Stop Salahkan V4ksin

Asalamualaikum semua. Sis terbaca viral semalam dimana suami seorang Puan yang sihat. Telah terkena serangan jantung. Selepas suntikan v4ksin.

Saya ingin bertanya adakah suami puan merokok? Atau adakah puan yakin tanpa merokok suami tak akan kena sakit jantung? Puan baca tulisan ini. Mohon kita tak timbulkan situasi panik.

Saya juga ‘hampir’ kehilangan suami kerana serangan jantung ini setahun yang lepas. Dan yang real pemergian mengejut adik ipar pada bulan February lalu kerana serangan jantung mengejut tidak sempat v4ksin pun!

Hari pasti sugul. Puan sepatutnya bersyukur suami puan dapat diselamatkan. Serangan jantung ini tidak cool. Ada yang survive ada yang jalan. Semua ini berlaku depan mata sis! Semua ini kerana pemakanan, dan tabiat merokok yang merbahaya.

Kita sudah nasihatkan mereka untuk stop tapi apakan daya tekanan kerja sebab Pkp lalu menyebabkan rokok dipilih sebagai peneman!!

Suami sis terkena serangan jantung setahun lalu sewaktu kami berada bercuti di Pulau Perhentian! Sangatlah terkejut sebab disana tiada klinik.

Suami sis akur sudah lama merokok dan habit yang buruk ini sis gagal tak dapat educate untuk dia stop! Sakit dada yang amat sangat sis pun google semua simptom ya Allah ujian apakah ini!

Anak sulung sis bantu bapanya urut belakang katanya angin tak keluar habis. Selepas paksa muntah baru ok sedikit.

Tapi hati sis berat katakan ini jantung. Semalaman suami tak tidur. Sis hanya mampu bagi suami pandol dalam beg sis. Hari ke dua dan ketiga suami boleh bertahan sikit.

Sis ajak ke Hospital di Terengganu tapi ajak tunggu sampai Kl suami pergi. Hari Khamis minggu yang sama suami kena serangan kedua. Dia cakap tunggu pergi klinik biasa minta surat baru pergi hospital.

Lagi lagi musim covid-19 ini, Sis tegas beritahu awak terus pergi kecemasan beritahu sakit dada! Sis terpaksa pergi kerja. Memang betul suami terus dimasukkan ke zon resutasi! Zon Merah. Isteri pun tak boleh melawat!! kena balik.

Benar! bukan lah kita isteri nak doakan suami sakit. Tapi instinct isteri yang “memaksa” suami ke Hospital Selayang berjaya menyelamatkan suamiku.

Lima hari di wad jantung kena masukkan ubat cair darah. Rupanya darah sangat pekat dan menyukarkan jantung untuk function. InsyaAllah kita create awareness disini untuk semua sekiranya sakit dada luar biasa terus pergi hosp terdekat.

Bukan klinik takut tak dapat diseamatkan! Alhamdulillah selepas kejadian yang hampir meragut nyawa suami dia mula kurangkan rokok!

Tapi sis paksa berhenti terus agak sukar! Sis kata demi sayangkan anak-anak awak kena stop! Minggu ini suami baru ambik suntikan sinovac.

Alhamdulillah dia juga sangat disiplin dalam pemakan ubat jantungnya! Tiada side effect lepas suntikan, Cuma sis nak ingatkan kalau suami sis di luar sana dan perokok.

Mohon aware takut berlaku lagi serangan jantung yang merupakan silent killer. Suami pun sudah dirujuk Hospital Sungai Buluh (pakar) secara berkala.

February lalu sis juga kehilangan seorang adik ipar lelaki yang sangat rapat dengan sis. 18 tahun sis kenali beliau. Silap sis tak perasan dia ada kesihatan kurang baik.

Dia umur 38 tahun. Ada tiga serangkai ini. Sering melepaskan stress pada rokok adalah tidak cool! Minggu terakhir D sibuk beli tanah 10 beg dan rumput karpet untuk buat mini garden.

D sangat rapat dengan anak anak sebab dia masih bujang. Dia ada luahkan kepada BFF dia cakap macam tak lamalah. Rindu arwah mak ayah lah. D juga ada high blood pressure & kolestrol dan kadangkala makan ubat, kadangkala lupa. Maybe.

Pada hari pemergian D dia pergi kerja seperi biasa. Tuntutan kerja yang sangat sibuk dan badan yang agak obes. Tidak bersukan dan melepaskan tekanan pada rokok ini diakui oleh ibu angkat yang datang dari Melaka.

Nasi sudah menjadi bubur. Sis kesal sebab dia memendam semua sakitnya seorang diri. Bila dibilik disuruh anak kedua sis untuk urut atau pijak badan nya bagi keluarkan angin.

D itu bukan angin itu serangan jantung yang berat untuk pam darah pekat! Tapi sis tak tahu dia ada simptom ini. Sebab dia merahsiakan dari sis,D maklumkan pada suami sis, tapi sis tak dimaklumkan.

Sehingga D kerana terlalu kuat kerja siap tanya kawan lama tak kena ambil Mc kalau warded! Sampai macam tu mindset workerholics.

Sesi menahan sakit berakhir . D minta kawan hantar ke klinik panel izham. Sis tanya kenapa tak bawa terus Hospital.

D berdegil tak hendak ke Hospital mungkin sangkakan tidak mahu warded seperti abangnya tahun lepas! Sampai di klinik tengah dapatkan rawatan . Tetiba D rebah dalam klinik.

Doktor terus melakukan CPR! gais tapi D tak dapat diselamatkan. No pulse! Luluh hati sis bila suami maklum D dah tiada!

Kerana keegoan tidak dapatkan rawatan seperti Abangnya! Sebab dia sangka kan dia kuat! Jangan gais! Ada rasa pelik sahaja nafas teruslah ke hospital.

Orang akan bersedih hari pertama kita meninggal.Dan hari kedua position kita akan di tukar ganti. Sorry D sis tak dapat selamatkan D kerana ‘rahsia besar ‘ dan buat kuat itulah meragut D. Maaf, Jantung adalah asbab. Sis redho.

Mohon jangan fitnah v4ksin! D tak sempatpun ambil v4ksin! Post mortem di ppum sahkan serangan jantung.

Pertama kali nampak suami teresak di tanah perkuburan dan blank kehilangan adik tersayang! Jom semua jaga kesihatan! Al-fatihah untuk semua yang sudah pergi!!

– Sis S cuba move on (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *