Cari Hati Yang Hilang

Semenjak dua menjak ini, saya melihat terlalu banyak confession berkenaan mertua kotor, d3pressi kerana ibu mertua dan ipar duai.

Saya terpanggil untuk menulis di sini berdasarkan pemerhatian saya. Terima kasih jika confession ini disiarkan

Berbelas tahun kahwin dengan lelaki anak emak bukanlah perkara yang mudah. Sementelaah suami adalah anak sulung dalam keluarga.

Kisah suami dan anak emak ini sudah saya dengar dari bekas kekasih suami dulu.

Tapi hati dah sayang dan saya belum mengenali keluarga mertua dengan lebih rapat pada waktu itu. Penerimaan yang akan saya ceritakan ini mungkin tidak sama dengan orang lain.

Pada saat negara dilanda pelbagai ujian, apa kata jangan kita bebankan mental dengan perkara yang remeh temeh?

Setiap manusia diuji dengan tahap kemampuan yang mampu untuk dirinya. Saya sendiri diuji jauh lebih daripada jangkaan minda. Tengah sarat mengandung anak kedua, suami ada perempuan lain.

Apa yang saya buat? Saya sms ibu yang kebetulan ada di Makkah untuk doakan keselamatan mental dan fizikal saya.

Saya pergi mencari perempuan itu, bukan untuk marah. Untuk menyatakan kedudukan saya sebagai isteri (dia kata dia tak tahu suami orang) dan jika dia sanggup, saya nak pergi meminang.

Saya cerita pada ibu mertua, dia tersenyum. Masih jelas dalam ingatan senyuman itu walau hampir 10 tahun berlalu.

Dia mula mengungkit, ibu mertua kata apa sahaja pemberian suami untuk saya, dia lebih berhak sebab dia ibu.

Suami tak patut kahwin, patut berjasa pada dia. Kenapa dulu bagi anaknya kahwin ya?

Oh ya, ibu mertua saya jiwanya muda. Jika saya beli kasut pink, dia berumur 60an juga nak kasut pink.. gitu.

Bermula pada saat itu, saya berjanji tidak akan sesekali percaya pada semua orang. Dugaan demi dugaan berlaku, terlalu banyak untuk saya ceritakan.

Suami pernah jumpa gambar perkahwinan kami dengan tulisan siam dan kesan layur atas api di rumah ibunya.

Saya diam, akhirnya rumah tangga ibu mertua yang berantakan. Ayah mertua menceraikan ibu mertua pada saat usia makin senja.

Ayah mertua tersangatlah baik orangnya. Sebab itulah sentiasa diherdik ibu mertua walaupun depan orang ramai.

Saya tidak mahu menceritakan terlalu banyak peritnya ada ibu mertua queen control.

Saya pernah berdoa, andai saya di pihak yang teranaiya, janganlah Allah jadikan saya ibu mertua yang menyakiti hati menantu suatu hari kelak. Mungkin sebab itu saya tidak ada zuriat lelaki.

Saya anggap Allah lindung saya dari menganaiya anak orang lain. Kita cari jalan ubati hati.

Saya mengadu pada pejabat agama, cari kekuatan diri, penceraian bukan jalan yang mudah. Saya bekerja dan ada pendapatan yang stabil. Saya masih muda waktu itu, semuanya saya ada.

Tapi saya tidak mahu bercerai. Suami adalah ayah yang sangat baik buat anak-anak saya. Alhamdulilah, selepas campur tangan pejabat agama, suami mulai berubah, tahu bezakan tanggungjawab sebagai anak dan suami.

Sabar itu indah hasilnya. InsyaaAllah tapi jangan sampai pertahankan diri andai jadi mangsa keganasan pula.

Anggaplah setiap dugaan yang hadir, Allah beri sebab sayang dan mahu kita lebih meminta padaNya. Saya tak pernah pun ingin ambil tempat ibu mertua. Dia syurga suami.

Tetapi ibu sendiri harus relevan. Jangan gunakan agama dan isu tanggungjawab untuk ikat anak minta segala yang tak masuk akal.

Mertua selalu cerita pada keluarganya saya malas masak. Apa saya buat? Saya agak kerap upload masakan di facebook.

Adik beradiknya friend dengan saya. Bila keluarga mertua datang, saya masak Orang sendiri tahu jawapan tanpa perlu saya ceritakan.

Mertua cakap saya malas kemas rumah. Saya tak perlu jadi orang lain. Hidup ini terlalu singkat untuk saya sentiasa sedih. Saya ada rutin cucian sendiri dan panggil orang untuk bersihkan setiap minggu.

Bagi yang terkesan rumah mertua kotor, raikan perbezaan. Pergi sekadar menghormati. Kalau rajin, cuci. Kalau mampu, upah orang cuci rumah. Mudahkan? tak perlu bebankan jiwa.

Hidup terlalu singkat untuk kita pendam perasaan. Siti Sarah meninggal dunia pada usia muda dan saya terkesan melihat anak yang ditinggalkan.

Belajar ubati hati sendiri, saya cari hobi yang diminati untuk lupakan kesedihan. Buat tanggungjawab, sayang dan terima suami seadanya. Kita bukanlah manusia sempurna. Kenapa kita kejar kesempurnaan?

– Puan Solusi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *