Assalamualaikum nama saya Misya (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun dan berkerja dalam bidang professional. Maafkan saya jika coretan saya agak panjang.
Saya bertemu dengan Hariz (bukan nama sebenar) semasa sama sama latihan penjawat awam. Pertama Kali melihat Hariz terus saya “cair”. Semua ciri- ciri lelaki idaman saya ada pada Hariz. Chinese look, berbadan tegap, tinggi & soft spoken. Saya pula biasa, berkulit sowo matang & tinggi.
Saya bukan kategori perempuan yang cantik. Jadi saya pendam saja perasaan. Takut kena reject. Setiap kali berselisih saya akan berikan senyuman yang paling manis boleh. Kalau ada peluang memang saya akan curi curi pandang.
Bila terpaksa bercakap memang saya akan control habis. Control ayu orang kata. Mungkin ini yang dinamakan cinta.
Dipendekan cerita, setelah tamat latihan, saya ditempatkan di utara tanah air manakala Riz ditempatkan di Putrajaya.
Suatu malam, saya menerima SMS dari nombor yang tak dikenali. Masa tu saya melompat riang bila tau itu adalah Riz. Ya, Riz lelaki idaman saya. Happy sangat saat tu.
Riz kata dah lama perhatikan saya, cuma bila dah confirm kerja, baru berani nak approch. Hati saya jangan cerita la, berbunga bunga. Saya sanggup balik kampung tiap tiap minggu masa tu. Sebab nak jumpa dengan Riz.
Orang tengah angau, lautan api pun sanggup ku renangi. Memang perjalanan cinta kami smooth saja, selepas beberapa bulan kami buat keputusan untuk berkahwin.
Oh ya, saya dan Riz sebaya. Keluarga saya dari negeri beradat manakala Riz dari Selatan. Keluarga saya merestui hubungan kami tapi lain pulak keluarga Riz. Semua setuju kecuali ibu Riz.
Ibu mohon supaya Riz berfikir semula kerana susah jika berkahwin dengan dengan orang dari negeri beradat seperti saya.
Pemahaman mereka jika bercerai nanti tinggal sehelai sepinggang. Adik beradik Riz semua berkahwin dengan orang satu negeri. Jadi keputusan Riz untuk berkahwin dengan saya mendapat tentangan dari Ibu.
Kami tekad untuk berkahwin. Riz kata lepas kawin mesti hati ibu lembut. Ya, saya juga berfikiran begitu. Mana mungkin saya tolak Riz, dia lelaki paling saya sayang masa tu. Riz minta saya cuba ambil hati ibu lepas kawin.
Urusan majlis perkahwinan kami berjalan lancar, majlis ditempat saya memang meriah & di sebelah Riz buat kecil kecilan. Ibu tak suka jadi adik beradik Riz sahaja yang tolong uruskan. Alhamdulillah selesai majlis kami.
Sebelum saya lupa, Riz adalah anak Mak. Memang Ibu adalah segalanya bagi dia. Riz tak pernah membantah arahan ibu kecuali kawin dengan dengan saya. Riz pujuk ibu untuk izinkan. Walaupun ibu tak suka, tapi ibu izinkan juga.
Di awal perkahwinan, kami PJJ tetapi selepas beberapa bulan, Riz minta saya berhenti dan duduk dengan dia. Riz minta saya mohon untuk tukar atau berhenti.
Ya saya setuju untuk berhenti dan duduk dengan Riz sebab permohonan untuk tukar tak diluluskan. Di fikiran saya masa tu, saya Cuma nak duduk dekat dengan Riz.
Rezeki saya, dalam Masa sebulan saya mendapat kerja berdekatan dengan kawasan kami. Saya dan Riz memang happy sangat masa tu. Saya lagi la bahagia, Riz ada depan mata & dapat kerja. Saya betul betul obses dengan Riz.
Riz sorang yang fit & pentingkan kesihatan, so saya memang ikut dia bersukan & gaya hidup sihat dia. Saya memang akan cuba jaga penampilan & cuba nampak perfect depan Riz.
Setiap pagi saya akan bangun awal dari Riz sebab saya Tak nak dia tgk muka saya serabut. Saya akan buat selagi boleh.
Saya akan cuba sedaya upaya bersiap awal untuk elak nampak serabut depan Riz. Perjalanan kerjaya & kewangan kami juga baik.
Saya memang agak workholic, rajin training n ambil cert. So, saya selalu tukar kerja untuk dapat gaji yang lebih stabil. Walaupun sibuk berkerja, saya tetap akan cuba layan Riz dengan sehabis baik.
Ibu mertua seperti dari awal memang tak suka saya, jadi apa yang saya lakukan semua tak kena. Setiap kali pulang ke rumah mertua memang saya akan makan hati. Kalau saya masak mertua takkan makan lepastu akan minta biras atau adik ipar masak baru. Takut saya letak racun katanya.
Saya dah cuba bermacam cara untuk untuk ambil hati ibu, belikan hadiah, berikan duit, masak, kemas rumah tapi semua tak menjadi.
Tiap tiap tahun, hari raya pertama, kami beraya di kampung Riz ini termasuk Hari raya Haji. Kalau ada kenduri sebelah keluarga Riz dan saya, saya akan mengalah.
Saya dah cuba sedaya upaya namum saya tetap dibenci. Ibu tak kan berhenti membebel setiap kali kami balik.
“Abisla anak aku tinggal sebelah sepinggang”, “anak aku dah kena ubat guna guna”. Macam macam drama dan hinaan saya terima. Kalau tak tahan sangat saya akan masuk bilik & menangis sepuas hati.
Biasanya Riz akan datang memujuk. Minta saya sabar dengan ibu. Masa ni saya rasa lega. Ya, setiap kali saya dihina, Riz akan pujuk. Pak Mertua, ipar & biras semuanya sangat baik. Itu antara faktor saya boleh bertahan.
Setelah usia perkahwinan kami hampir 5 tahun, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, sepanjang perkahwinan kami sangat bahagia. Kehidupan kami sangat Healthy. Siang kami berkerja, setiap malam kami akan talk to each other tentang kerja & kehidupan di office.
Lepas tu layan movie sama sama. Weekend kami akan holiday, jalan jalan, tengok bola. Pergi sokong JDT, Sokong Harimau Malaya (Rindunya masa ni). Lepas kawin Riz memang minta saya jangan aktif di medsos. So, saya memang tak bukak FB, IG & lain lain platform.
Kami habiskan banyak masa bersama. Memang saya wanita paling bahagia di dunia pada masa tu. Ibu pula memang tak berhenti membenci saya. Saya dipanggil perempuan mandul, tak guna, perempuan sihir & banyak lagi. Selagi Riz ada dengan saya, saya bertahan.
Suatu Hari, ibu menelefon Riz minta kami ambil cuti & balik segera. kami tergesa- gesa balik malam tu juga. Sampai dirumah, ibu tersenyum- senyum di pintu & minta Riz rehat sebab esok ada perkara penting katanya. Esoknya, Ibu kerah biras dan ipar untuk masak sedap sedap.
Rupanya ada tetamu nak datang. Apa yang penting? Kenapa nak minta kami balik? Macam – macam perkara di fikiran saya.
Dari jauh saya Nampak ibu memeluk tetamu tersebut. Nampak sangat mesra. Saya kenalkan tetamu tersebuat sebagai Sara. Seorang gadis yang putih melepak, berkaca mata & agak chubby. Ibu minta Riz ke ruang tamu untuk berkenalan.
“Ini Sara, ibu nak Riz kawin dengan Sara” .
Masa ibu sebut kahwin, jantung saya terus berdegup laju. Tangan Riz saya genggam erat. Ya Allah, dugaan apa ni.
“Sya kan mandul, Riz kena kawin untuk zuriat” ujar ibu.
Riz tunduk, diam Tak keluarkan apa apa perkataan. Saya rasa dunia gelap, terus lari masuk ke dalam bilik. Menangis sepuas hati, kemas beg & terus balik Selangor.
Dari Saat itu start baca blog dan artikel berkaitan “trying to conceive”. Saya cuba kawal emosi, berfikiran positif, makan makan sihat, workout dan doa kepada Allah yang satu. Sara masih mengganggu Riz. Saya abaikan tentang Sara. Saya cuba kekal positif dan percayakan Riz.
Beberapa bulan kemudian, Alhamdulillah saya hamil. Riz dan saya sangat gembira. Rasa macam mimpi. Terima kasih ya Allah. Terima kasih.
Riz ambil maid untuk tolong buat kerja rumah. Memang Riz betul betul menjaga semasa saya hamil sehingga melahirkan dan berpantang. Saya melalui semua prosess tersebut dengan tenang & gembira.
Kami dikurniakan anak lelaki yang kami namakan sebagai Anaz. Riz sediakan semua keperluan kami. Setelah saya habis pantang, baru Riz bawa saya balik ke rumah mertua.
Ibu seperti biasa tak sukakan saya & memang anak saya pun dia tak suka. Anak saya lebih mirip dengan saya. Senang cerita Anaz pun mendapat nasib macam saya. Tak disayangi.
Rancangan ibu untuk madukan saya tak pernah berhenti. Semasa PKPP & boleh rentas, ibu datang ke rumah kami di Selangor.
Masa tu terkejut sebab ibu tak bagitau nak datang. Rupanya ibu datang dengan Sara. Gigih Sara tolong drive bawa ibu ke rumah kami. Ibu datang sebab nak pujuk Riz kawin dengan Sara.
Ibu & Sara plan nak bermalam dirumah kami. Saya memberontak, cuba tunjukkan pada Riz yang saya tak suka Sara. Isteri mana kat dunia ni yang suka kalau ada orang ketiga siap nak bermalam kat rumah.
Tapi Riz minta saya layan ibu dengan baik. Ibu datang dari jauh. Saya pelik sebab tak sangka wujud lagi perempuan yang langsung tak ada rasa malu.
Saya isteri Riz yang sah, tapi dengan tak malunya menggedik dengan Riz. Ibu terus terang kata nak cepatlan tarikh kawin Riz dengan Sara.
Kali ni saya bersuara, saya kata pada ibu yang saya tak kan izinkan. Riz takde sebab nak kawin lagi 1.Berlaku pertengkaran antara saya & Sara.
Sara kata dia ada hak nak kawin dengan Riz sebab Ibu dah berjanji & Riz mampu. Ibu pula tak habis habis nak hina saya.
Saya hilang sabar dan terus tarik Sara. Berlaku pergelutan antara kami malam tu. Saya lepaskan semua yang terbuku selama ini, saya tarik tudung, tumbuk muka, lempang & belasah Sara cukup cukup malam tu.
Sara pula sempat tarik rambut saya. Memang sakit tapi hati saya lagi sakit. Ibu nak tolong Sara, tapi Riz tahan ibu.
Riz cuma kata “stop it Sya” “stop”. Sara dah mensajarit sakit tapi saya masih belum puas. Tangan saya tak henti henti pukul Sara. Ibu lari nak tolong Sara & masa ni Saya tak sengaja tertumbuk muka ibu.
Betul, Saya tak sengaja. Ibu menangis mensajarit sajarit seperti histeria. Ibu mengatakan saya perempuan jahat sebab sanggup pukul orang tua. Riz peluk untuk tenangkan ibu. Sara pun peluk ibu juga.
Hati saya yang masih belum reda minta Riz buat pilihan sama ada Ibu atau saya. Ya, inilah perkara paling bodoh yang saya pernah ungkapkan.
Riz pilih ibu. Sepatutnya saya tak perlu beri Riz pilihan. Dunia saya terus menjadi gelap. Saya lari masuk ke bilik & menangis sepuas hati. Menangis dengan harapan Riz datang pujuk. Saya menangis sepanjang malam. Buat kali pertama, Riz tak datang pujuk.
Esoknya saya terus cari Riz. Rupanya mereka semua dah balik ke rumah Ibu malam tadi. Banyak barang – barang saya kena bawa. Kuali, Thermomix, Cooker, Diffuser, EO dan banyak lagi la. Maid pun dorang angkut sekali. Sedih. Kalau saya tahu Riz nak pergi, mesti saya tahan.
Saya call Adik minta dia datang untuk uruskan Anaz. Saya sambung menangis dalam bilik. Menangis sepanjang hari. Saya call Riz, dia tak jawab, saya wasap dia, dia tak reply. Saya menangis sepuasnya dalam bilik. Saya apply cuti. Saya tak boleh buat kerja dalam keadaan sekarang.
Beribu ribu SMS & wasap saya bg Riz tapi tak ada jawapan. Selang 2 hari lepas tu baru Riz balas. Riz lafazkan talak melalui wasap. Saya dah diceraikan oleh orang yang paling saya sayang. Dunia saya gelap lagi . Ya Allah.
Saya habiskan masa menangis di dalam bilik & berharap semua ni adalah mimpi. Saya masih tak boleh terima kenyataan. Riz segala galanya bagi saya. Mak & Abah datang dari kampung. Masuk ke dalam bilik saja, Mak terus peluk saya.
Mak kata saya kena kuat. Walaupun Riz dah taknak dengan saya, tapi Mak tetap sayang saya. Saya menangis lagi. Menangis semahunya. Saya nampak mata abah bergenang. Saya tak kuat.
Semasa dalam Iddah saya masih pujuk Riz untuk rujuk. Saya hantar beribu ribu wasap & call. Setiap malam saya akan bagitau yang saya cintakan Riz & merayu supaya terima saya Kembali. Namun tak ada balasan dari Riz.
Selepas habis tempoh Iddah, baru Riz bagi wasap yang panjang bersajala.
Kesimpulannya, Riz mohon maaf sebab tak dapat nak bersama dengan saya lagi. Air mata saya gugur lagi. Saya masih belum boleh menerima yang saya memang tiada jodoh dengan Riz.
Kadang – kadang saya sengaja letak status wasap gambar gambar Anaz dengan harapan Riz akan respond.
Ya, biasanya dia akan respond kalau saya letak gambar Anaz. Sampai begitu sekali saya cari perhatian dari Riz. Boleh dikatakan hampir setiap hari Riz akan Facetime dengan Anaz.
Hubungan kami baik cuma kami tiada jodoh. Bila Riz wasap kata “Stay strong Sya”. Itu pun dah cukup buat saya. Mencintai tak semestinya memiliki. Sekurang kurangnya saya pernah rasa sangat bahagia dengan Riz. Memori paling indah dalam hidup saya.
Hari ini, saya cuba bina hidup baru. Cuba lupakan Riz. Tumpukan perhatian pada Anaz. Kembali pada Allah. Mencintai Allah pasti tak akan kecewa.
Doakan saya supaya saya Istiqamah. Aktif Kembali di medsos dan harap dapat berkawan dengan kelompok orang orang yang positif. Mungkin pembaca confession ini oleh cadangkan kepada saya group yang boleh saya join untuk kekal positif.
Buat Ibu, Sya minta maaf sebab pukul ibu. Halalkan makan minum Sya & maafkan semua kesalahan yang pernah sya buat. Buat Riz, saya doakan awak setiasa Bahagia.
Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya. Saya adalah Wanita terpaling bahagia – dulu. In Shaa Allah, saya juga nak jadi terpaling bahagia untuk masa akan datang.
Wanita Bahagia,
– Misya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit