Sebab Kenapa Aku Pakai Braces

Hi nama aku Hani dan berumur 34 tahun. Aku saja nak bercerita kenapa aku pakai braces. Harap tak bosan lah. Maaf kalau cerita aku tak teratur atau tak menarik.

Gigi aku ni dari kecil sebelah hadapan bahagian atas ni mcm terjongket sikit tak rata gitu. Faham tak macam mana. korang bayang la sendiri. hihi

Bahagian lain-lain okay pada awal nya. Seingat aku masa aku sekolah rendah darjah 5 kalau tak silap, aku dah mula rasa segan dengan gigi aku ni. Yela gigi tak ratakan. Aku pulak seorang yang ceria, banyak bercakap dan sangat aktif disekolah.

Bila ada perasaan tak selesa dengan gigi sendiri ni aku rasa hilang keyakinan sikit. Walaubagaimanapun, selalu saja aku tetap tersengih lebar dengan keyakinan yang tinggi bila di hadapan orang lain dan ketika bergambar.

Bila aku tengok gambar aku tersengih, tak ada pulak nampak gigi aku nak terjongket atau tak rata. Jadi aku rasa macam okay sajalah. Kiranya angle gambar tu menjadi lah.

Tapi ada juga sesetangah gambar yang menampakkan gigi aku ni tak rata. Segan pun ada bila nak tatap gambar sendiri.

Masa masuk sekolah menengah aku masih lagi seorang yang ceria dan aktif. Tapi aku masih lagi memikirkan gigi aku ni. Yela semakin meningkat remaja kononnya semakin aku mementingkan penampilan.

Aku pernah ketuk2 gigi aku ni konon nya nk bagi rata. Manalah menjadi kan. Lagi bertambah sakit adalah. Jangan tiru aksi ini tau.

Aku masih lagi penuh dengan keyakinan diri masa tu. Tapi…

Sampai la satu masa tu aku dimalukan oleh kakak sendiri.

Aku ingat lagi dalam sebuah majlis perkahwinan saudara di kampung, sedang kami beramai2 sesama sepupu berkumpul dan bercerita, aku di tegur oleh kakak aku berkenaan gigi aku ni.

Masa tu aku sedang bercakap, bukan nak kata apa lah, aku ni jenis kalau cerita bersungguh dan orang suka dengar aku bercerita. Kakak aku ni memang ada rasa tak puas hati dengan aku. Ni bab lain lah kang panjang pulak cerita aku ni.

Tengah2 aku bercakap tu, sepupu2 aku bergelak ketawa, tiba2 kakak aku cakap macam ni “eh beriye sangat lah ko ni Hani bercakap ketawa bagai, tu tengok gigi tu dah lah senget”.

Aku dan sepupu aku semua terus terdiam dan krik krik krik…

Lebih terdiam aku lah kan. Sungguh malu aku masa tu. Sepupu2 aku pulak semua nya terdiam sebab tak sangka kakak aku boleh bersikap macam tu.

Aku sedih sangat. Tak apalah. Walaupun boleh je buat tak tahu tapi sampai sekarang masih teringat.

Aku masih macam biasa ceria dan banyak cakap, tapi tulah sikit2 pn masih terfikir-fikir hal ni. Aku dah mula berfikir untuk pakai braces.

Tapi masa tu aku tak tahu pun kalau klinik kerajaan murah je nak buat braces untuk pelajar. Cuma kena tunggu giliran yang agak lama kalau tak silap aku.

Apa yang aku fikir, nk buat braces ni mahal dan aku tak nak susah kan mak bapak aku. Silapnya aku sendiri tak ambil tahu atau tak ajak pun mak aku untuk pergi klinik kerajaan. Jadi berlalu begitu saja impian aku nak pakai braces waktu tu.

Kisah seterusnya, semasa masuk alam pekerjaan. Aku semakin rasa gigi aku semakin banyak pergerakkan. Yang gigi atas dah terjongket bertambah jongket nye.

Tambah pula gigi bawah belah hadapan ni pun macam dah banyak pergerakkan. Adakah faktor usia bertambah? Entahlah.

Aku mula mencari klinik gigi yang menawarkan untuk rawatan braces. Masa tu tiga ke empat tahun lepas, rata2 di area KL ni kos untuk deposit sahaja RM2000 tersangatlah mahal bagi aku. Belum lagi bayaran bulanannya.

Jadi aku memendam sajalah untuk memakai braces. Aku ada juga pergi ke klinik yang menawarkan khidmat konsultant secara percuma.

Masa tu aku saja nak tanya pendapat doktor berkenaan gigi aku ni. Bertambah sedih aku bila doktor juga mengatakan yang gigi aku agak kritikal sengetnya. Tetap juga aku tangguhkan lagi untuk memakai braces sebab faktor kewangan.

Sampai la tiba satu lagi peristiwa yang seperti berulang kembali setelah 10 tahun berlalu. Aku sekali lagi di malukan dihadapan orang ramai. Bagi aku kisah tu agak memalukanlah.

Di tempat aku kerja, ada seorang akak ni memalukan aku sama seperti yang kakak aku pernah buat dulu.

Sedang bercerita dan gelak ketawa bersama dalam 6 ke 8 orang kalau tak silap, tiba2 dia boleh cakap macam ni “eeee apa kau ni Hani gelak2 beriye ni dah la gigi tu senget”.

Aku malu tersangat-sangat. Sedih sangat waktu tu. Tapi aku diam sahaja.

Masa ni aku dah berkahwin, gigi senget pun ada orang nak tau. haha.. Aku mengadu pada suami aku. Suami aku sabarkan aku saja. Berani lah dia gelak jugak. Memang aku bagi gigi dia pulak yang senget.

Akhirnya, tibalah kisah aku memakai braces. Aku memakai braces hujung tahun 2019.

Kenapa aku pakai braces, salah satunya adalah memang dalam senarai impian aku dari aku sekolah, aku nak lebih keyakinan dan paling penting atas nasihat doktor juga atas sebab kesihatan gigi.

Ada yang lagi penting. Suami akulah yang hadiah kan segala kos rawatan braces aku ni. Padahal aku dah kumpul duit dan dah buat perancangan untuk bayaran kos bulanan.

Bila suami nak bayarkan mestilah aku bertambah seronok. Jimat duit aku. hihi..

Pada awalnya suami aku kata tak perlu sebab dia terima saja aku seadanya. Tapi bila banyak kali aku menyatakan hasrat nak pakai braces ni, suami aku okay saja. Terima kasih suamiku.

Sekarang dah setahun setengah aku pakai braces. Gigi aku pun dah rata. Ada lagi beberapa bulan untuk aku tamatkan rawatan braces ni.

Rasanya ramai dah tahu macam mana cara2 nak dapatkan rawatan braces ni dan berapa kos nya. Agak murah juga berbanding empat tahun lepas yang aku survey tu.

Kalau ada yang tengah survey nak pakai braces tu banyak je boleh pilih mana2 klinik swasta. Asalkan jangan pakai yang palsu ya. Banyak juga yang viral pemasangan braces yang murah tapi awas ya itu semua memudaratkan.

Itu sajalah cerita aku berkenaan kenapa aku memakai braces.

Korang jangan lah gelakkan kawan2 yang gigi senget ke jongang ke. Tak baik tau. Kalau aku memang aku diam je walaupun sedih.

Kalau korang dapat kawan yang tiba2 bagi penumbuk kat muka korang masa tu, haa tak ke nanti gigi korang pulak yang sengat, haha..

Apa pun, jangan lah kita menghina rupa orang lain.

– HANI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *