Assalamualaikum, bismillah… Tujuan saya menulis di sini untuk meminta nasihat, semangat, pandangan dan seumpanya agar saya kuat semangat. Nama saya Aris, berumur 23 tahun, perempuan, student (lagi 2 bulan akan tamat).
Sejujurnya saya tak tahu nak mula dari mana, sebab jalan hidup saya terlalu banyak yang saya lalui. Tak tahu yang mana patut cerita, dan yang mana tak patut cerita, tak tahu dari mana hujung dan pangkal.
Lagipun, saya dah penat berkali-kali cerita perkara ini kepada orang. Namun, tiada siapa yang dapat memberi pertolongan nasihat yang positif, menyebabkan saya semakin sakit. Jadi biarlah saya terus straight to the point.
Saya seorang manusia yang sangat pendiam, susah nak bercakap, susah rasa benci dekat orang, susah marah2, tak suka marah, mudah berinteraksi dengan orang bila perlu.
Diringkaskan, sangat baik lah bagi saya. Sebab tak pernah buat salah dan sangat kuat menghindari perkara-perkara yang Allah larang.
Tapi selepas berkali-kali ibu ayah dan adik beradik sering menyakitkan hati saya, memfitnah, menghina, memaki, pijak, pukul, cekik, ditengking, selalu dipersalahkan semua benda,
Dan hampir setiap hari ibu ayah selalu mengungkit setiap benda yang diorang dah berikan pada saya, sedangkan itu semua memang tanggungjawab mereka.
Semakin lama saya semakin berubah ke arah yang sangat teruk seperti sekarang.
Saya jadi seorang panas baran (kadang2 rasa macam dah ikut perangai ayah), salah sikit saja saya terus marah menengking-nengking, dah mula terdetik dan terniat nak buka tudung tak nak pakai dah, terniat nak pakai baju seksi,
Dah tinggalkan solat dan sekarang sangat berat saya nak tunaikan dah, jadi seorang pendendam, mudah terguris hati, dan macam-macam lagi perkara yang berubah pada diri saya.
Sedangkan dulu impian saya nak sangat jadi seorang muslimah yang solehah bila semakin meningkat dewasa dan dapat kekalkan peribadi yang dulu.
Sekarang juga, saya semakin hilang confident untuk berhadapan dengan orang.
Dan selalu rasa diri ni teruk, tak berguna, dan tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan/ dimanfaatkan. (dah didiagnosis anxiety secara klinikal.. tahun dirahsiakan sebab saya takut ada yang kenal saya)
Disebabkan terlalu sakit dengan apa yang saya lalui dalam keluarga saya sendiri tu juga, saya terdesak nak kahwin cepat2 supaya saya dapat keluar dari rumah ni.
Saya download apps dan langgan website cari jodoh, sedangkan masa tu baru umur 18 tahun. Dari situ la jumpa bermacam jenis lelaki, dan pengakhirannya sama.
Saya ditinggalkan selepas dipergunakan (dari segi tubuh badan, bukan duit.. faham2 la sendiri).
Saya terlampau terdesak dan tak tahan nak keluar dari rumah sampai saya sanggup gadai maruah kepada lelaki sebab saya fikir dia betul2 nak menghalalkan saya.
Terpercaya dengan janji-janji palsu, terpercaya dengan orang yang baru kenal.. sebab betul2 nak keluar dari rumah dan berharap ada orang akan jaga saya selepas itu.
Tak terkira berapa lelaki dah saya dipergunakan. Saya tetap tak serik sebab saya sangat sakit, takut, trauma sepanjang berada di rumah family. Bila diaorang tak ada di rumah, saya tenang. Bila diaorang ada di rumah baru lepas balik kerja ke apa, saya terus nangis2 ketakutan.
Dan satu lagi, apa yang saya lalui selepas lelaki-lelaki pergunakan saya tu, saya dah jadi macam ketagih. Kalau tak dapat layan nafsu tu, saya rasa tak tahan. Kadang-kadang tu saya nak kenal bukan sebab nak kahwin pun, tapi saja nak melayan nafsu.
Sampai satu tahap tu saya dah tak kesah kalau maruah saya tergadai lagi. Sebab saya rasa apa gunanya kalau saya pertahankan maruah saya, sebab saya memang dah tak suci pun. Sedangkan dulu, saya tak macam tu pun. Mungkin sebab dah terlalu sakit.
Sekarang, saya bersendiri… Dah berjaya keluar dari rumah tu.. Tapi, setiap hari menangis sebab takut tak dapat bayar sewa bilik dan makan minum. Bilik sewa yang saya tinggal sekarang pun sangat2 tak selesa. Tapi saya bertahan saja lah, sebab nak jimat duit.
Dah berbulan-bulan saya cari kerja kosong, tapi tak ada yang layak dengan saya. Saya risau sangat2 kalau saya tak dapat buat kerja tu nanti kena buang kerja atau kena perli2 dengan rakan sekerja. Saya risau. Takut.
Ada pekerjaan yang saya rasa saya boleh buat, tapi gaji yang ditawarkan sangat sedikit. Saya bukan demand.
Tapi dalam keadaan saya sekarang yang perlu membayar sewa bilik, tak ada family, tak ada sape2 yang bertanya khabar, tak ada sesiapa yang peduli, tiada siapa nak hulur duit, hidup saya sebijik dah macam sebatang kara/ gelandangan.
Kalau saya teria kerja yang bergaji tak sampai 1k tu, sangat2 tak cukup untuk keadaan saya ni.
Tambah2 pula saya perlu naik grab untuk ulang alik ke mana-mana. Dengan hutang ptptn lagi hmm.. nak buat simpanan pun tak boleh. Ijazah yang saya ada pula macam tak ada guna.
Sebab course yang saya ambil pun tak sehebat macam course2 lain. Dan saya tak minat langsung bidang ni. Tapi saya nak sangat bekerja. Sebab duit simpanan saya dah semakin berkurang. (saya tahu saya rumit. Nampak macam saya tak sedar diri. Tapi bukan)
Dalam masa yang sama.. saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sangat baik. Sepanjang kami kenal, dia tanggung makan minum saya.
Dia ada menyatakan hasrat nak kahwin dengan saya, tapi saya masih takut2 nak terima sebab pengalaman yang saya lalui sebelum ni. Saya takut saya dipergunakan lagi.
Saya takut kalau selepas kahwin sikap dia jadi sama macam ayah saya. Dan macam2 benda lagi yang saya takut. Tapi setakat ni, dia ok, tak pernah sentuh soal s3ks dan seumpamanya.
Cuma saya masih takut dan terlalu overthinking. Dia kerja biasa2, gaji tampai 1k.. Tapi semuanya habis untuk saya.
Dia cakap dia taknak saya rasa susah. Dia janji nak tanggung saya semua benda. Tapi saya berkali-kali menolak, sebab saya takut tak terbalas. Sebab kita tak tahu siapa jodoh kita.
Saya takut kalau saya tak kahwin dengan dia, nanti dia sakit macam apa yang saya lalui. Saya tak nak.
Dan saya jadi trauma nak kenal mana-mana lelaki dah. Dan saya trauma dengan apa yang dia beri tu nanti diungkit pula macam ibu ayah ungkit pada saya tu.
Jadi lebih baik saya tak payah terima apa-apa pemberian daripada sesiapa dah. Saya takut. Takut lalui perkara yang sama macam apa yang pernah saya rasa.
Kami juga selalu bergaduh sampai tahap saya selalu tengking dia. Dia selalu menangis setiap kali kami bergaduh dan dia selalu pesan dekat saya supaya dapat terima dia seadanya.
Saya rasa bersalah sangat2. Sebab saya tak pernah buat kat orang macam tu. Saya tak suka diri saya macam tu.
Sedangkan kami gaduh benda kecik saja, dan bukan salah dia 100%. Tapi macam saya kata tadi, peribadi saya dah banyak berubah jadi kearah teruk sangat2. Jadi panas baran dan sebagainya.
Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni sekarang. Mungkin juga sebab saya dah terlalu sakit dengan apa yang saya lalui sebelum kenal dia.
Tolong… apa perlu saya buat.. saya rasa nak cepat mati. saya rasa tak layak hidup. Tak ada apa yang saya boleh buat. Tak ada kelebihan. Tak ada bakat. Tak pandai. Bodoh. Belajar tak pandai. Pointer rendah.
Family tak nak tanggung. Hidup bersendiri dan berseorangan di bilik yang sangat sempit dan panas. Kerja tak ada. Duit bayar sewa tak ada.
Duit untuk makan minum tak ada (buat masa sekarang ni lelaki tu yang selalu bawa nasi/ belikan makanan, tapi saya segan kalau hari2 masih macam ni. Sampai bila dia nak tanggung saya? sedangkan tak ada ikatan apa2. Saya malu.)
Tolong jangan suruh saya balik ke pangkuan keluarga. Sampai bila-bila pun saya tak akan dan tak nak balik. Saya dah serik. Lagipun untuk apa saya balik?
Sepanjang saya bersendirian disini, tak ada sorang pun dari kalangan keluarga saya mencari saya, whatsapp, call, semua tak ada.
Jadi untuk apa la saya balik. Tetap sama juga, macam tak ada keluarga juga. Tambahan, kalau tinggal di rumah keluarga, nanti diungkit segala benda, termasuk bil elektrik, bil air, semua benda lah.
Saya serabut, rimas, kecil hati, kecewa, sedih. Dan nanti kena tengking, kena hina lagi.
Ada banyak lagi yang saya tak cerita. Ini saya hanya ungkapkan secara ringkas sahaja. Sebab saya dah terlalu penat dan rasa diri ni useless. Tapi jauh di sudut dalam diri saya, saya rasa macam terkapai-kapai mencari bantuan.
– Aris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit