Kau & Aku Tak Ditakdirkan Bersama

First sekali, tulisan ni bukanlah bermaksud aku ni masih lagi hidup dalam bayangan kisah lama. Tak, aku sangat bahagia dan bersyukur dengan rezeki suami dan anak yang ada sekarang.

Cuma sekadar teringat kenangan lama dan tergelak sendiri bila ingatkan betapa kecewanya aku dulu konon macam heart broken teruk sangat. Hehe.

Kisah bermula tahun 2003 masa aku Tingkatan 1. Masa ni aku pindah ke kawasan perumahan baru, sekolah pun tiada lagi di situ.

Aku kena sekolah di kawasan luar, anggaran 8km dari rumah. Cikgu kumpulkan kami yang dari kawasan luar ni dalam satu kelas sebab kami ni naik bas yang sama.

Anggaran murid masa tu dalam 20 orang lebih. Kawasan rumah tu memang baru jadi kalau tertinggal bas, memang susah sebab public transport memang tak ada. Oh lupa nak cakap, aku sekolah menengah harian biasa saja.

Kat sini la aku kenal dengan Ijam. Ijam ni macam ketua la bagi kami sebab dia rajin kira cukup ke tak bilangan orang sebelum bas gerak.

Kami ni macam satu family besar sebab kebanyakan murid situ memang sekolah rendah dari area sama, jadi dah ada geng. Berlainan dengan kami sebab kami dari kawasan baru.

Ok la meh start cerita pasal aku dengan Ijam. Aku start rapat dengan Ijam sebab dia tolong pinjamkan nota masa aku demam tak hadir ke sekolah. Ijam ni jenis peramah, easy going person jadi ramai selesa dengan dia. Blok rumah aku dan Ijam sebelah saja.

Jadi biasanya bila aku naik tangga rumah, Ijam akan tunggu dulu sampai aku lambai balik kat dia sebelum aku masuk rumah. Barulah Ijam jalan untuk balik rumah dia pulak.

Ibarat macam nak pastikan aku memang dah selamat naik lah. Umur 13 tahun masa tu, memang cinta monyet sungguh bila ingat. Haha.

Aku dan Ijam sekelas dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3. Masa ni kawasan rumah aku dah semakin ramai orang, kedai pun dah banyak. Perkhidmatan bas sekolah pun dah ada pilihan. Jadi ramai antara kami dah ke kelas lain.

Aku dan Ijam masih lagi rapat. Ramai gosipkan kami tapi macam biasa lah, aku dan Ijam takde cakap apa pun hal perasaan ni.

Ijam pulak masa Tingkatan 3 dapat jadi pengawas. Kalau ada bacaan Yasin ke, solat dhuha ke, dia jadi imam kat surau sekolah. Bukan aku saja ada crush kat Ijam, tapi ramai lagi perempuan lain crush kat Ijam.

Ye lah dia baik, pandai, good looking siapa saja tak pandang kan. Haha. Tapi aku ni sedar diri jugak, aku ni perempuan biasa saja. Jauh sangat nak dibandingkan dengan Ijam.

PMR makin hampir. Aku ingat lagi masa tu murid kena pergi ke dewan sebab cikgu nak explain pasal hala tuju lepas PMR. Siapa minat teknikal, cikgu galakkan ke sekolah teknik. Yang minat medic, masuk aliran sains biologi. Lebih kurang gitu lah penerangan cikgu masa tu.

Masa dalam bas waktu balik, Ijam ada cakap kat aku dia minat sangat nak ke sekolah teknik. Aku masa tu macam frust tetiba sebab aku target nak amik sains kat sekolah sama saja sebab aku tak minat masuk asrama.

Masa berjalan, PMR dah habis. Kami naik ke Tingkatan 4. Waktu ni memang kecoh la siapa dapat offer teknik la, dapat masuk sekolah sains la. Ijam dapat offer ke sekolah teknik.

Ijam cakap pada aku, dia nak terima offer tu. Aku? Punyalah sedih sebab maknanya aku akan jauh dengan Ijam. Masa ni punyalah over thinking, duk bayang Ijam akan jumpa perempuan lain kat sekolah teknik. Haha.

Yang tau aku ada perasaan kat Ijam ialah kawan baik aku, Aini. Aini selalu cakap kat aku, terus terang jelah perasan aku ni tapi aku memang tak berani sebab aku tak nak hilang persahabatan ni.

Satu hari, Ijam datang kat meja aku dan bagitau minggu ni dia last kat sekolah sini. Minggu depan dia dah masuk sekolah teknik.

Aku masa tu macam terkedu, sedih, terkejut semua ada. Dan tanpa aku sangka, Aini yang ada kat sebelah tiba-tiba cakap kat ijam.

‘Kau tak nak cakap ke kau suka dia Ijam?’. Sambil menunjuk ke arah aku. Malunya aku masa tu! Kawan sekelas yang lain semua pandang ke arah aku.

Ada seorang kawan lelaki ni cakap pada Ijam kuat-kuat dalam kelas tau, ‘Kau suka ke kat si katik ni Ijam?’ sambil diikuti gelak ketawa kawan-kawan lain. Aku macam nak nangis masa tu.

Aku ni rendah orangnya, 153cm. Memang jadi ejekan budak lelaki dipanggil pendek, ayam katik, pokok bonsai. Ijam pulak tinggi dalam 170cm aku agak.

Dan tanpa disangka Ijam pandang aku sambil cakap ‘Sorry la wei tapi aku tak minat perempuan pendek’. Diikuti suara riuh rendah budak lelaki yang mengejek ‘malu weiii kena reject’.

Aku keluar kelas dan terus nangis dalam toilet. Nasib baik masa tu memang dah kelas last dan cikgu tak masuk kelas. Aini pujuk aku minta maaf sebab dia cakap lepas.

Aku sangat malu dan rasa terhina dengan jawapan Ijam. Kalau ye pun tak suka aku, boleh saja dia diam masa tu. Maknanya aku jela yang perasan bila Ijam layan aku baik selama ni.

Aku memang tak tegur Ijam lepas kejadian tu. Dia pindah sekolah pun aku tak cakap apa-apa. Kami jadi macam orang asing. Ijam pun takde minta maaf kat aku, dia blah gitu saja.

Aku pun teruskan kehidupan aku. Aku fikir nanti dah masuk U, dah kerja aku jumpa la jodoh aku. Masa tu memang fokus untuk SPM sebab aku nak sangat masuk universiti.

Masa berlalu, aku tamat SPM 2007. Aku masih lagi tak bertegur dengan Ijam. Kalau kami selisih kat kedai waktu cuti sekolah, kami pura-pura tak nampak. Aku sedih sebenarnya bila jadi macam ni tapi takkan aku nak tegur dia dulu kan.

Jadi aku biarkan jelah. Aku dapat offer masuk matrikulasi, lepastu degree di sebuah universiti tak jauh dari rumah aku. Tahun 2010, aku baru belajar nak guna Facebook. Masa ni seronok la sebab dapat add kawan-kawan lama kan.

Tanpa aku sangka, Ijam add aku. Aku stalk dulu wall dia. Dia pun sambung degree tak jauh dari U aku rupanya. Aku malas nak panjangkan drama, aku approve saja dia.

Ijam chat aku kat inbox, minta maaf apa yang jadi. Dia cakap dia rasa bersalah sepanjang 4 tahun tu sebab buat macam tu. Aku pun masa tu, takpelah maafkan saja dia sebab benda lama kan.

Kami rapat semula, masa ni baru nak ada smartphone, baru belajar guna whatsapp. Bila ada masa free saja, Ijam akan call aku cerita apa jadi dengan life dia kat U.

Aku happy sangat sebab aku dan Ijam dah berbaik. Jarak antara U aku dan Ijam tak la jauh, dalam 20 minit. Sorry tak nak cakap U apa. Haha.

Satu hari, Ijam datang U aku naik motor dia. Kami makan kat kafe kolej aku. Happy sungguh aku masa tu. Persahabatan kami kembali normal.

Ijam masih sama macam dulu, sangat hormat pada aku. Dia tak pernah ajak aku naik motor sekali, tengok wayang ke tak pernah. Memang kami setakat jumpa makan saja. Hati aku yang dah lama tersimpan perasaan kat Ijam, makin mekar semula. Cewahhh hehe.

Hinggalah pada satu malam, waktu aku sroll FB, naik kat wall aku gambar Ijam dengan seorang perempuan. Gambar tu di upload oleh perempuan tu dan dia tagged Ijam.

Aku klik gambar tu dan baca komen, rupanya Ijam dan coursemates dia sambut birthday perempuan tu kat area U mereka. Aku baca semua komen, semua mengusik Ijam dan perempuan tu seolah-olah mereka couple. Sekali lagi, aku nangis.

Jauh beza aku dengan perempuan tu. Dari gambar memang nampak sama tinggi dengan Ijam sebab dia pakai flat shoes. Sampai ke situ aku observe ye. Haha.

Rupa pulak cantik ala2 Sharifah Rose, bergaya lagi. Mekap dia tak tebal jadi memang cantik orangnya. Aku? Duk pakai tudung bawal dengan tshirt kolej yang dapat masa orientasi. Haha.

Aku buat keputusan untuk tidak berharap apa-apa pada Ijam. Aku contact saja dia macam biasa. Sebagai kawan. Aku tak tanya apa pun pasal perempuan tu. Aku sibukkan diri.

Kebetulan masa tu penuh dengan field trip, aku tak sempat nak layan perasaan sangat. Biarlah perasaan aku pada Ijam hilang seiring masa.

Sekali lagi, gambar Ijam dengan perempuan tu naik di wall aku. Perempuan tu jugak yang tagged Ijam. Gambar ramai-ramai masa raya.

Rupanya Ijam datang ke rumah family perempuan tu. Dengan caption ‘InsyaaAllah, soon’. Ramai yang beri komen semoga bahagia till jannah, loving couple apa semua.

Ok lah, aku memang perlu move on. Malas dah nak fikir. Aku anggap aku memang bukan pilihan Ijam. Aku pun tak nak rapat sangat dengan Ijam, takut nanti ada salah faham pulak.

Masa berlalu, aku dan Ijam sama-sama grad 2014. Dapat kerja, masuk career life pulak. Aku dan Ijam masih lagi contact tapi amat jarang.

Aku pulak lepas habis office hour, buat part time pulak. Tak sempat nak balas WhatsApp Ijam kadang-kadang. Di tempat kerja lah, aku berkenalan dengan seorang lelaki. (Alhamdulillah sekarang dah jadi suami).

Suami aku masa tu senior setahun kat tempat kerja. Mula-mula rapat sebagai kawan sekerja sampai lah satu hari masa bulan Syawal, dia WhatsApp aku boleh tak nak datang beraya kat rumah?

Aku cakap datang lah ramai-ramai nanti aku dengan mak boleh prepare awal. Tapi dia cakap dia nak datang sorang saja sebab nak tanya parents aku boleh tak dia nak kahwin dengan aku? Aku terkejut masa tu sampai tak reply apa-apa. Haha.

Long short story, kami bertunang pada 2016. Rancang kahwin tahun yang sama. Yang tahu aku bertunang cuma kawan rapat dan keluarga saja. Kami buat majlis ringkas dan sepakat rahsiakan pertunangan ni.

1 bulan sebelum majlis kahwin aku edarkan kad pada kawan-kawan dan create event di FB. Beberapa jam lepas tu, Ijam call aku. Aku ingatkan dia nak ucap tahniah, rupanya Ijam tengah nangis masa aku angkat call dari dia!

Ijam cakap kenapa tak tunggu dia? Kenapa pilih orang lain? Aku terpinga-pinga masa tu. Aku pun cakap la kan dia dah ada gf, yang gambar di FB tu semua aku nampak.

Ijam cakap dia tak boleh go on dengan perempuan tu. Ijam cakap dia memang suka kat aku dari zaman sekolah, tapi dia malu sebab aku pendek. Dia menafikan perasaan dia kat aku hanya sebab aku pendek. Aku macam ehhhh kau kenapa?

Ijam cerita dia cuba nak sukakan perempuan lain tapi tetap ingat kat aku. Dia cerita yang dia tetap amik berat kat aku dan tanya pasal aku dari kawan-kawan kami.

Dari perbualan yang sedikit tegang, tiba-tiba jadi sedih bila Ijam nangis dan beritahu dia sayang aku. Aku masa tu pun sama-sama nangis sambil marah dia. Kenapa tak terus terang saja? Susah sangat ke nak cakap? Sebab malu aku pendek saja ke?

Ijam merayu untuk kahwin dengan aku. Masa ni aku dah macam serba salah. Apa yang jadi ni? Akhirnya aku minta tamatkan call sebab aku tak selesa dengan apa yang jadi. Aku bertenang dan fikir panjang. Kalau ikutkan kata hati, memang aku akan pilih Ijam semula.

Tapi bila ikut akal, aku akan pilih bakal suami aku. Sebab dia tak pernah kisah dengan fizikal aku. Dia jugak berani untuk jumpa parents aku berbanding dengan Ijam yang duk pendam perasaan bertahun-tahun.

Aku WhatsApp Ijam. Bagitau yang kita takde jodoh. Cukup sekadar kawan. Aku sayangkan bakal suami aku.

Ijam balas WhatsApp aku dengan ucapan Selamat Pengantin Baru dan dia minta maaf atas segalanya. Dia akui silap dia yang ego dan dia terima yang aku tolak dia. Dia siap cakap lagi ‘macam ni la agaknya kau rasa masa aku reject kau kan’.

Alhamdulillah aku selamat berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Masa usia anak aku setahun, Ijam jemput aku ke majlis kahwin dia. Aku tumpang gembira.

Aku pergi majlis dia dengan suami dan anak aku. Aku ingatkan dia kahwin dengan perempuan tu, rupanya orang lain dan isteri Ijam sama tinggi saja dengan aku. Hehe.

Ok lah sampai sini saja panjang pulak aku menulis. Terima kasih sudi baca. Aku bahagia dengan suami dan anak aku. Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Apa yang jadi cuma secebis kenangan sebagai pengalaman. Allah jua maha perancang.

– Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *