Salam Pandemic Malaysia. 5 am tak boleh tidur tiba2 teringat serta sebak pula dengan diri ni. Cuma nak meluah seketika agar dapat sedikit atau sebanyak idea dan jawapan dari semua.
Aku telah pun bertunang, dengan pilihan hati sendiri beberapa bulan yang lalu. Asalnya kami ok saja, sama2 ada perasaan sesama kami, sama2 ada effort, sama2 setia, menjaga hati dan sebagainya.
Tapi tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku terasa kosong. Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Aku tak semangat macam dulu bila dia ajak jumpa. Aku akan bagi alasan macam2 walau akhirnya aku setuju juga untuk berjumpa tapi dengan cara yang sinis.
Untuk pengetahuan bukan berjumpa dating yer tapi beli barang & hantar pergi kerja sahaja memandangkan jalan hanya satu arah.
Selain tu aku dah tak semangat bila terima whatsapp dari dia. Tak macam dulu aku tertunggu2 chat dari dia. Kini aku tak kisah dia nak chat ke tak nak, dia nak buat apa nak ke mana2 aku dah tak berapa peduli.
Tambahan pula kami whatsapp hari2 benda yang sama tak ada topik yang menarik atau mendalam yang nak dibincangkan terutamanya soal majlis kahwin.
Untuk pengetahuan, tarikh nikah dan majlis sanding telah pun ditetapkan dan dipersetujui kedua pihak keluarga kami yang telah dibincangkan bersama sebelum ini.
Tapi memandangkan musim pandemic dan pkp yang tak habis2 ni kami tak dapat nak melakukan sebarang persiapan.
Terus terang cara aku memang tak mahu untuk nikah sahaja tanpa majlis. Aku faham ni musim pandemic tak boleh buat majlis cuma akad nikah saja dibenarkan itu pun terhad saja yang boleh datang.
Musim berjimat cermat tak perlu buat majlis, nanti nak pakai duit untuk masa akan datang. Yerrr aku faham semua itu.
Tapi bagi aku is NO. Aku akan tunggu juga sehingga semua akan pulih untuk sedia beroperasi dan baru la boleh buat persiapan untuk nikah dan majlis sanding.
Aku tak kisah orang nak cakap, nak mengata apa sebab ini adalah diri aku, majlis aku, pilihan aku.
Bagi aku ini adalah moment terbesar dalam hidup, aku rasa rugi dan ralat kalau buat cincai dan ala kadar sahaja.
Bukan aku meminta majlis yang mewah serba gah tapi cukup la sederhana saja dengan cara yang proper supaya tak ada rasa kesal suatu hari nanti.
Tapi sebaliknya bagi keluarga si dia. Ada hint yang dia bagi seolah keluarga dia nak juga grab peluang ni untuk buat nikah sahaja dulu kerana boleh berjimat.
Bukan aku nak kutuk tapi aku tengok sekeliling aku, kawan2 aku, yang buat nikah dulu dan berjanji nak buat majlis kemudian ternyata tak buat langsung sebab macam2 sebab yang muncul,
Antaranya ialah dah mengandung, dah tak ada mood, dah rasa jadi pengantin lama, masih belum cukup modal.
Aku faham lebih afdhal buat yang wajib sebab majlis tu cuma adat tapi faham tak apa yang aku nak sampaikan ni?
Hantaran aku pun tak mahal mcm kawan2 lain sebab aku kesian dan family pun akur sahaja atas permintaan keluarga pihak si lelaki. Bertunang ni pun tak ada sebarang majlis hanya tunang cara cincai.
Maaf cakap tapi aku dan keluarga aku rasa macam kena terjah. Takkan kami nak tolak kalau dah datang rumah kan.
Dekat situ aku terkilan juga tapi aku masih ok sebab fikir alah cuma tunang saja nanti kahwin buat yang betul2.
Jadi kami tak ada perbincangan yang mendalam tentang perkara ni, setiap hari hanya bual kosong yang sampai aku tak tahu nak bahas apa lagi. jadi adakah ini tawar hati? Bosan?
Lagi satu aku nak tanya memang perlu ke kita kena contact ibu dia? Bukan apa, aku terfikir, aku ni tak nak dianggap sombong atau apa. Memandangkan ex dia sebelum ni memang rapat dengan ibunya.
Siblings dia punya pasangan pun memang rapat, selalu datang ke rumah bantu memasak, bersembang luangkan masa, calling2 dan whatsapp dan keluar bersama, sampai boleh menginap sekali disana.
Tapi aku tidak macamtu, aku tak reti nak bersembang, tak reti nak ambil hati, tak contact pun malahan no ibu dia pun aku tak ada. Apatah lagi nak melawat ke rumah dan menginap disana.
Apa yang aku lihat keluarganya sporting dan terbuka belaka. Jadi mereka tidak kisah memperlakukan dan menganggap orang luar macam anak mereka sendiri.
Tapi aku pula tak dapat sesuaikan diri, tak reti berbual dengan orang tua apatah lagi mengambil hati. Nak rapatkan diri lagi lah aku tak tahu.
Aku seorang yang simple dan tak banyak cakap malahan dengan ibu bapaku juga aku tidak rapat. Bukan tidak bercakap tapi hanya perkara tertentu sahaja.
Dirumah hanya buat hal sendiri kerana lebih selesa macamtu. Bukan yang asyik berkepit dan bermanja dengan emak. Faham kan?
Jadi ini adalah sesuatu yang sukar bagiku. Korang memang ambil berat dan contact ke bakal ibu mertua korang?
Sebab aku fikir sekarang tiada ikatan sah lagi tak perlu aku nak beria sangat, cukup tunggu dah sah jadi menantu baru nak contact dan melawat.
Apatah lagi nak menginap di rumah orang, belum sah kahwin lagi, maaf ini bukan caraku. Aku tak tahu la kalau ini perkara biasa pada zaman ini. Kalau betul, sorry aku memang noob hurmmm.
Mohon jangan kecam…
– Naddy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit