Suami Paling ‘Selfless’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca IIUM Confession. Korang masih ingat confession lama aku bertajuk “Banglo 3 Juta, Suami dan Aku?” (https://iiumc.com/banglo-3-juta-suami-dan-aku/).

Selepas hampir setahun, aku muncul kembali! Haha. Alhamdulillah, masih sihat, gembira dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Kali ini, confession aku sedikit berbeza. Aku nak cerita pun tak tau nak mula dari mana. Cuma, aku tengah sedih. Family suami aku sedang diuji dengan konflik adik beradik.

Suami aku ni anak bongsu dari 7 beradik, semuanya lelaki. Aku ada cerita dulu yang suami aku ni bekerja sendiri, kan?

Konflik bermula bila syarikat milik family suami aku dapat beberapa projek swasta yang bernilai jutaan ringgit. Alhamdulillah.

Jadi suami dan abang-abang dia bersetuju untuk usahakan projek ini bersama.

Awal tu, semuanya okay. Masing-masing diberikan tanggungjawab yang sesuai dengan skill dan pengalaman mereka. Yela, semua pun lulusan degree dan bekerja dalam bidang profesional.

Tapi selepas beberapa bulan, abang sulung suami aku mula berubah.

Dia menuntut hampir 3/4 daripada keuntungan projek dengan alasan dia yang dapatkan projek tu semua dan dia layak dapatkan komisen paling besar. Sedangkan, sepatutnya keuntungan dibahagi sama rata kepada 7 bahagian.

Adik-beradik suami aku yang lain jadi speechless. Tak sangka, abang sulung yang paling dihormati dan dipandang tinggi boleh berubah sampai tahap macam ni. Gelap mata tengok nilai keuntungan projek sampai berjuta ringgit agaknya.

Bila mama papa suami tau, mereka cuba masuk campur. Tapi abang sulung suami tetap berkeras mahukan “bahagian” dia.

Alasannya, duit tu nak guna untuk infaq, waqaf dan sedekah. Selebihnya untuk kelangsungan hidup family dia. Kau rasa?

Kemain ye nak guna duit haram untuk tujuan baik. Haha. Sifu mana la yang ajar dia untuk taasub sangat bersedekah sampai sanggup buang adik-beradik. Cannot brain.

Bila mama call suami, menangis orang tua tu sebab dah tak tau nak buat apa. Dia sayang semua anak dia. Aku yang dengar pun meleleh air mata, weh.

Suami macam biasa, sabar dan lembut tenangkan mama dia. Kalau aku kat tempat suami, aku taktau la level mana dah suara aku. Haha. Geram ni geram.

Berhari-hari suami aku down. Yela, impian kami berdua sangat besar.

Kami nak simpan duit hasil keuntungan untuk kembangkan bisnes, simpan duit kecemasan di saat pandemik taktau bila nak berakhir, dan selebihnya untuk life selepas settle down nanti.

Sampai satu malam, selepas solat Isyak berjemaah, suami aku kata kat aku. Dia redha dan ikhlas kalau abang sulung nak jugak jutaan ringgit tu.

Dia masih muda dan kuat. Dia yakin Allah Ar-Razzaq akan berikan rezeki kepada kami dalam bentuk yang lain.

Dia berjanji, dia akan usahakan bisnes lain dan cuba capai impian kami tu secepat mungkin. InsyaAllah. Menangis kami berdua di atas sejadah malam tu.

Aku pandang mata suami dan sambil menangis, aku cakap kat dia,

“Sayang tak tau la kenapa Allah kurniakan pada abang kesabaran yang sangat tinggi, tersangat selfless di saat abang sulung abang sendiri khianat dan hina abang sampai begini.

Sayang doakan semoga dengan berkat kesabaran abang, Allah kurniakan rezeki dan wang ringgit melimpah-ruah seluas langit dan bumi buat abang… tak putus-putus umpama air Zam Zam.”

Dan selepas tu aku terus menangis di peha suami sebab perasaan aku masa tu bercampur-baur. Aku sedih, terkilan, marah, kecewa. Semua ada. Tapi aku hormat keputusan suami aku.

Malam tu juga aku berjanji dengan diri sendiri, aku akan jadi isteri yang paling kuat menyokong dia selepas ini. Aku akan sentiasa bantu dan teman dia di saat susah dan senang.

Lagipun, kami memang bermula dari zero selepas nikah. So takde hal la setakat nak start all over again. Allah ada.

Apa jadi dengan abang sulung suami? Dia ambik sejuta tu, 6 beradik lain dapat la dalam beberapa puluh ribu. Dia block adik-adik dia, dan bawa haluan sendiri.

Of course kami sangat terkilan dan sedih dengan tindakan abang sulung tu. Projek tersebut pun dah diuruskan oleh abang sulung sendirian saat ini.

Tapi takpelah, kami berenam sepakat untuk move on dan fokus kepada kehidupan masing-masing. Baiknya lahai adik-beradik suami aku ni :’)

Hikmahnya, hubungan aku dengan keluarga ipar yang lain semakin rapat. Kami berenam makin kerap berhubung dan saling berkirim buah tangan bila ada kesempatan. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat.

Pada aku, dunia ni hanya sementara. Wang ringgit boleh dicari, tapi kasih sayang dan hubungan keluarga tidak ternilai harganya.

Lagi-lagi lepas follow kisah arwah Siti Sarah sejak seminggu lepas, aku jadi sebak lain macam. Aku nak jadi macam Siti Sarah, bahagiakan suami dan orang sekeliling.

Aku nak mati dalam keadaan husnul khatimah. Aku nak jadi anak, isteri, ibu dan teman yang terbaik. Cukup. Biarlah Maal Hijrah ni jadi permulaan untuk aku dan suami move on dan mulakan hidup yang lebih baik.

Sungguh, aku rindu hidup kami setahun yang lepas. Walaupun sederhana, tapi bahagia.

Ni walaupun duit kepuk-kepuk, tapi macam-macam ujian Allah bagi. Nak tidur malam pun tak tenang, sebab adik-beradik dok pening fikir pasal duit dan kerenah abang sulung tu.

Moga keputusan yang suami aku dan 5 beradik dia buat tu la yang terbaik. Kami berdua tersangat rindu hidup yang dulu. Tenang dan bahagia walau cuma ada RM10 di dalam bank.

Tapi takpe, Allah uji sebab nak naikkan darjat hambaNya. Kami redha. Kami beriman dengan qada’ dan qadar Allah. Korang doakan kami tau. Aku pun doakan korang sentiasa dilindungi Allah dari segala kejahatan, kesedihan dan kesusahan.

Salam Maal Hijrah 1443H buat semua pembaca IIUM. Till we meet again.

– Ara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *