Untuk part I, (https://iiumc.com/ujian-rumahtangga-oku/).
Assalammualaikum, sebelum saya sambung kisah saya, saya nak jawab beberapa soalan yang banyak di ajukan oleh kakak abang adik semua dalam komen.
Saya juga ingin mohon maaf sekiranya tulisan saya agak meleret dari sudut pandangan pembaca.. sebab saya bukan Penulis yang profesional.. saya hanya bertulis mengikut gerak hati kecil saya saja… luahan hati yang terpendam..
By the way, Saya baca tau komen korang semua. Hehe..
Soalan 1,
Macam mana orang blind main instagram? Macam mana blinds boleh taip?
Sebenarnya sistem sangat sangat membela nasib OKU terutama blinds…
Ada sistem yang support untuk dia bacakan segala jenis tulisan dan perkataan yang ada pada screen. Istilah dia ‘Talk Back’ for android.
‘Voice Over’ for ios. Semua phone ada dah setting nih..
Masuk je setting/ accessibility jumpa la setting tu.. Huhuhu..
Canggihnya sistem sekarang untuk blinds… saya sendiri boleh trading dalam phone saya dengan baca chart guna voice over. Fahamkan pattern chart, tanpa perlu temgok chart tu dalam screen.
Saya main trading crypto currency.
Soalan 2,
Macam mana saya boleh stalk insta ex wife saya?
Jawapan : Dia ada password Facebook, instagram saya. Dan saya pun ada password facebook and instagram dia. Hehehe..
Kalau saya nak check phone dia pun boleh. Ex wife guna iphone.. Panggil je siri.. cakap on voice over.. off voice over. Boleh lah saya guna phone dia.
Soalan 3,
Hasil mana kajian 70% penceraian di sebabkan penderaan oleh isteri?
Jawapan : saya terjumpa kajian di link ni… tapi ni berapa tahun yang lepas punya.. yang terkini punya saya tak jumpa pulak.. belum di keluarkan lagi kot… Boleh lah mana2 prof buat kajian tentang ni..
Rujuk : https://www.bharian.com.my/
Ok sambung balik kisah saya…
Pernikahan saya dah bekas isteri selamat diijabkabul. Perkahwinan kami hanya bertahan 3 bulan sahaja…
Pada permulaan berumahtangga, saya diuji dengan bisnes yang down. Masa ni hebat betul ujian. Ujian dengan bekas isteri tidak memahami keadaan saya pada masa tu.
Simpanan saya semua habis licin. Pelbagai benda saya buat, tapi tak menjadi. Allahu.. Hebat betul dugaan pada itu ..
Bekas isteri saya langsung tidak peduli susahnya saya pada masa itu… Yang dia tahu semua kehendak dia mesti dituruti.
Banyak sangat kisah sedih yang berlaku Saya selama bernikah ini Walaupun 3 bulan dah macam 3 tahun sengsaranya.
Untuk yang bertanya, ‘dia ni mesti anak orang kaya’. Saya orang biasa sahaja dan bekas isteri saya pun orang biasa. Saya bekerja sendiri manakala family Ika pun orang bisnes.
Kami dikahwinkan seminggu sebelum puasa. Tarikh pernikahan makin dekat, tapi Ika dah buat hal pelbagai seperti dia macam tak suka untuk teruskan pernikahan ini.
Saya sendiri sebenarnya tawar hati nak teruskan tetapi disebabkan saya nak menjaga maruah family ika. dan ika pun mendapat desakan dari family dia untuk teruskan maka kami teruskan jugak..
Masa bertunang, Ika pernah nyatakan dia ikhlas dalam hubungan kami pada awalnya. Namun, disebabkan dia dengan family dia bergaduh teruk disebabkan kes dia tinggalkan saya diluar rumah dulu, maka hati dia dah mula berubah.
Jarak rumah Ika dengan saya tak jauh pun. Jadi buat sementara waktu, saya bercadang lepas nikah bergilir tinggal rumah keluarga dulu la sebelum dapat tinggal di rumah sendiri.
Rumah parents saya pun cuma ada saya dan parents je. Saya cuma dua beradik dan ahli keluarga lain dah tinggal di rumah sendiri.
Ika pun setuju pada masa ituuntuk tinggal rumah bergilir. Saya pun tidaklah kejam terus nak asingkan dia dengan family.. Tak halang pun dia nak balik rumah family dia. Selepas seminggu kahwin, kami tinggal di rumah famili Ika.
Ketika itu, dah masuk bulan puasa. Pada masa itu, saya ajak ika , saya cakap ‘jom kita balik rumah ibu jom’? Tidur sana buka puasa di sana, ibu dah tanya tak nak balik berbuka Kat sini ke?? ibu dah siap masak semua…
Respon ika ketika itu macam tak suka balik rumah ibu saya. Macam macam alasan dia beri. Dan tak rasional pun. Sungguh saya sedih masa ni. Sebab apa yang dia minta, semua saya turutkan.
Permintaan saya sebagai suami lansung dia buat tak endah. Saya pun beralah la, nanti jela berbuka puasa rumah ibu.
Masa ni saya rasa macam tak guna. Sedih sangat. Yela, saya buta. Nak ke mana mana orang yang kena bawa. Kalau saya celik, memang saya dah balik rumah ibu saya. Saya rindu ibu masa tu. Hurmmm..
Saya dilema tak tahu nak buat apa.. Sana ibu, sini isteri. Memandangkan masa ni baru je bernikah maka saya cuba bertenang.
Tak nak bergaduh. Orang lain masa awal nikah, seronok je. Aku?? Langsung tak rasa nikmat berkahwin. Saya pun pujuk la ibu masa tu dan bagi alasan yang masuk akal.. Semata mata tak nak bagi ibu tak terasa hati.
Saya sebenarnya memang berniat untuk hidup dengan Ika di rumah sendiri, tapi mengenangkan komitmen hidup sekarang yang terlalu tinggi.
Dengan Ika punya maintainance yang teramat tinggi, business pun tak seberapa masa tu, jadi saya pilih untuk tangguh dulu perkara ni… Dan kami pun baru je kawin. Banyak lagi komitmen yang saya perlu fikir dan utamakan dahulu.
Hari berganti hari, saya rasa perkahwinan saya macam tak seronok, tak bahagia. Saya tak tahu kenapa. Mungkin sikap isteri saya layan saya acuh tak acuh, tak hormat saya sebagai suami.
Pernah satu masa, kami pergi ke mall dengan kawan dia. Masa tu saya memang tak berapa ada duit, tapi dia nak keluar jugak. Saya ikutkan jela.
Masa dalam mall, dia ada beli roti boy tapi dia belikan untuk dia dan kawan dia sahaja. Masa ni saya mintak la nak rasa, dia boleh cakap, ‘bagi la duit kalau nak’.
Ya Allah, masa ni saya rasa macam hina sangat diri saya di depan orang ramai. Berkiranya dia dengan suami sendiri. Yela, masa ni saya tengah susah.. Dia lupa pengorbanan saya masa nak halalkan dia. Dia rasa dia hebat.
Banyak kali sebenarnya dia malukan saya depan kawan- kawan dia. Saya diamkan je. Malas bergaduh depan orang.
Satu hari tu, kami balik dari mall. Saya cakap dekat Ika, saya nak balik rumah ibu kejap, nak ambik baju saya. Dia marah- marah saya depan kawan dia, dia memang memang tak suka balik rumah ibu .
Padahal ibu tak pernah nak masuk campur hal rumahtangga kami. Mungkin dia nak bebas. Rumah dia lain, rumah mertua dia rasa lain. Saya sabar pada waktu itu.
Sampai je di rumah keluarga saya, saya marah dia sebab dia dah malukan saya. Dah lama saya sabar, ikot rentak dia selama ni. Dia tak pernah nak hargai saya.
Ketika itu dah hampir malam, saya dengan dia bergaduh… dia lempang Saya. Masa tu ibu tiada di rumah.. Ada ayah je dan ayah tak masuk campur. Kami gaduh dalam bilik. 3 kali dia lempang.
Bayangkan sampai 3 kali. Boleh bayangkan orang buta macam saya kena lempang?? Saya tak boleh nampak dan saya tak mampu nak elak.
Selama nikah, dia tak pernah nak hormat saya, layan saya jauh sekali. Kesabaran saya dah capai maksimum.
Esoknya, saya terpaksa beritahu family saya, saya tak bahagia. Saya dah habis cara didik isteri. Baru 3 bulan nikah dah berani lempang saya. Akan datang, apa lagi lagi yang saya bakal hadap dengan keadaan saya yang macam ni.
Sampai ke pagi saya tak dapat tidur.. Masih terasa pedih di lempang sampai terasa kebas muka. Saya ni ada penyakit mata iaitu penyakit glaucoma. Penyakit ini lah yang meragut penglihatan saya sejak muda.
Dengan penyakit saraf mata yang saya hadapi, ia menerukkan lagi keadaan, biji mata saya terasa macam nak PECAH selepas kena lempang malam tu.
Selepas peristiwa itu, saya cuba mengalah , kami balik ke rumah Ika. Masa ini saya dah berfikir habis-habisan, saya berniat dah nak ceraikan Ika selepas kejadian ni.
Saya rasa dah melampau sangat perbuatan Ika terhadap saya. Saya memang dah rancang nak ke mahkamah jugak untuk failkan penceraian dan nusyuz.
Saya call parents saya mintak ambik saya kat sini. Semalaman saya tak dapat tidur masa di rumah ika itu.. Dalam perjalanan parents saya ke rumah Ika tu, Ika desak saya untuk ceraikan dia masa tu juga. Pada masa ni ika sebenarnya takut dengan perbuatan dia.
Dia ugut, kalau saya tak ceraikan dia masa tu, dia tak bagi saya balik ke pangkuan ibu ayah saya. Part ni mungkin silap saya juga. Saya ikutkan sangat permintaan ika masa tu untuk ceraikan dia, tanpa saya berfikir secara waras.
Melafazkan cerai luar mahkamah adalah satu JENAYAH dan dalam Akta Undang2 mahkamah syariah.. Salah bagi suami untuk lafaz cerai luar dari mahkamah.
Dengan keadaan kesihatan saya yang tak menentu, tak dapat tidur bermalam. Mental saya diseksa selama 3 bulan.
Saya tak mampu lagi dah berfikiran secara waras waktu itu. Saya lafaz cerai dan saya terus keluar dari bilik. Dan sekarang ini pun, masih menunggu bicara disebabkan lafaz cerai luar mahkamah.
Akhir kata, saya nak mintak pada semua.. Doakan ibu ayah saya sihat selalu. Doakan juga urusan hidup saya dipermudahkan dan bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik lepas ni ye. Allahumma amin..
– Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit