Hai semua, harini dok saja melepak tengok kes naik 17k dah. Aduhai pening mikirkannya. Sesambil tu terasa nak share random thoughts aku yang tetiba muncul ni.
1. Ni tadi aku tengah suapkan anak makan tengahari. Lauk pon simple aje siakap goreng dengan sup kentang carrot, time menyuap anak tu teringat dulu masa kecik jarang dapat makan ikan seekor.
Adik beradik aku 3 campor mak bapak dah 5 jadi bila mak masak ikan tu selalu goreng 3 ketul lepastu makanla sorang sikit.
Mak selalu pesan kalau makan tu ingat orang belakang jadi kalau kitorang makan apa2 dekat rumah jaranglah melahap, selalu makan berpada-pada, kalau pegi rumah orang pon pandai amik sikit-sikit saja.
Kitorang bukan orang susah pon tapi abah dengan mak jenis berjimat-cermat, kalau makan tu sekadar kenyang dan merasa dah cukuplah.
Nak jadikan cerita, antara cita-cita aku bila dapat kerja dan gaji sendiri ialah nak beli makanan yang aku tak dapat makan puas-puas masa kecik!
So masa aku dapat gaji pertama, makanan yang aku pulun beli ialah nata de coco! Ya Allah nak nangis rasa dapat makan banyak-banyak sebab aku suka sangat.
Dulu selalu jugak mak beli, sekilo dalam RM11 tapi makan 4 kali, tiap kali mak hidang tu dapatlah dalam 4-5 ketul tu pon kunyah pelan-pelan sebab sayang nau kalau habis.
Sampai sekarang dah beranak pinak pon nata de coco ni soft sport dalam hati aku. Selain nata de coco, cita-cita yang lain adalah nak makan udang dan ikan banyak-banyak!
Sejak aku dah ada gaji, tiap kali balik rumah mak mesti aku akan beli ikan ikut kepala dalam rumah, sama jugak udang.
Kalau masak tu biar berlebih sebab aku dah penat makan bercatu.
Kadang-kadang abah ada tegur jugak bakpe beli banyak tapi kita senyum saja lah sebab matlamat aku taknak dah mak abah dan adik makan sekadar ada, nak makan tu biar makan betul-betul,
Kalau ikan talapia tu biar sorang amik sekor takyah dah sekor kongsi 3 orang.
Sesambil tu aku doa biarlah rezeki aku melimpah ruah boleh share apa yang aku suka ni dengan keluarga.
2. Aku dah 5 tahun kawin suami, suami aku orang Kelantan. Masa memula kawin aku tak ada skeptical pon dengan orang kelantan, lagipun keluarga suami elok, pembersih, baik budi bahasa semua.
Sampailah satu harini mak mertua aku ajak pergi open house kawan poli dia, rumah kawan dia ni besar luas dan cantik i tell you.
Cantik gila! Kebetulan masa sampai tu aku nak terkencing sgt jadi aku pon mintak izin nak guna toilet.
Sebaik saja aku masuk ya Allah nak pengsan rasanya! Aku takleh brain langsung macam mana tuan rumah ni dengan yakin anjurkan open house dengan toilet berkelarak?
Ni bukan kotor biasa-biasa tapi lantai licin berlumut, yellow stain dalam toilet bowl tu dah sampai atas, diapers baby dengan baju kotor berlonggok dalam besen. Sumpah nak muntah aku rasa!
Lepas keluar tu langsung tak selera nak makan sambil otak aku ligat memikirkan yang tuan rumah dan anak-anak kemain bergaya tapi toilet sebegitu rupa. Susah ke nak maintain toilet bersih?
Aku buat kesimpulan bahawa kalau pengotor dah sebati dalam diri memang sukar dipisahkan.
Ni bukan 1 kes saja aku jumpa, ada few rumah yang aku pergi bilik tidur dengan dapur bersepah macam tak ada pedoman,
Pulak tu tak segan ye kalau tetamu tengok padahal dalam tu ada anak cucu menantu, takkanlah berpuluh tahun hidup dekat situ tak ada inisiatif nak kemaskan?
Bukan orang susah pon rumah-rumah yang aku pergi ni mostly anak semua pegawai tinggi kerajaan, tokey kontraktor. Jadi sekali lagi aku simpulkan, pengotor ni boleh jadi warisan zaman berzaman.
3. Dah umur pertengahan 30-an ni kan, aku still takleh brain dengan konsep perempuan yang cerita masalah rumahtangga dekat member dan mintak nasihat sekali.
Takleh brain sebab orang dah berbuih mulut nasihatkan pasal masalah kau tu, kau tetapppp jugak repeat dan stay dekat masalah tu.
Lama-lama orang pon malas layan manusia delusional mcm kau yang dok canang masalah laki curang, laki tak bagi nafkah tapi tak ada progress.
Balik-balik isu kesian kalau anak tak ada bapak, yang sebenarnya kau bukan kesian anak pon, kau tu selfish nanti sangap tak ada laki.
Anak kau tu sampai bebila berbapakkan orang yang sama, dah kalau laki kau bermasalah sangat kau la kena moving forward, keluar dari hidup laki kau,
Fikir la anak kau tu berhak ada mak yang bahagia, yang sihat mental dia. Ni tidak, 100 kali jadi, 100 kali la kau hadap laki kau tu.
Orang lelaki ni dah kalau curang berkali-kali tak ada maknanya hati dia tu mikir pasal anak isteri.
Yang dia tahu tengah seronok dapat benda baru, esok-esok dah tak berduit, sakit lumpuh time tu la baru ingat anak bini. Orang camni elok kau tolak saja dari wheelchair tu.
4. Okay tu jela aku nak share, tu pon dah panjang jugak. Nanti ada random thoughts lain aku share lagi. Hihi. Stay safe korang!
Thank you.
– Anita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit