Untuk part I, (https://iiumc.com/balasan-untuk-rumah-mertua-kotor/).
Alhamdulillah. Cerita saya tersiar. Banyak komentar berbentuk contradic. Ada yang memuji ada yang mengeji, haha. Begitulah hidup. Tak mungkin sealiran sahaja.
Harap tulisan saya dapat menenangkan Puan Syima. Itu saja tujuannya.
Saya menulis untuk respon kepada beberapa kemusykilan.
1. Daripada berjinjit, baik tolong kemas. Sama jer buat orang terasa.
Baik saya jelaskan di sini. Saya tak rajin, bukan pengotor, sedikit penggeli. Saya pilih jalan selamat. Tak mampu saya nak buat sesuatu dengan terpaksa, kelak memakan diri.
Saya bukan nak hidup disana sehari dua. Anda yang rajin boleh tolong kemas, cuma pesan saya jangan merungut. Jangan mengeluh. Itu jalan yang anda pilih. Ada ganjaran disisiNya, insyaAllah.
Tapi pilihan kita tak sama. Hormati pandangan berbeza, warna warni kehidupan. Mazhab pun kita ada 4 kan.
2. Macam mana solat? ada yang cakap, orang pengotor ni orang yang tak solat.
Ini point utama yang memaksa saya menulis sekali lagi. Kami cukup faham, kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Saya tak pasti bayangan kekotoran ini pada pembaca. Tapi pada saya memang kotor. Tapi nak gambarkan lebih jelas dirumah parent saya, jarang sekali kami solat jemaah.
Tapi dirumah mertua, setiap kali kami datang, mesti solat jemaah tak kira zohor asar maghrib atau apa sahaja. Tak pernah kami solat disana tanpa mak yang turut sama berjemaah dengan kami.
Itulah mak mertua saya. Ayah dah takde. Suami la yang selalu jadi imam pada mak.
Selalu kami solat didepan bilik antara bilik suami dan bilik mak. Kawasan ni paling bersih saya rasa.
Cuma saya selalu singgah sekejap jer. Takkan saya nak duduk dalam bilik. itulah maksud saya, tak ada tempat nak duduk. Boleh ke bayang hehe.
Tapi kan, bila ramadan kami selalu juga terawih bersama. Kadang pakcik depan rumah datang jemaah sekali.
Waktu ni kami akan solat depan tv. Mak akan bentang tikar besar. Cuma saya ada juga rasa tak selesa bila telekung saya kena lantai.
Saya akan terus tukar telekung bila balik rumah. Konflik dalaman juga dengan hati sendiri kat situ. Pada Allah saya berserah.
Sejujurnya saya bukan bersenang hati. Tapi selalu juga pesan, sabarlah. kau sedang diuji.
4. Basic hygine kot takkan tak tahu.
Komen negatif itu biasa. Kepada yang komen seakan begitu, what is your expectation?
Orang yang diuji macam saya dan puan syima selayaknya mengutuk kekurangan keluarga mertua, bagi ceramah kebersihan, baca hadis, basuh, kecam mereka cukup-cukup atau bagaimana?
Kami gigih merawat hati. Mencari-cari kebaikan dari terus terusan hidup dalam kegusaran.
Kami sudah jadi family. Bukan semua benda mampu kami ubah. Ubah family sendiri belum tentu kita mampu, apetah lagi family orang.
Sedikit Allah uji dengan segala nikmat yang ada, apa salahnya cuba berlapang dada sebaiknya. Tak ada siapa terlepas dari ujian rumahtangga. Ini bahagian kami.
3. Pujian tt dapat didikan yang baik.
Alhamdulillah baiknya saya hari ini pada pandangan manusia sememangnya saya harap, ibu bapa saya yang dapat pujian. Buruknya saya adalah kerana saya.
Tapi….. Sebenarnya, dirumah parent saya sendiri banyak kekurangan. Banyak benda yang saya tak setuju. Tapi saya tak mampu ubah melainkan menanam rasa benci akan keburukan itu di dalam hati.
Tak pernah sekali pun suami saya bersuara. Contohnya ayah saya merokok. Sedangkan suami saya tidak. Tapi dia tak pernah la cakap “apalah ayah awak ni,……” Tak. Tak pernah.
Bayangkan masa kali pertama suami datang nak jumpa mak ayah saya, saya kutip putung rokok yang ada dicelah2-celah batu laman rumah.
Punyalah saya tak nak suami tahu kelemahan keluarga saya. Saya malu. Mampu ke saya nak suruh ayah berhenti merokok? Tak saya tak mampu.
Cuma saya respek suami. Dia sangat bersahaja dan berlapang dada. Baik buruk kami, atau keluarganya. Dia terima saja. Ya saya belajar sesuatu dari dia.
Jadi kekurangan dan kelemahan ni buat saya selalu rasa nak bina keluarga dengan acuan kami. Acuan islam yang syumul. Baik dari segi thaharah, adab dan sebagainya.
Ini juga yang selalu suami pesan pada saya bila ada konflik antara saya dan ketidakselesaan rumah mertua.
“Kita cuba mana mampu, selebihnya serah pada Allah. Abang cuba buat yang terbaik. Tapi banyak benda abang tak mampu ubah melainkan diri kita sendiri. Abang mintak maaf”
Saban hari saban tahun juga, saya terdidik sikit demi sikit dengan keterbukaan suami.
Biasanya, bila konflik dengan keadaan rumah disana, masuk kereta saya tak perlu cakap apa-apa terus suami pegang tangan dan mintak maaf dan berlakulah drama air mata tanpa sepatah kata pun keluar dari mulut saya.
Perit hati tanpa kata ni memang sukar terubat sebenarnya. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Saya tersepit, suami lebih lagi.
Demi Allah saya saksi, suami saya hamba Allah yang soleh, anak yang soleh dan suami yang cukup soleh.
Untuk itu, saya tak lupa diri dan berterima kasih pada mertua yang mendidik anak ini, dan meminjamkannya pada saya.
Kisah kekurangan rumah mertua saya ini tidak pernah diceritakan pada sesiapa termasuk keluarga saya atau kawan rapat. Saya simpan rapat. Itulah yang saya ungkap, kebaikan yang ada mengunci mulut saya.
Yang terakhir, untuk yang memuji saya, suka untuk saya sangkal. Saya tak selesa dan tak bertindak, hanya berperang dengan hati sendiri. Kesimpulannya tidak mengubah keadaan. Saya menantu yang gagal.
Untuk menantu yang rajin bersihkan diselangi dengan kejian dan kutukan pada keluarga mertua hingga bergaduh suami isteri, anda sangat rugi memenatkan diri.
Dunia ini tak lama untuk dihuni. Sebaiknya ikhlaskan hati, untuk bekal kesana nanti.
Untuk menantu yang begitu proaktif, rajin tolong kemas tanpa kata nista, kadang pakej kena kecam lagi sebab memandai mandai, anda memang hebat! salute untuk anda. Tahniah.
Last satu lagi, untuk hal anak tu buat saya selalu bersyukur dengan perjalanan yang Allah tulis.
Kadang saya jadi positif, penuh hikmah Allah belum beri rezeki, sempat didik hati dulu serasikan diri. Memang bukan saja-sajalah Allah uji begini. SubhanaAllah cantik perjalanan hidup aturan ilahi.
InsyaAllah tiba masa, keadaan semakin baik harapnya. Allah janji, siapa syukur Allah tambah nikmatNya. Saya yakin.
Wallahua’lam.
– Menantu hantu solehah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit