Nama saya Abu. Kembali saya meluah di IIUM Confession.
Maaf sebab tajuk agak kasar, tapi kebanyakannya memang b0d0h. Kalau tak b0d0h, takdelah netizen ni pakat membawang kumpul dosa ghibah, memaki hamun, mengadu domba dan sepertinya.
Baru- baru ini kecoh perselisihan UEL dan N4dir al Nuri. Tak dilupakan juga Caprice, dan yang paling terbaru sekali Neelofa juga cuba menangguk di air yang keruh dalam isu ini.
Dah ramai orang ulas pasal isu ini, dari sisi picisan emosi yang tidak tertunai seperti jumpa tak salam, tak reply wasap dan sebagainya sampailah kepada sisi geopolitik Hamas- Fatah berkenaan perselisihan ini. Sampai kepada saman menyaman ya.
Abu takde nak berpihak pada siapa- siapa. Walaupun ramai yang dah take side, Abu tetap Abu. Dah banyak kritikan sama ada kepada UEL, kepada N4dir dan juga kepada Caprice. Korang cari la sendiri dalam Facebook ni.
Cuma Abu terfikir saja, kalau ada dua orang Muslim yang bergaduh, bukankah kita dianjurkan mendamaikan? Tapi lain pula jadinya.
Memetik komen salah seorang pengguna Facebook, “Persoalannya beginikah akhlak kita sebagai orang Islam dalam menangani isu sebegini?
Dah tertutup langsungkah sebarang pintu musyawarah hingga perlu digendangkan ke seluruh alam kesilapan orang lain?
Kita sendiri dapat terimakah jika orang lain sebar kesilapan kita dalam media sosial atas alasan mahukan kita muhasabah diri?
Dan yang paling, berbaloikah usaha kita nak tegakkan kebenaran dari sudut pandangan peribadi kita jika hasil akhirnya umat Islam berbalah dan bercakaran seperti yang dah berlaku sekarang ni? Ada sesiapa yang nak tanggung dosa ni?
Cukuplah kita berpecah belah selama ini kerana politik, usah ditambah lagi dengan isu titik bengik sebegini. Tangani dengan cara Islam bukan cara Melayu.”
Isu ini bagi Abu, senang saja. Kalau nak ikut emosi tersakiti (sakit hati) dua- dua pihak berhak rasa sakit hati. Walaupun N4dir dah justify dia bergurau saja pasal wali Allah saja layak masuk Gaza.
Tapi sebab Abu ni bukan pentaasub, maka Abu tak percaya bulat2 benda salah yang dah dijustify. Salah tetap salah. Bagi Abu, fair and square, dua- dua pihak berhak terasa hati.
Jadi adakah salah kita kritik orang? Nope. Abu tak pernah cakap salah. Tapi ada beza kritikan dan buka aib untuk disajikan kepada umum, sampai netizen yang memang batu api, tunggu peluang saja, syok kumpul dosa bincang hal- hal dalam kain orang.
Hal- hal personal macam perangai individu secara peribadi, tak payahlah tulis secara umum.. atau buat video. Kan ke Nabi suruh kita tutup aib orang..
Dari Mu’adz bin Jabal, dia meriwayatkan bahwa Rasūlullāh sallallāhu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ
“Sesiapa yang menghina/mengaibkan saudaranya kerana sesuatu dosa (aib), maka dia tidak akan mati kecuali mengamalkan dosa tersebut.” (HR. atTirmidzī no. 2505.)
Maksud Abu, kalau nak kritik, tak boleh ke kritik secara objektif. Straight to the point. Kenapa nak kena buat drama air mata b0d0h sampai kena saman?
Contoh, NGO UEL tak audit, cakaplah kami desak UEL bentang audit NGO UEL kepada umum. Sebab kami tengok anak buah UEL hidup mewah, walaupun sekadar kerja NGO.
Ni sampai hal sikap individu yang kurang menyenangkan hati awak, pun awak nak cerita, tu bukan kritik, bukan juga nasihat, tapi membuka aib.
Abu ingat lagi dalam kuliah Shaykh Sālih bin Fauzān bin ‘Abdullah alFauzān, beliau berkata, “muslimin itu berdosa, tiada yang maksum. Kemaksuman adalah milik Rasūlullāh sallallāhu ‘alaihi wa sallam.
Anda tidak lebih rendah dari saya. Mengaibkan manusia adalah jalan untuk mengurangkan (maruah) manusia. Anda berkata, “wahai yang berbuat itu, wahai yang berbuat ini,” menyebutkan aibnya.
Sekiranya menyebutkan aib dosanya, adalah sebuah dosa. Allah akan menghukum dia, dan dia tidak akan mati kecuali melakukan dosa tersebut sebagai hukuman ke atasnya.
Wajib untuk menasihati dan wajib untuk mendekat kepada saudaranya, menutupi aibnya. Penasihat tidak mengaibkan.
Ada perbezaan antara menasihati dan mengaibkan. Mengaibkan bukan sebahagian dari ghirah (dalam beragama), ghirah adalah anda menasihatinya.”
Nampak tak beza nasihat dan mengaibkan?
Kita tak berkenan perangai dia, pergilah secara personal ke kotak mesej dia, nasihat. Dia nak terima taknak terima tu hak dia, yang penting kita dah lepas tanggungjawab amar ma’ruf nahi munkar.
Ni sibuk jaja aib akhlak peribadi orang kepada ramai. Lepastu netizen batu api. Lepas tu faham- faham saja la.
Soal umum seperti buat kerja tak ikut prosedur, audit, dan sebagainya, ya silakan kritik secara terbuka sebab itu melibatkan kepentingan umum.
Ramai yang derma kepada NGO, maka mereka berhak dapat penjelasan telus dan amanah bagaimana duit derma itu dibelanjakan.
Paling Abu tak boleh blah, ada ramai ustaz popular yang Abu follow kat facebook ni, memanjangkan lidah- lidah fitnah mengghibah saudara muslim kita. Ustaz- ustaz ni Abu anggap tahap influencer lah, sebab ada berpuluh ribu follower.
Awak tu ustaz, kalau awak rasa UEL tu tak betul, awak buat la homework sikit dari video dan tulisan panjang N4dir tu. Kita ada fiqh ma’lat (fiqh implikasi).
Cuba fikir sejenak, kalau aku share ni, apa kesan dia kepada masyarakat dalam keadaan aku tau netizen ni banyak batu api, fake account dan sebagainya.
Bukankah ia membuka lebih luas pintu fitnah seperti dosa- dosa mencela, memperlecehkan sesama muslim, dan seperti walaupun niat awak baik?
Abu suka cara sorang ni, walaupun dia bukan ustaz, dia just tulis di Facebook secara point sahaja apa kesalahan UEL yang melibatkan kepentingan umum.
Setelah dia saring dari tulisan dan video N4dir. Itu lebih aman bagi jiwa dan hati yang membacanya. Dari share bulat2 drama buka aib N4dir.
Ambiklah pengajaran ustaz- ustaz, bukankah Nabi bersabda, “Cukuplah seseorang itu digelar pendusta, jika ia menceritakan segala apa yang dia dengar.(HR Muslim no.5)
Tutuplah pintu- pintu fitnah. Kalau orang agama pun tak boleh nak amal apa yang awak belajar, nak harap apa pada orang awam yang kadang tak mengaji pun!
Itu saja tulisan Abu pada kali ini. Abu kecewa dan hilang sedikit hormat pada ustaz- ustaz ni. Tapi kita semua manusia kan, boleh bertaubat. Kita bukan malaikat yang tak pernah salah, dan bukan juga setan yang tak pernah bertaubat.
Sedangkan kita banyak lagi isu penting yang lain. Pendera adik Bella tak ditangkap lagi sedangkan dah 30 hari. Ribuan b*nuh diri sebab tekanan waktu covid.
Tapi mungkin semua isu tu tak berapa sedap kot, dan tak popular kalau nak tunggang pun, jadi sekadar lalu sudahlah.
Abu minta maaf salah silap Abu. Abu mengaji tak tinggi. Tapi Abu penat tengok apa yang berlaku depan mata Abu, sedangkan kadang- kadang sebenarnya boleh setel tepi kalau tak banyak drama.
Semoga kita semua dirahmati Allah. Salam hormat.
#justiceforbella
– Abu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit