Kenali Pencinta Lelaki

Assalamualaikum, aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku bagaimana nak mengenali kaum g4y. Aku menulis ini berpandukan pengalaman aku sahaja. Maafkan aku jika salah. Maaf jika ada yang tak suka.

Aku pernah hantar confession sebelum ini, pengalaman hidup aku bersuami kan seorang g4y. Tapi tak di approve oleh admin. Mungkin penceritaan aku tak betul or tak ada content dalam cerita aku kot. Takpe lah itu kisah hidup aku. Biarlah menjadi rahsia aku saja sampai bila2.

Kenapa aku masih menulis tentang kaum ini sedangkan confession aku sendiri yang menceritakan hidup aku dengan ex husband g4y aku pun tak di siar kan di IIUM Confession.

Bila aku baca confession orang lain, aku jadi teringat balik segala apa yang berlaku pada aku. Seolah2 macam wayang terpapar di skrin mata aku.

Aku baca confession orang lain aku baca komen2 di confession orang lain tentang isu ini. Aku teringat balik segalanya.

Actually ramai jugak yang komen dah muak dengan cerita2 kaum laknat ini minta di hentikan saja. Ada juga yang komen yang minta tips bagaimana nak mengenal golongan jenis ini.

Aku harap confession aku di siarkan, aku menulis di sini sebab aku tak nak orang jadi mangsa perkahwinan macam aku.

Kenali pasangan anda seadanya, selebihnya berdoa dan tawakal pada Allah supaya diberi jodoh yang baik. Jodoh Allah yang tentukan , semua yang berlaku adalah ketetapanNya.

Mentally bukan senang nak came out dari this kind of toxic relationship lagi2 bila kau dah lama hidup bersama dan tak dapat hidu perbuatan laknat si dia. Selama hidup dengan dia aku di seksa zahir dan batin.

Aku jadi maid untuk dia dan family dia, tapi aku sebagai isteri sentiasa percaya dan berdoa yang rumah tangga aku akan bahagia jugak macam orang lain satu hari nanti.

Tapi bila dapat tahu suami aku ni g4y. Aku jadi jijik . Jijik dengan diri dia dan diri aku jugak. Pengorbanan aku selama ini seolah macam sia2. Aku pula tak mampu nak luah dengan sesiapa, aku rasa malu sangat dan aku fikir aib dia dan family dia juga .

Bila aku minta di ceraikan, husband tak nak cerai suruh aku kembali taat dan insist akan biarkan aku gantung tak bertali jika meneruskan, bila aku confess aku dah tahu siapa diri dia yang sebenarnya dan cerita pada dia semuanya. Tiba2 ex husband play victim kat family dia dan family aku.

Dan story twist punca perceraian yang aku pinta adalah disebabkan oleh aku yang ada lelaki lain. Aku biarkan saja sebab aku nak bercerai , aku dah tak nak hidup dengan si dia lagi dah.

Di sini aku nak tulis tips macam mana nk kenal mereka, ini berdasarkan pengalaman aku hidup dengan bekas suami g4y. Yang selama ini aku tak perasan bila aku fikir balik. Maybe jenis orang ini macam ini kot.

Aku ulang lagi sekali. Ini cuma andaian aku berdasarkan pengalaman aku. Boleh jadi betul atau salah bagi anda yang membaca. Kalau nanti ada yang add kat komen di alu2 kan.

– Ex aku lelaki tulen, dia bukan lelaki lembut, macho dan hensem berperwatakan gentle man sangat.

– Pakaian dia ni selalu kemas, wajib seterika. Pakai baju seluar macam lelaki normal saja, cuma kemas even shirt pun dia nak iron tak suka ada kedut2. Ex aku ini sangat menitik berat bab kebersihan, kekemasan. Dia sentiasa pakai perfume memang bau dia wangi maskulin sangat.

Kuku potong kemas, rambut tersisir rapi, segala bulu memang dia akan cukur bersih2. Ex sangat menjaga on pemeriksaan kesihatan memang 6 bulan sekali dia akan buat full medical check up. Andaian aku masa tu. Untung aku dapat suami perfect dan sangat menjaga kesihatan.

– Aku pernah travel dengan suami naik flite, kalau ada steward yang hensem muka ala2 jambu (ni favourite dia kot) ex aku ni tiba2 saja muka dia jadi berseri2 lain macam sangat dan dia akan usha steward tu non stop, main2 mata pun pernah,

Dia ingat aku tak perasan tapi aku nampak ja, aku abaikan sebab aku tak terfikir dia tak normal. Dia buat tu dari naik fligt dan sampai masa nak turun, Kadang dia ada minta nak selfie dengan steward tu.

Yang ni aku pernah berdepan dengan situasi macam ini 2 kali. Aku andaikan normal sebab ramai ja yang bergambar dengan stewardess masa nak turun flight tu.

– Ada sekali tu aku tengah sidai kain kat luar rumah ada seorang mamat (hensem jugak) mamat dia ni datang nak tanya alamat rumah, taman aku ni dengan taman sebelah nama sama saja beza ejaan (contoh taman sri bayu @ taman seri bayu) . Ex aku ada kat dalam rumah.

Tiba2 saja dia keluar dan suruh aku masuk, aku tak masuk pun aku sambung ja sidai kain. Dia layan mamat tu dia tunjuk jalan nak ke taman lagi satu tu, then aku tak tahu apa yang dia sembang lagi.

Dia boleh dapat nombor phone mamat tu, tak lama lepas tu dia boleh pulak call mamat tu tanya jumpa tak rumah tu nak dia tolong bawa kan ke tak

– Benda yang sama jugak aku lalui masa kitaorang pergi shoping kat masjid india sebelum raya, bila shopping ex aku tak kan ikut masuk dalam kedai sekali.

Dia hanya bawak aku pergi saja, aku akan masuk membeli dia akan tunggu kat luar, ex aku boleh sembang2 dengan dengan mamat mana ntah kat situ dan dapat nombor phone dia.

Macam mana aku tahu sebab aku dah habis shopping dan aku tunggu dia habis cakap dengan mamat tu. Dia tak perasan aku kt belakang dia. Aku tanya kenapa amik no phone dia, ex jawab budak tu tengah cari kerja kosong.

– Ex aku suka ke sauna boleh di katakan seminggu 2 kali jugak dia akan berkampung kat sauna. Dia suka pergi sauna lepas habis kerja. Aku tahu pun melalui sepupu dia. sebab dia pernah bawa sepupu dia juga 2@3 kali.

Tapi sepupu dia tak nak pergi lagi dah sebab rasa tak selesa ramai sangat lelaki katanya, tak best kalau perempuan best jugak. ( Aku pulak nasihat la sepupu dia, berdosa dik kalau sauna dengan perempuan, lelaki dengan lelaki takpe la)

– Ex aku suka pergi gym, bab gym ni aku tak kisah sangat sebab ramai saja orang pergi gym jadi tak leh nak assume yang pergi gym ni g4y mau aku kena kecam nanti.

– Ex aku ada fb, dia ada banyak kawan lelaki dan perempuan. tapi aku langsung tak boleh detect yang dia ni g4y by fb dia. Sebab dalam fb normal, cuma dia tak pernah add aku dalam fb dia takde picture aku dengan dia langsung.

Masa ini dia cakap dia tak suka private life dalam fb , dia tak suka lelaki lain tengok gambar wife dia.

So aku ni kurang bijak masa tu, aku rasa sangat2 bangga dan berharga. Aku tanya kenapa tak add aku kat fb, dia cakap sebab dia tak suka main fb. Fb hanya untuk baca2 berita ambil tahu hal semasa saja.

Aku pernah jugak stalk fb dia melalui fb sepupu dia. Memang tak ada apa yang pelik2 pun, fb dia aktif dengan kawan2 dia saja. Dan aku kenal kawan2 dia tu. Tapi aku tak tahu kalau2 dia ada secret fb.

Aku perasan ada sesetengah lelaki g4y ni fb diorang tu normal saja pun. Tak menunjukan langsung perwatakan g4y diorang tu. Lain pula ada sesetengah golongan g4y ini, fb diorg banyak add lelaki2 berbadan sasa, tak pakai baju, memang abviously boleh nampak.

Apabila stalk fb diorang ni nampak sangat cenderung ke arah meminati lelaki. Mostly mereka ni banyak yang berperwatakan lembut. Mereka ni memang terang2 akan tunjuk minat pada lelaki.

– Phone ex aku sentiasa lock dan sentiasa ada dengan dia setiap masa. Aku pernah tanya kenapa lock phone dia cakap itu privasi dia , dia tak suka orang buka tengok phone dia. Aku hormat privasi dia sebab aku pun ada privasi aku jugak. aku tak suka orang buka baca phone aku.

Last ex aku kantoi dengan aku pun sebab aku dapat phone dia, aku baca segalanya, whatsapp group penuh dengan video luc4h g4y. Dan aku baca whatsapp dia dengan kekasih jantan dia gambar2 jijik diorang.

Selebihnya menjadi sejarah. Aku dengan dia dah cerai. Aku dah jumpa jodoh yang baru. Alhamdulillah aku hidup bahagia dan aku sedang preggy 3 months, oh ya aku dengan sex aku tak ada rezeki anak. Ex masih belum kahwin,

Si Dia masih play victim sebab tak nak kahwin sebab masih teringatkan bekas isteri, masih tak dapat lupakan bekas isteri. Jahatnya bekas isteri dia sebab tinggalkan dia.

Aku malas nak panjangkan cerita. Aku biar dia dengan dunia dia. Aku hanya berdoa saja di setiap solat ku. Aku masih simpan aib dia.

Sebenarnya Susah nak detect golongan sebegini sebenarnya. Diaorang bukan pond**n atau lelaki jenis lembut. Diaorang adalah lelaki sejati, perwatakan sebiji macam lelaki tapi diorang ni g4y ada nafsu dengan lelaki @ lebih bernafsu pada lelaki.

Ada lelaki yang dah beranak pinak pun layan jugak lelaki. Aku ada baca ada orang komen masalah dengan genetik, entahlah aku tak pernah baca kajian2 ini dan tak terfikir nak baca pun. Yang aku kenal hanya lelaki, Perempuan dan Khunsa.

Lelaki fitrahnya bersama wanita , itulah syariat agama kita. Kalau bernafsu pada lelaki, berdoalah pada Allah untuk lawan perasaan itu. Bukan jadi lalai dengan nafsu itu. Ingatlah Allah melaknat perbuatan itu.

Tak ada alasan untuk menghalalkannya. HARAM tetap HARAM. Berdosa besar. Zaman sekarang kita suka berfikir ikut perasaan bukan lagi ikut akal fikiran. Susahlah bila hidup bertuankan nafsu ni sebab nafsu tak kan pernah puas dan berhenti.

Semoga mereka yang ada perasaan sebegini atau sedang hidup dalam dunia g4y ini mencari hidayah Allah.

Jangan tunggu untuk diberi hidayah, tapi carilah hidayah Allah banyakkan berdoa sebelum terlambat. Tolonglah bertaubat, tinggalkan segalanya. Hidup hanya sementara, mati itu boleh menjemput kita bila2 masa sahaja,

– Bitter gourd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *