Nafsu atau Cinta: Kisah Aku

Assalamualaikum. Aku terpanggil untuk tulis kisah aku lepas baca confession “Nafsu Atau Cinta” (https://iiumc.com/nafsu-atau-cinta/).

Aku Dee, berasal dari utara tanah air dan sudah bekerja di negeri yang sama. Hidup aku, aku rasa memang dimudahkan dari awal. Alhamdulillah.

Keluarga sebagai tulang belakang aku, zaman belajar yang smooth dan dapat kerja lepas 4 bulan grad, bergaji lulusan ijazah. Maaf bukan awal2 nak berlagak, tapi nak bagi gambaran kepada pembaca yang aku ada kehidupan yang tenang dan lancar.

Cuma bila buka soal cinta, aku rasa bukan rezeki aku lagi. Aku tak pernah couple. Mungkin personaliti aku yang nerd waktu zaman sekolah dulu, buat aku tak pandai nak approach lelaki. Cuma untuk kawan2 aku takda masalah.

Bila menginjak ke zaman asasi dan degree, aku cuba ubah diri aku dan beranikan diri berkawan. Semua tak menjadi haha.

Sepanjang zaman ijazah aku, aku ada sorang kawan baik. Lelaki. Aku gelarkan dia Fad. Memang baik yang ngam sangat2 sampai hampir semua benda pun kami bertukar cerita. Pada aku, dia kawan yang protective dan aku selesa.

Ada satu fasa tu waktu dia minat orang lain, dan aku minat orang lain pun kami bertukar cerita. 5 tahun kami berstatus “kawan baik”, alhamdulillah tak pernah sekali dia cakap2 kotor atau buat perangai2 pelik.

Kami start pisah sebab habis belajar, masih bertanya khabar cuma tak sekerap dulu.

Nak dijadikan cerita. Bulan April lepas, Fad whatsapp aku, random pasal jodoh tak sampai2. Aku pun cakap “Sama sama lah kita tua membujang haha”, sebab aku pun takda orang. Tiba2 Fad bagitau, “Aku dah 3 tahun suka kau. Kau nak aku?”.

Weh speechless. Yela dari kawan baik tiba2 macam ni, sebab jujur aku memang takda perasaan lebih dari itu. Aku minta dia tempoh & dalam pada masa yang sama tanya pendapat orang2 yang aku percaya.

Bila aku dah sedia, aku whatsapp dia. Aku rasa aku nak bagi peluang kat dia. Tapi, dia nampak hesitate berbanding awal2 dulu.

Bila aku try tanya bebetul kenapa, mula dia buka diri dia sebenar. Dia bagitau, yang aku tak kenal dia sepenuhnya. Dan sebelum aku betul2 terima dia, Fad nak aku tahu siapa diri dia.

Fad ada masalah dengan p0rnografi. Dia awal2 mengaku. Dia tengok video2 tu dan on4ni lepas tu. Fad bagitau bukan dia nak sangat pun buat, tapi dia perasan makin dia kerja dia stress dan sekarang dia ada masalah tidur yang serius.

Fad sampai jumpa psikiatrist dan ambil ubat untuk tidur sebab insomnia dia, tapi masih tak jalan. Satu2 nya cara buat dia untuk tidur ialah dengan on4ni. Dan yang paling buat aku kecewa, Fad bagitau dia bayangkan aku masa buat benda2 tu. Sebab aku orang yang dia suka.

Ya Allah remuk hati aku. Dia minta maaf. Dia sangat2 minta maaf. Dia kata sebab aku pakai baju2 longgar lagilah dia cuba imagine.

Fad kata dia tak nak hilang aku. Tapi dia tak sanggup nak teruskan hubungan ni sebab dia takut akan jadi lagi teruk. Dia cuba berhenti tapi tak boleh. Dan dia takut tak boleh kawal diri.

Fad kata dia lain kalau hubungan lebih dpd seorang kawan. Dia minta maaf sangat2 kat aku. Bila aku dengar struggle dia, aku jadi sedih.

Tapi, aku bersyukur. Fad terus terang dengan aku, dia akui silap dia dan dia bagi ruang untuk aku timbang tara samada aku mampu untuk cuba ubah dia atau ini petanda dari Allah yang aku pun perlu baiki diri lagi dan cuba letak sempadan ikhtilat bila berkawan.

Nasihat aku untuk confessor “Nafsu Atau Cinta”:

1. Jujur pada diri kau, apa yang kau nak dalam hubungan dengan seseorang lelaki. Kalau kau tahu hubungan tu boleh bawa kau kecundang, BIG REDFLAG. Lari.

Jujur iman aku pun tak kuat. Aku takut aku pun boleh terjebak kalau awal2 Fad dah bagitau “kalau couple dia lain”.

2. 6 tahun tu lama. Betul. Macam aku pun 5 tahun. Tapi seumur hidup pun lama. Andai confessor cuba untuk pertahankan hubungan ni, rasa mampu untuk tahan seumur hidup? Kalau rasa tak, lepaskan. Lepaskan rasa cinta yang menutupi realiti sebenar.

Kau akan rasa rugi macam “at least ada orang nak”, tapi itu awal2 saja. Sebab aku rasa tenang bila aku dapat escape daripada situasi sekarang.

3. Jangan jadikan dia faktor kebahagiaan kau. Kenapa nak stay kalau awal2 dah naik tangan? Kau bahagia ke macam ni? Kadang2, lagi erat genggaman tu ibarat genggaman kita pada duri. Sakit, ibarat racun dalam diri.

Cari lah diri kau, hidup berusia muda ni tak lama. Aku cuba distract diri untuk improve diri aku, dan alhamdulillah so far aku masih hidup & rasa bahagia tu. Jadi confessor, lepaskan la genggaman tu. Lepaskan.

Moga kita sama2 dikurniakan ketenangan. So yeah, welcome back to single club! Haha ok itu saja. Assalamualaikum.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *