Isteri Yang Kau Pilih

Assalamualaikum semua pembaca. Saya Jannah, bukan nama sebenar. Mohon ada yang boleh tolong saya selesaikan masalah yang merunsingkan hati saya ni.

Saya baru bergelar isteri. Tak sampai sebulan pun lagi. Suami adalah senior masa di universiti. Memang saya dah lama sukakan dia, tapi dia tak pernah pandang kewujudan saya. Kami hanya bertegur secara kasual, antara senior dan junior.

Lepas dia tamat belajar, saya pernah bagitahu dia yang saya sukakan dia. Tapi respond yang saya dapat, dia tak sedia lagi nak berkawan dengan mana-mana perempuan sebab dia baru putus dengan ex-girlfriend dia.

Setahun kemudian, dia dapat kerja dekat satu agensi kerajaan. Dan dekat sana dia jumpa dengan L. L ni merupakan bos dia, tapi lagi muda daripada dia.

Dia tertarik dekat L sebab L ni cantik, bijak, muda lagi dah jadi bos. Dan katanya L ni jenis fun, friendly dan selalu buat dia ketawa.

Saya tak pernah jumpa L, tapi pernah tengok gambar L. Memang cantik, bergaya orangnya nak banding dengan saya. L orang bandar, saya orang kampung. Jauh sangat beza.

Saya tak tahu cerita in detail, tapi apa yang saya tahu suami saya dulu memang mengorat L habis-habisan.

Even lepas dia naik pangkat dan tukar tempat kerja pun dia tak cari perempuan lain, setia dengan L. Tapi L layan endah tak endah. Bukan sekejap, tapi 4-5 tahun macamtu suami saya mengharapkan L ni tapi katanya sampai sudah L macam tak terima dia.

Tapi yang saya tengok, L keluar date dengan dia, L travel dengan dia merata-rata (travel dalam kumpulan ramai-ramai dan work trip). Selalu nampak gambar L dengan dia dekat Facebook.

Dan dia ada cerita L belikan dia hadiah birthday, L ajak dia datang rumah waktu raya supaya boleh kenal dengan family L. Kalau L tak serius, takkanlah L buat macamtu kan?

Lepastu saya tak tahu apa yang jadi, tapi mungkin diorang bergaduh besar. Dari apa yang suami cerita, L cakap L tak pernah ada hati kat dia and suruh dia cari orang lain. Masatu la tiba-tiba suami saya ni muncul dalam hidup saya.

Tiba-tiba dia terima saya, dan bukan hanya untuk berkawan tapi dia serius untuk kahwin. Duit dan rumah semua dah ada. Dia sediakan ni masa dia berkawan dengan L lagi sebab katanya dia memang serius dengan L.

Suami saya tak sembunyikan apa-apa dari saya. Apa yang saya ceritakan pasal L kat atas ni semua saya dapat tahu daripada suami. Dia cerita semua pasal L dekat saya sebelum kami kahwin.

Walaupun saya sakit hati dengar dia cerita, tapi saya dengar saja dengan sabar. Saya tahu dia sayang sangat dekat L tapi hati dia terluka dengan L.

Dia kata, L tak appreciate semua yang dia buat, L tak pernah suka dengan dia pun selama ni, L taknak kahwin dengan dia. Jadi saya pujuk la dia, dan mungkin sebab tu lama-lama dia boleh terima saya dan kahwin dengan saya.

Saya happy sangat dapat kahwin dengan lelaki yang memang saya suka sangat dari zaman belajar. Macam impian jadi kenyataan. Tapi saya tak tahu isi hati dia macam mana.

Saya tengok gambar-gambar kahwin kami and saya rasa macam saya yang over happy. Dia senyum tapi riak muka dia macam tak happy.

Saya masih buka facebook page L kadang-kadang. Dan apa yang saya perasan, lepas kahwin, saya dengan L dah takde mutual friend lagi. Selama ni mutual friend kami hanyalah seorang – suami saya. Saya tak tahu siapa yang remove siapa, tapi saya tak kisah. Saya happy.

Cuma bila tengok suami, saya rasa macam ada something wrong. Kami bahagia bersama, tapi kadang-kadang saya nampak suami macam baru lepas menangis. Dan bila dia tengok telefon, kadang-kadang riak muka dia macam sedih.

Saya tak tahu sebenarnya suami saya ni dah betul-betul move on ke belum. Terfikir jugak, adakah saya ni hanya rebound partner dia? Dia kahwin dengan saya semata-mata nak lupakan L ke? Bukan sebab dia memang sayang kat saya ke?

Macam-macam persoalan dalam kepala saya sekarang ni. Saya tak berani nak tanya dia, sebab saya sendiri tak tahu sama ada saya mampu terima jawapan dia nanti.

Kalau jawapan dia kata dia memang sayangkan saya, takpe jugak. Kalau dia kata dia masih belum lupakan L macam mana?

Saya tak sanggup nak tahu. Lagipun masa dia reject saya dengan alasan belum move on daripada ex-girlfriend dia tu, elok saja dia boleh bukak hati untuk L. Rasa macam antara saya dengan L, saya ni memang hanya pilihan kedua.

Jadi apa yang saya perlu buat sekarang? Play along and let time heals him ataupun saya kena confront dia? Atau saya perlu jumpa dengan L? Sebab jujurnya saya tak tahu apa yang berlaku antara diorang kecuali apa yang suami cerita.

Dan apa yang dia cerita tak selari dengan apa yang saya pernah nampak kat facebook L. What if ada cerita lain yang dia tak bagitau saya? What if antara dia dengan L tak pernah off the table?

Adakah at the end of the day dia akan tetap pilih saya andai kata L masih single dan masih sudi terima dia?

Apa solution yang saya perlu ambil sekarang ni? Saya kena cepat-cepat bagi dia anak ke? Saya sungguh sayangkan dia dan tak nak kehilangan dia.

Setakat ni dia memang suami yang sangat baik, tak kekok buat kerja rumah, pay attention dekat saya, sentiasa bagitau saya dia sayangkan saya kerana Allah.

Tapi saya memang insecure sebab saya tahu kewujudan saya adalah ketika dia dengan L tengah konflik dan saya takut saya ni hanyalah sekadar jalan keluar daripada situasi dia dengan L.

Saya asyik terfikir kata-kata dia tu hanya untuk psycho diri dia dan bukanlah sebab dia memang betul sayangkan saya. Seolah dia tengah mengingatkan diri dia untuk sayang saya dan bukan yang lain.

Tolong saya…

– Jannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *