Assalamualaikum semua. Actually aku tak tahu nak start intro ni macam mana sebab ni first time aku tulis artikel dekat IIUM Confession. Sebelum ni just baca orang lain punya saja. Aku dah lama terfikir nak luahkan perasaan aku kat sini and tujuan aku untuk share pengalaman.
Umur aku 27 tahun. Alhamdulillah, baru berkahwin dekat 2 bulan. Maybe certain orang rasa umur 27 ni tak tua tapi bagi aku cukup tua dah. Haha. Sebab ramai saja yang baya aku ni dah ada anak.
Dulu masa bujang aku pernah risau and terfikir pasal kahwin. Aku risau kalau tak ada orang nak kahwin dengan aku. Serious. Kalau dari segi rupa, aku boleh cakap aku ada jugaklah rupa. Haha. Cuma aku ni pemalu and aku tak suka berkawan dengan lelaki. Circle aku semua perempuan.
Jujur aku cakap dulu masa bujang aku tak suka tengok kawan-kawan aku yang dah kahwin. Aku rasa jealous sebab aku still bujang. Aku tak suka tengok dorang post gambar dengan anak or suami. Sampaikan aku buang number dorang. Kalau dorang whatsapp aku pun aku tak reply.
Dulu pernah la ada beberapa orang lelaki nak kenal aku tapi tak ada yang serious sampai nak jumpa parents aku. Setakat whatsapp, call and dating macam orang lain. Then, hubungan tu terputus macam tu saja. So makin lama aku jadi risau fikirkan soal jodoh. Aku ni memang jenis ada masalah terlalu risau. Aku banyak memikir sampai tak boleh tidur.
Time tu aku pulak depressed pasal kerja jugak. Asyik stress. Tak happy. Kerap sangat menangis sampai aku sakit. Lepas tu aku decide nak resign saja sebab aku tak boleh handle stress and tak boleh kawal emosi aku. Even dah kahwin ni pun aku tak bekerja.
Aku rasa tak ada hati dah nak bekerja. Masa tak bekerja ni la aku join satu website jodoh online. Hahaha. Nak join website ni kau kena bayar and dia ada tempoh berapa lama kau boleh guna contohnya tiga bulan atau setahun. Pilih la berapa lama kau nak tapi lagi lama lagi tinggi la bayaran.
Time aku guna website tu banyak lelaki yang tak sesuai dengan aku. Aku ada lah jumpa beberapa tapi kitorang rasa tak serasi and tak boleh nak teruskan to the next level. Bagi aku, masalah kenal online ni takut dalam gambar lain bila jumpa depan-depan lain.
Lagi satu kalau kau nak jumpa, make sure jumpa dekat tempat ramai orang and jangan naik kenderaan sekali. Bahaya kan orang yang kita tak kenal. Aku guna website tu 3 bulan saja and aku ada berjumpa dengan tiga lelaki. Guess what? Lelaki ketiga tula sekarang suami aku. Hehe.
Cerita dia macam ni, aku yang mula-mula start bagi salam dekat suami aku masa kenal online tu. Aku just bagi salam random saja dekat beberapa orang. Then suami aku reply.
Kitorang chat sekejap saja lepas tu aku mendiam dua hari sebab aku sakit. Time tu aku fikir nak rehat. Hari ketiga baru aku reply text suami aku. Dia cakap dia memang tunggu aku reply. Kalau tiga hari aku tak reply, dia nak kenal dengan orang lain. Haha.
Masa tu aku selamba minta number suami aku sebab aku nak text dia dekat whatsapp. Lagipun aku join website tu untuk pakej tiga bulan saja so dah nak expired. Suami aku ni tak pernah bercinta. Masa dia whatsapp aku memang hambar. Haha. Sepatah saja dia balas. Text kitorang memang nampak kekok.
Aku pernah saja rasa bosan texting dengan dia tapi aku tak tahu kenapa aku nak teruskan berkawan dengan dia. After three weeks kitorang texting through whatsapp, suami aku ajak jumpa.
Kitorang pun jumpa la sekejap just borak-borak and minum. Aku tertarik dekat suami aku ni sebab dia soft spoken. Dalam adik beradik, dia sorang saja lelaki. So faham-faham la kan perangai dia macam mana. Lepas dah balik semua tu kitorang text macam biasa saja tak ada cakap nak teruskan atau tak.
Aku pun jadi tertanya-tanya time tu. Then aku tanya dia nak teruskan dengan aku ke. Dia kata dia tak boleh decide sebab dia kata perasaan tu tak ada. Lagi satu dia prefer perempuan yang bekerja untuk kenalkan dekat mak dia. Perghh time tu hancur hati aku. Hahaha. Okay la kan aku pun cakap nak undur diri.
Aku diam saja tak contact dia. Esoknya tengah hari tu dia whatsapp aku. Dia kata aku cepat sangat buat keputusan. Dia minta aku fikir balik. Time tu kitorang bergaduh la dalam whatsapp. Lepas tu dia cakap dia suka aku cuma dia tak sedar perasaan tu sebab dia tak pernah bercinta.
Dia rasa kehilangan bila aku cakap aku nak undur diri. Tapi aku minta dia cari yang lain sebab aku tak bekerja. Aku tak tahu la kenapa, dia still nak teruskan dengan aku. Dia kata sebenarnya dia tak kisah aku tak bekerja cuma dia takut dia tak mampu saja. Huhu.
Selang seminggu kot aku rasa, suami aku ni dia kata nak datang rumah jumpa parents aku. Aku pelik jugak sebab sebelum tu dia taknak datang rumah. Katanya awal sangat. Tapi dia kata dia dapat nasihat dari kawan dia. Kawan dia cakap “kau kalau dah berkenan dekat someone, better kau jumpa elok-elok dengan parents dia”.
Soooo akhirnya dia datang rumah aku. Parents aku okay dengan suami aku ni cuma ayah aku jela yang risau. Dia kata risau dengan kerja suami aku sebab suami aku kerja bidang construction. Takut kerja tak secure. Tapi aku dah explain kat ayah aku and dia boleh terima.
Suami aku asalnya nak kenal aku dua tahun sebab dia nak kenal aku betul-betul. Part ni aku tak setuju sebab dua tahun tu bagi aku lama sangat. Lagipun dia takkan kenal aku mendalam selagi tak tidur sebantal. Haha. So aku pun bagi masa kat dia setahun la walaupun bagi aku setahun ni still lama.
Aku jenis kalau kenal someone, aku nak cepat-cepat kahwin sebab mak aku tak suka kalau aku asyik dating saja. Hati aku kadang berbelah bahagi dengan suami aku masa tu sebab simpanan suami aku sikit sangat. Ada seribu saja.
Lepas empat bulan kitorang kenal, kitorang decide untuk bertunang. Time covid ni memang jadi cabaran la untuk kitorang sebab kitorang lain negeri walaupun negeri dekat-dekat. Tak boleh nak rentas. Tapi alhamdulillah la masa dekat-dekat nak bertunang tu kerajaan benarkan rentas.
Tunang tu aku buat kecik-kecik saja. Sedara mara and kawan-kawan aku pun tak tahu. Yang datang parents suami aku, kakak kedua dia dengan pak sedara dia. Lepas saja tunang, aku dengan family terus gerak balik kampung sebab ayah aku dah gian lama tak balik kampung. Hahaha.
Bermula lah kehidupan aku sebagai tunangan orang. Bagi aku time tunang dugaan dia macam biasa la. Gaduh tu biasa. Aku pulak perangai childish. Kitorang dah agreed nak nikah bulan sepuluh. Jadi ada masa sepuluh bulan lagi la after tunang. Aku punya hantaran tak tinggi pun and aku tak kisah berapa.
Hantaran tu pun ayah mertua aku decide sebab kitorang tak tahu nak letak berapa. Walaupun hantaran tak tinggi tapi still banyak lagi yang suami aku kena kumpul. Dia ada jual ps4 dia. Sekali game dengan monitor. Lepas tu ayah mertua aku ada simpankan duit tabung haji untuk suami aku.
So total duit suami aku dah hampir separuh dengan harga hantaran. And then, kerajaan umumkan yang rakyat boleh keluarkan duit kwsp sempena covid ni. Jadi suami aku pun keluarkan. Masa tu baru beberapa bulan lepas tunang tapi duit suami aku dah cukup and terlebih lagi untuk nikah. Alhamdulillah.
Entah macam mana aku nak cepatkan nikah. Aku doa supaya family belah suami aku lembut hati untuk percepatkan nikah. Aku rasa nak tunggu sepuluh bulan tu pun lama. Haha. Tambah pulak time covid kitorang tak boleh jumpa sangat. Aku rasa aku jumpa suami aku tak sampai sepuluh kali pun sebelum nikah.
Aku syukur family suami aku faham and setuju nak cepatkan nikah. Parents aku memang on la sebab dorang lagi suka aku kahwin cepat-cepat. Aku pun join la kursus kahwin online. Then, aku buat procedure-procedure lain yang diperlukan untuk nikah. Tak susah pun cuma kena ikut step.
Especially bab borang nikah tu. Kalau pasangan lain negeri ada borang extra sikit. Bab-bab kelengkapan nikah mostly aku beli online saja sebab murah and senang.
Aku boleh cakap proses persediaan untuk nikah tu dipermudahkan la. Masa covid ni kalau nak nikah kena buat ujian swab test and paling awal pun tiga hari sebelum nikah. Yang jadi masalah kat kawasan aku ni klinik tertentu saja yang buat swab test. Lepas tu tarikh available untuk buat swab test tu betul-betul sehari sebelum tarikh nikah.
Time tu ayah aku cuak jugak la. Contoh la kalau tak lepas swab test, memang haru. Aku punya tok kadi pun dah risau. Dia minta result swab test aku dengan ayah aku tapi klinik belum keluarkan lagi. Petang sikit baru dapat. Syukur weh kitorang negatif. Jadi boleh kahwin. Hehe.
Yang aku nak cerita ni, sebenarnya masa bujang dulu aku selalu rasa macam tak suka suami aku. Sebab aku rasa dia bukan taste aku. Tapi aku teruskan jugak maybe sebab dah ada ikatan tunang tu. Kalau ikutkan taste aku, aku minat lelaki moden, bergaya, and tinggi. Tapi suami aku kontra habis. Hahahaha.
Suami aku ni orang kampung, tak bergaya and tinggi sikit saja dari aku. Aku tak boleh pakai kasut tinggi sangat nanti tenggelam dia. Lepas saja kahwin, aku rasa hensem pulak suami aku ni bila dah selalu tengok. Hahaha.
Tapi nasihat aku takyah memilih sangat la. Nak yang kaya, tinggi, hensem. Yang hensem tu belum tentu lagi nak kau. Redha and syukur saja dengan apa yang Allah bagi. Suami kau tu la yang terbaik untuk kau. Serious.
Aku syukur suami aku orang kampung sebab dia macam-macam boleh buat. Dia pandai bertukang, pandai kupas durian, rajin, suka berkebun, and dia tak membazir beli barang branded mahal-mahal. Alhamdulillah mak mertua aku pun baik. Jenis tak kisah. Aku rasa dapat jodoh yang baik ni pun mak aku yang doakan.
Lagi satu Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak. Aku takdelah alim pun tapi korang yang belum kahwin boleh cuba amalkan tahajjud. Sebab doa tahajjud ni terus diangkat ke langit. Doa la banyak-banyak untuk jodoh kalau kau nak sangat kahwin. Niat kena betul.
Jangan cakap kau dah banyak doa tapi tak makbul. Ketentuan takdir ni semua Allah dah tetapkan. Tapi in shaa Allah doa kau akan makbul cuma cepat atau lambat saja. Kalau boleh doa time-time mustajab macam lepas solat, lepas mengaji, and masa hujan.
Walaupun awal-awal kahwin aku rasa susah sikit sebab semua kena buat sendiri tapi aku boleh cakap aku happy la. Bayangkan masa bujang dulu semua mak aku buatkan. Mak aku yang masak, basuh baju, lipat baju. Semuanya mak aku la. Aku bangun tidur, makanan dah siap. Haha. Aku ni kira orang senang.
Adik beradik aku sikit so aku manja jugak la. Bila dah kahwin, aku kena masak sendiri untuk suami aku. Stress jugak. Haha. Suami aku pulak hari-hari nak aku sediakan bekal untuk lunch dia pergi kerja. Semua la aku buat sendiri sekarang. Tapi ni aku rasa dah boleh adapt sikit dengan suasana baru.
Tak stress dah memasak. Family kitorang pun suka sangat bagi makanan sampai tak termakan rasanya. Ada aku bagi jiran-jiran or guard ke sebab banyak sangat
Apa yang aku nak cakap, bagi aku kahwin lambat ni ada jugak faedahnya. At least kau nak kahwin tu kau sempat matang. Kau dapat spend banyak masa dengan family kau. Dengan kawan-kawan. Memang dulu target aku nak kahwin awal la before 25 tapi aku kahwin umur 27.
Lagi tiga tahun aku dah 30. Huhu. Kalau memang niat nak kahwin, bukakan hati kau. Tak perlu cerewet nak lelaki ikut taste kau. Asalkan kau tahu background dia baik dah cukup. Banyakkan usaha jugak. Let say kau pemalu, sekarang banyak sangat medium cari jodoh online. Doa pun jangan lupa.
Aku ada baca buku pasal kahwin sebelum aku kahwin haritu sebagai persediaan la. Jujur, aku sebenarnya seorang penakut. Aku takut semua benda. Aku takut gelap, aku takut tidur sorang, aku takut lipas, aku takut sakit. Aku pernah terfikir takutnya kalau nak pregnant and bersalin sebab sakit. Aku takut sangat.
Tapi aku jadi semangat bila aku baca dalam buku tu tulis lebih kurang macam ni “kahwinlah dengan perempuan yang boleh lahirkan anak yang banyak supaya Nabi Muhammad S.A.W berbangga tengok umat baginda ramai”. Kalau boleh jangan kahwin sebab nafsu semata.
Jangan kahwin sebab tengok orang lain kahwin. Kahwin la sebab kau nak dirikan masjid, nak dapat pahala Allah, nak tambahkan keturunan and nak ramaikan umat Islam.
Aku pun baru saja kahwin, banyak lagi yang aku belum tempuh. Tapi aku yakin Allah sentiasa tolong aku. Rasa bersyukur sangat sejak dah kahwin ni. Walaupun tak dapat duduk dengan family dah tapi aku happy dapat pengalaman baru. Belajar benda baru. Kadang aku excited nak memasak sebab tengok video memasak dekat youtube.
Padahal dulu aku memang tak suka masuk dapur apatah lagi nak memasak. Kesimpulannya, kahwin cepat atau lambat tu ketentuan Allah. Kalau kau nak kahwin tapi belum ada someone, maybe ada usaha yang kau belum buat. Maybe belum cukup berdoa. Jodoh ni kau kena cari jugak walaupun kau perempuan.
Bagi aku tak ada apa nak malu kalau cari jodoh online, tak ada siapa nak judge kau. Tu hak kau. Ramai saja yang berjaya cari jodoh online. Tak salah mencuba. Nak tunggu tiba-tiba lelaki datang ketuk pintu rumah kau lepas tu ajak kahwin macam mustahil.
Okay lah, aku rasa sampai sini saja cerita yang aku nak share. Sorry kalau penulisan aku tak best sebab aku tulis based on apa yang aku terfikir. Semoga rumahtangga aku berkekalan sampai ke jannah. Doakan aku jugak. Untuk sesiapa yang belum bertemu jodoh, banyakkan bersabar. Sabar ni mudah nak ucap tapi susah nak buat.
Aku tahu sebab aku bukan orang yang penyabar. Tapi aku pun masih dalam proses nak perbaiki diri. Kalau ada yang takut nak kahwin tu kalau boleh jangan lah takut. Kahwin ni best sebab kau cuba benda baru. Ni la pengalaman hidup. Belajar berdikari. Belajar kawal ego. Belajar hormat suami.
Lastly, semoga artikel aku ni bermanfaat walaupun tak banyak and semoga yang belum bertemu jodoh dipercepatkan mendapat jodoh yang baik. In shaa Allah. Aamiin. Sekian dari aku, assalamualaikum.
– Asiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit