagitahu yang dia tak perlukan anda pun.

Ya. Saya cakap macam tu pada suami. Sampai saya rasakan tak perlu saya jadi isteri jika saya hanya menjadi isteri yang durhaka kepada suami.

Suami tak pernah cukup duit untuk beri nafkah pada saya dan anak-anak. Dan kami pun sudah lama tak membeli belah bersama-sama. Mesti segan kan. Sebab suami tak mampu nak bayar kalau isteri ambil barang yang bukan-bukan.

Realitinya gaji saya banyak. Pendapatan saya juga tetap. Entah la kenapa suatu hari selepas saya bersalinkan anak ketiga. Saya mula rasa simpati pada suami. Saya terfikir tak boleh ke saya bantu suami semasa dia susah ni.

Saya mula ingat balik, masa perniagaan suami maju. Sepenuhnya dia bayar segala hal. Duit saya untuk saya joli saja. Mungkin keadaan ni adalah ujian bagi saya.

Dengan rela hati saya transfer kan duit kepada suami. Siang tadi saya apply moratorium supaya kurang sikit komitmen saya. Walaupun saya kerja tetap mampu bayar semua.

Tapi saya fikir kali ni saya nak tolong suami. Entah macam mana, hilang sudah rasa tawar hati tu. Dah boleh rancak bersembang di rumah. Walaupun masih lagi suami ada buat perangai.

Yela mungkin dia masih rasa dia ada kekurangan. Tak mampu nak sediakan semuanya untuk isteri dan anak-anak. Tapi mungkin yang Maha Esa beri kelebihan pada saya ini untuk tidak lupa diri.

Saya sayangkan suami saya. Saya tak pernah melayan mana-mana lelaki pun. Tetapi sebab pengaruh media. Saya pula nak jadi isteri derhaka.

Apa salahnya saya bantu. Duit saya tak luak pun. Saya tak tahu la macam mana hukumnya. Buat masa ini saya yang menanggung semuanya.

Tapi barang dapur suami tak pernah miss untuk beli. Guna duit dia sendiri. Dan kalau bulan ni saya tak perlu bayar loan. Saya nak bagi sedikit hadiah cash money buat suami.

Kesian suami. Dari kecil dia susah. Mesti ada barang yang dia teringin beli. Tapi tak mampu. Dulu dia kuat berbelanja.

Bila tak da duit macam ni, dia la paling berjimat cermat. Bersyukur la anda ada suami yang mampu beri segalanya. Kereta besar, barang kemas dan jambangan duit.

Suami saya tak mampu. Jadi biar lah kami buat seperti orang tak mampu.

Terima kasih. Saya Ina, isteri yang mudah terpengaruh.

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *