Assalamualaikum. Saya seorang Graphic Designer cum Junior Sale, berumur 23 tahun, masuk bulan ni saya sudah setahun bekerja, saya bekerja di syarikat kilang makanan.
Saya perlukan nasihat dan kata-kata semangat dari sis and bro. Sekarang ni saya agak “dimotivated” untuk berkerja di syarikat ini.
Lepas saya dapat tahu kawan yang saya bergantung dan bertahan kerja telah meletakkan surat berhenti. Start situ saya dah malas membuat kerja.
Saya pun ingin meletak surat berhenti tetapi hati saya berbelah bahagi saya takut saya tak dapat kerja di tempat lain disebabkan keadaan covid yang teruk di negara Malaysia ini :’).
Saya cuba mencari kerja di laman website banyak kerja kosong cuma saya takde keyakinan nak apply, Saya tak tahu apa yang membuat kan saya rasa tak yakin nak apply.
Banyak reason untuk saya berhenti bukan sebab kawan sahaja,
Saya dah tak berminat untuk membuat kerja design, idea saya dah takde, Saya terlalu takut dengan Boss, Masalah Managment yang teruk.
Boleh dikatakan even ada staff baru masuk takkan bertahan selama sebulan. macam-macam telah berlaku ketika saya bekerja disini.
Orang keluar dan masuk, sampai saya rasa saya pun nak keluar dari sini.
Bagi saya sini adalah tempat yang boleh membuatkan saya tak sihat. Otak penat memikirkan kerja. Setiap malam saya berfikir “apalah nasib aku bila masuk kerja esok, kena marah ke?”.
Perasaan takut kepada boss makin teruk sebab boss saya jenis maki orang, segala ayat yang tak sepatutnya disebut keluar dari mulut dia.
Saya tak pernah kena seteruk itu tapi saya pernah dengar benda tu berlaku depan mata saya. Ianya nightmare bagi saya.
Bayangkan lah saya tengah buat kerja ada sorang staff ni saya panggil dia Jane (bukan nama sebenar) Jane ni dah lama tak hantar report, boss saya jenis jarang ada di office, office dia dia luar negeri,
Boss video call dengan jane ni time tu jane duduk sebelah saya, saya dengar apa yang dia cakap dekat jane,
Dia cakap “kau ni b4bi ke tak reti hantar report ke si4l?” satu office boleh dengar dia mengamuk, Ye saya tahu itu adalah salah Jane sebab tak hantar report tapi tak bermakna dia boleh cakap macam tu.
Bagi saya time tu adalah paling worst saya pernah dengar, bukan tu saja dia sebut macam-macam lagi ayat yang tak sepatutnya keluar.
Boss ada saja marah saya tapi tak seteruk yang jane ni kena. Setiap hari kena hantar report pada boss, setiap kali saya hantar dia punya takut tu hanya Allah yang tahu.
Saya tak suka perasaan macam ni saya nak sangat kerja dengan tenang, enjoy the environtment. Bayangkan lah kalau dah setiap hari saya rasa macam tu bukan ke tak sihat kerja macam tu.
Saya cuba bersikap positif, cuba suka dengan keadaan kerja dekat sini. Tapi still tak boleh :’)
Saya nak berhenti tapi orang sekeliling saya halang saya untuk berhenti siap cakap lagi, “normal lah tu kerja”, “selagi kau tak kena marah tak payah lah berhenti”.
Bagi saya itu semua adalah kata-kata yang bodoh yang tak boleh convice saya untuk stay kerja sini.
Yang kata macam ni kat saya semua dah keluar dari syarikat ni mereka sendiri pun tak tahan kerja di sini. Apa perlu saya buat, saya buntu teruk!!
Saya pernah berbincang dengan parent saya, tapi mereka cakap cari kerja dulu baru berhenti, saya macam kalau nak cari kerja kena letak surat dulu,
Sebab sini rules dia kena berhenti 2 bulan tak boleh letak notis 24 jam melainkan betul-betul emergency punya keadaan.
Saya nak letak surat berhenti pun takut-takut sebab tak nak kena saiko dengan bos atau managment.
Saya terlalu ikut kan perasaan saya ke?
Saya tahu dalam keadaan yang melanda negara malaysia sekarang ni tak patut saya rasa macam ni saya patut rasa bersyukur dalam keadaan macam ni saya ada kerja,
Tapi tak guna juga kalau saya ada kerja tapi saya tak bahagia, buat kerja terpaksa kan….
Tolong lah sis and bro apa perlu saya buat saya sedih sebab saya tak jumpa jalan keluar dengan masalah ini……
– Iss (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit