Nafsu atau Cinta

Aku tak tahu mana nak bermulanya cerita aku ni, tapi aku teruskan juga. Aku baru putus cinta pada dua tahun yang lalu selepas 6 tahun berkenalan sejak dari zaman sekolah menengah.

Betullah orang kata selagi tak serumah, sebantal tu, kita tak akan kenal pasangan kita. Aku gelarkan bekas kekasih aku ni Y.

Disebabkan terlampau lama bercinta, Y ni start dengan approached aku dengan benda ringan ringan. Aku selalu menolak sebab jujur, aku tak pernah buat sebelum tu.

Setiap kali aku menolak, dia mesti akan moody. Sampai satu tahap dia pernah persoalkan aku, kalau dah kahwin nanti dan dia nak “bersama”, adakah nanti aku akan tolak juga?’

Masa soalan tu diajukan, aku terdiam sebab adakah ” itu” sahaja dalam fikiran dia. Aku pernah menolak ajakkan dia untuk ‘ringan-ringan’, aku kena maki.

Usia aku pun dah 29 tahun, dan aku pun dah bekerja, begitu juga dengan Y yang lama juga dah bekerja walaupun kami sebaya. Y mula bekerja sejak umurnya 20 tahun.

Aku mengajak Y untuk kahwin. Tapi disebabkan banyak alasan diberi, aku fight for it.

Agak b*d*h disitu sebab aku patut tahu dia sebenarnya tak nak aku. Jadi pada masa itu, aku tak tahu apa tujuan dia dengan aku. Hanya untuk main main mungkin.

Pada masa yang sama, dia juga ada perempuan lain. Macam mana aku tahu, banyak kali dah kantoi dengan aku.

Ada kalanya, dia DM perempuan kononnya bagi “emotional support”.

Pernah sampai dia cuba kawan adik aku dan berita sampai ke aku. Tapi sebabkan terlampau percaya tanpa usul periksa, aku sekali lagi dipermainkan.

Dan kadang tu banyak kali kantoi dengan aku yang dia tengok p*rn* atas alasan aku tolak ajakkan dia. Ada kalanya, dia memberi alasan atas sebab kisah lampaunya.

Panas baran sampai tengking aku dan naik tangan kat aku. Itu belum kahwin lagi dan belum lagi digelar sebagai suami isteri tapi aku sudah pun dapat lebam.

Kadang- kadang, aku terfikir, betul ke aku nak dia jadi suami aku. Secara tak langsung, soalan yang sama dilemparkan kepadaku oleh keluarga aku sendiri terutama ibu aku.

Betullah naluri ibu sentiasa dapat tahu sesuatu. Kalau dulu soalan tersebut dilemparkan, aku akan jawab dengan penuh keyakinan.

Kini, aku menanya diriku balik, adakah aku yakin aku ingin kan dia untuk jadi seorang suami dan bapa kepada anakku?

Ya betul, manusia boleh ubah. Tapi aku juga berhak untuk menetukan keputusan keatas diriku.

Aku fikir banyak kali sebelum aku nekad untuk tarik diri. Aku istikarah dan berdoa supaya aku diberi pentujuk.

Aku sayang hubungan 6 tahun tapi kalau aku tidak tarik diri, apa agaknya akan jadi pada diriku.

Memaksa diri aku untuk pentingkan diri sendiri sebab aku dah sabar dan menunggu dia lama sangat.

Aku juga meletakkan harapan dengan jika aku undur diri, Y akan merasa kehilangan dan bertindak untuk lamar aku.

Tapi benda jadi sebaliknya. Selepas aku undur diri, aku ditunjuk satu per satu perangainya yang sebenar dan begitu juga keluargaku.

Aku rasa terkilan sebab dah lama bercinta tapi aku buta. Dia bercinta dengan aku bukan untuk halalkan aku.

Aku menceritakan hubungan aku dengan Y ke kawan lelaki aku yang aku percaya. Tapi respond dia tak sehaluan dengan cara aku berfikir.

Dia bagitau aku patut “open-minded untuk bahagian “ringan- ringan”. Aku tidak bersetuju.

Aku bukanlah baik sangat tapi apa jaminan untuk aku kalau aku buat semua Y nak dan aku tidak ditinggalkan?

Malah kehadiran aku sebelum ini pun tidak diketahui oleh keluarganya walaupun kami sudah 6 tahun.

Alhamdulillah kehidupan selepas itu membuat aku sedar bahawa Allah dengar doa doa aku untuk aku harungi.

Aku harap perempuan yang diluar sana, lebih menghargai diri dan sentiasa berhati- hati.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *