Assalamualaikum dan kenalkan saya Bunga Rafflesia. Disini saya meminta pandangan nasihat para2 pembaca.
Suami saya pernah curang pada saya bersama rakan sekerjanya yang juga isteri orang. Perkara ini selesai dan Alhamdulillah suami mula berubah.
Baru2 ini kami ada melakukan solat hajat sebab perempuan tersebut masih mengganggu suami indirectly dan tiba2 saya sangat benci tengok muka suami.
Saya bermimpi tiba2 kami pergi ke rumah perempuan tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah sebab suami kata ada yang belum selesai antara mereka.
Ketika sampai perempuan itu dan abangnya menyambut kami dan dalam mimpi saya perempuan itu sentiasa meriba seorang budak dan ada perempuan tua disebelahnya.
Raut wajah perempuan itu sedih dan dia memegang erat tangan suami saya yang tiada reaksi.
Saya marah, leraikan pegangan mereka dan suami mengajak balik dan sewaktu mahu keluar, abang perempuan berkenaan memberi suami sekotak penuh dengan jam paksa suami terima.
Suami tegas menolak dan abangnya melepas kotak tersebut. Saya yang menunggu anak ke tandas pula diberikan duit oleh perempuan itu dalam not RM20 yang agak tebal.
Saya menolak sekerasnya dan perempuan tu marah dan masa kami nak meninggalkan rumah terbabit sukar sekali pergerakan kami. Tapi kami berjaya balik.
Selepas mimpi itu, saya memang kerap didatangi mimpi-mimpi pelik antaranya suami dan perempuan itu memakai baju yang sama warna iaitu kuning cuma perempuan tu bercorak2 tulisan arab kuno dan bentuk geometry.
Di saat suami mengejarnya, perempuan itu minta tarikh nikah kami, suami tak bagi. Saya memanggil suami dan suami datang semula ke arah saya dan perempuan tu melarikan diri dan saya tersedar.
Pernah juga saya mimpi tempat kerja suami dimana saya diminta abang perempuan tersebut meninggalkan suami demi kebahagiaan adiknya,
Dan pelik bilamana susunan meja, warna kerusi, tempat duduk suami dan perempuan itu sama bila saya cerita dengan suami padahal suami memang tak pernah cerita tentang tempat kerjanya.
Selain itu saya kerap diganggu mimpi seram adakalanya saya terjaga dan rasa seram sejuk.
Secara jujur saya masih cuba berdamai dengan takdir apatah lagi provokasi yang sengaja dibuat perempuan tersebut yang bercerita buruk2 perihal suami.
Sampai suami diperli2 padahal ditangan saya ada bukti bertulis wasap dan email yang kalau saya sebarkan boleh membuktikan dia juga bersalah dan perasaan dia terhadap suami selama ini walaupun dia dah bersuami.
Tapi saya pilih untuk berdiam diri sebab perkara banyak hati perlu dijaga dan saya cuba bagi peluang buat suami untuk perbaiki hubungan kami dan juga perempuan itu untuk bertaubat.
Saya tak nak jatuhkan maruahnya yang kalau dipandang dari segi penampilan adalah wanita yang sangat menutup aurat dan menjaga batas pergaulan dan seorang yang sangat2 baik.
Adakah mimpi ini kerana saya masih belum move on atau ada maksud tertentu ye?
Kalau ada kaedah atau amalan tertentu untuk menjauhi mimpi sebegini sila share ye.
Terima kasih saya ucapkan.
– Bunga Raffelsia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit