Insaf Jadi Anti-V4ksin

Assalamualaikum… Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…

Antiv4ksin bukan isu baru, sebelum pendemik covid19 bahkan banyak negara juga memperkatakannya…

Tapi saya terlintas untuk menafikan v4ksin asalnya bukan sebab pengaruh mediasosial tapi fikiran sendiri. Ya fikiran sendiri bukan rujukan pakar. Tolong jangan kecam dulu.

Sewaktu lahirkan anak pertama, rasa kasihan sangat anak baru lahir dah dicucuk. Mula terfikir memang perlu sangat ke cucuk, jika tak cucuk tak boleh ke.

Tapi masakan mahu tanya begitu selepas para doktor dan nurse dah bertungkus lumus menyambut kelahiran sulung yang pasti agak mendebarkan.

Ditakdirkan anak perlu antibiotik di nicu, rasa sangat tak keruan kerana membayangkan ada sesuatu yang telah disuntik ke badannya. Tapi hanya itulah rawatannya. Alhamdulillah anak semakin sihat.

Kemudian terbaca info tentang imunisasi kanak-kanak. Rupanya banyak. Yang diberi di klinik desa hanya sebahagian, nak lebih boleh dapatkan di Swasta.

Jadi mula terfikir anak tak sakit tapi dicucuk pelbagai v4ksin pencegahan sedangkan penyakit sangat banyak dan tidak semua v4ksin akan diberikan.

Jadi jika tak cucuk rasanya lagi tak ada kesan sampingan. Normal je.

Kemudian terjumpalah dengan golongan antiv4ksin ni… Maka rasa ada geng jadi anak pun tak dicucuk v4ksin. Sebab was-was.

Selepas nurse desa tahu… Maka bisinglah mereka. Suruh jumpa doktor untuk dikaunseling… Doktor bercakap berdasarkan ilmu dan fakta serta risiko. Pencegahan lebih baik dari mengubati.

Tapi kami bercakap macam b0doh sombong, sebab banyaknya andaian dan kebimbangan.

Andaian lain, saya sebagai seorang dari keluarga kurang berkemampuan merasakan v4ksin ni seperti satu perniagaan dunia. Konspirasi yahudi.

Yang mentoksidkan manusia dengan benda yang tak perlu kemudian mendapat keuntungan besar. Jadi rasa macam ini pembaziran.

Mungkin ini pemikiran kolot. Takut teknologi. Sedangkan berapa ramai anak-anak yang mendapat imunisasi penuh hidup sihat dan normal boleh berjaya.

Tapi, adakah anak yang tak div4ksin akan sakit. Jadi saya seperti mahu uji melihat anak sendiri yang menolak v4ksin.

Dalam masa yang sama doa dan tawakal. Janganlah anak sakit. Jika sakit dengan penyakit yang tak dilindungi v4ksin ni rasa bersalah pula ibubapa.

Doktor pun ada kata ibubapa yang tak v4ksin anak juga dikira berdosa sebab tak membantu perlindungan komuniti bagi bayi yang belum boleh div4ksin.

Berbalik pada nurse yang bising dan sekolah pun perlukan pengesahan v4ksin… Maka menolak v4ksin seperti tidak menguntungkan. Sepatutnya ia wajib saja agar tiada yang buat keputusan sendiri.

Jadi untuk v4ksin covid19 di Malaysia kini saya rasa ia mendapat sambutan yang sepatutnya.

Semua mesti mendaftar terutama bila memikirkan ini syarat untuk banyak urusan seperti rentas negeri atau umrah haji.

Apa yang lebih menginsafkan untuk tidak menjadi antiv4ksin kini…. Kes Covid19 yang makin banyak dengan kes kematian yang makin tinggi.

Pada awal dulu rasa Covid19 ni macam penyakit biasa selsema yang boleh sembuh sebab banyak kes tak bergejala tapi bila kes kematian semakin mendadak ia mula menakutkan.

Kenapalah ada fikiran sebegitu… Jika penyakit ni biasa masakan kerajaan sangat ambil berat sanggup membuat PKP dan memberi v4ksin kepada semua.

Banyak sudah video tular tentang kematian Covid19 di Malaysia ni, mungkin dulu andaian sebenarnya dia ada penyakit kronik lain tapi positif Covid.

Tapi bila banyak kes kematian melibatkan orang muda… Kes kematian berturut dalam keluarga. Maka insaflah, jangan buat main.

Kasihan para petugas kesihatan yang tak berhenti menguruskan pesakit dengan sut PPE.

Mereka ada statistik, mereka ada pengalaman, mereka ada kepakaran. Kita hanya ada keluhan dan tuduhan tanpa bukti sahih.

Namun, bab kematian kita berbalik pada ajal… Kematian pasti berlaku setiap hari dan dari banyak asbab termasuk kemalangan. Yang muda mati yang tua mati. Yang kaya mati yang miskin mati.

Dalam begitu, insafkah kita. Kematian itu sangat dekat. Saya takut kehilangan. Minta lindung. Tak bersedia. Sayang.

Memikirkan keluarga atau diri ini yang pasti akan menemui ajal. Allah… Ampuni aku. Sungguh tak bersedia… Panjangkan umur kami untuk menambah amal soleh.

Bila datang sakit dan teringat mati… Rasa dah tak berguna angan-angan yang terlalu panjang dan banyak… Semua itu akan ditinggalkan. Semua itu amanah dan pinjaman dariNya.

Tapi, kita risau jika keinsafan itu cuma sementara… Kemudian lupa diri ini hamba. Berterusan dengan kealpaan dan dunia serta dosa masih berleluasa…

Jadi, sama-sama kita muhasabah. Mati itu pasti. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Hiduplah kerana Allah. Kerana ada kehidupan yang kekal selepas mati…

Maka pastikan setiap perbuatan kita dalam landasan di jalan yang lurus. Jangan berani sangat buat dosa cakap besar nanti bila mati… Menagih pahala dari yang hidup.

Semoga segala wabak penyakit, kesulitan hidup, keburukan diri akan diangkat oleh Tuhan sekalian alam. Ar Rahman… Dan diganti dengan hidayah, pertolonganNya untuk meraih redhaNya. Aamiin.

Mohon maaf silap salah. Terima kasih…

– Ameena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *