Assalamualaikum semua. Bersesuaian dengan tajuk #PasanganSiButa, ya aku isteri kepada seorang OKU buta. Baru-baru ni ada terbaca berkenaan oku buta yang meluahkan perasaan kat sini, (https://iiumc.com/ujian-rumahtangga-oku-ii/).
Aku bukan nak salahkan dia dan bukan juga nak backup isteri dia yang buat dia macam tu. Cuma aku nak luahkan apa yang aku rasa sebagai isteri kepada orang buta.
Aku kahwin atas suka sama suka, aku pilih suami aku yang buta ini adalah kerana janji-janjinya pada aku. Bukan kereta mewah atau banglo besar, tetapi janjinya yang mahu melengkapkan diriku sama seperti isteri-isteri lain yang merasai bahagia.
Dia berjanji tak akan buat aku merasa yang dia itu kurang, dia janji yang dia akan buat sama sahaja seperti lelaki lain di luar sana yang normal.
Buat pengetahuan, aku berikan masa kepadanya sebelum kami melanjutkan ke fasa pertunangan dan perkahwinan. Tempoh berkenalan selama 1 tahun.
Tempoh bertunang selama 2 tahun. Memang sebelum kahwin dia buktikan yang dia boleh menguruskan diri, dia boleh tinggal seorang diri dengan membuat kerja-kerja rumah.
Aku jelaskan banyak kali yang aku akan stress dan mudah naik angin bila aku penat atau burnout. Dia faham aku ketika itu dan memang tiada cacat celanya.
Perbuatannya persis lelaki normal, tiada sikit pun kurang dari segi menyapu rumah, masak, mengemop rumah, pergi ke tempat kerja, guna food panda dan grab. Semua boleh. Tiada kurangnya.
Dia juga bekerja, cukup mengumpulkan mas kahwin dan hantaran yang berpuluh ribu untuk membuktikan cintanya dan demi menghalalkan hubungan kami.
Tapi setelah berkahwin, aku rasa kosong.
Pertamanya aku penat kerana pekerjaan aku ni berkaitan dengan mental yang perlu membuat keputusan.
Keduanya aku penat bangun seawal 4 pagi menguruskan bekalan anak dan memasak serta mengemas rumah apa yang mampu.
Balik meredah jam dan mengambil anak di taska. Tahu-tahu sudah maghrib aku sampai ke rumah. Balik pula melihat rumah yang bersepah kerana suami aku hanya main game, 24 jam dengan game dia.
Makan pun bersepah, pinggan kalau tidak disuruh basuh memang penuh sinki, baju kalau tak minta diangkat memang kejung sampai ke pagi.
Aku lelah. Balik saja masuk rumah lagi bertambah kosong dan benci, kadang bergaduh juga sebab aku terlampau penat confirm-confirm aku meninggikan suara. Musim pkp ni suami aku tidak kerja.
Anak pula merengek minta perhatian. Bila suami aku pegang dia akan cakap anak hanya nak dengan mamanya. Kadang aku nak ke dapur masak pun anak merengek, dia akan minta aku pujuk anak dulu.
Aku turutkan, Anak sudah tidur jam 9 ke 10 malam baru aku boleh mandi. Lepas aku mandi terus suami aku tanya tak masak ke.
Kau masak lah banyak mana macam 20 orang punya makan pun, mesti habis makanan tu. Malam nak kena masak lagi. Siapa tak letih?
Aku kawen nak susah senang sama-sama, bukan nak jadi maid. Bukan hanya pemuas nafsu dia. Bukan pengganti mak bapak dia untuk uruskan hidup dia.
Ya aku berubah, yang dulunya gadis lembut sekarang penuh dengan kemarahan. Aku juga sedih kenapa aku tak boleh sabar, tapi itulah aku yang polos. Mana mungkin nak jadikan si oku buta sama seperti lelaki normal.
Walau apa pun, biasalah hidup ini siapa karekter utamanya, jika korang pandang cerita ini dari sudut akulah karekter utamanya pasti ada yang kesian dengan aku. Sebaliknya kalau korang dengar luahan suami aku, pasti dia yang akan dikasihani.
Apa-apa pun pembaca, jangan nak komen kecam-kecam aku ea. Aku dah kemurungan dan burnout ni. Kau kecam siap kau, mak kau hijau.
– Juliet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit