Hina Sangat Ke Pelat Ni?

Hai. Assalamualaikum. Nama aku Orked (bukan nama sebenar). Berumur 20 tahun. Masih belajar di sebuah ipta.

Maaf kalau ada yang terkurang atau ayat merapu. Aku tak reti nak rangka ayat dengan baik. Aku hanya luahkan apa yang terbuku di hati.

Aku ni seorang yang pelat huruf ‘s’. Masa aku sekolah rendah, aku tak pernah perasan pon aku ni pelat. Tapi bila kawan-kawan ramai tegur baru perasan diri ni pelat, haha.

Aku borak-borak dengan family pon. Adik beradik mak ayah tak pernah pula tegur pelat aku ni. Tu bila bercakap dengan family aku rasa lebih berkeyakinan daripada cakap dengan orang luar.

Disebabkan ramai sangat tegur pasal pelat aku ni. Aku dah takda rasa keyakinan dalam diri bercakap dengan orang. Aku cuma banyak cakap bila dengan family dan kawan rapat aku saja.

Kawan rapat aku pon cuma ada 2 atau 3 orang saja. Diaorang tu pon tak pernah tegur pasal pelat aku ni. Diaorang layan aku macam biasa sama macam family aku.

Sejak sekolah rendah lagi aku tak abis-abis kena tegur dengan kawan-kawan pasal pelat aku. Mula-mula rasa macam normal lah budak lagi kan. Tapi bila dah masuk sekolah menengah orang still tegur pasal pelat ni.

Makin hari makin malu pula dengan diri ni. Sampai diaorang akan suruh aku sebut ‘s’ banyak kali nak tengok pelat aku ni.

Aku ni malu nak baca petikan kalau cikgu suruh di kelas. Sebab bila diaorang dengar sebutan ‘s’ aku mesti diaorang akan gelak ataupun bahan aku di belakang kelas. Rasa malu dalam diri makin bertambah.

Aku mula tak yakin bercakap dekat depan semua orang disebabkan takut malu kena bahan dengan orang.

Lepas saja aku habis SPM, aku pikir selepas ni takda dah orang nak cakap pasal pelat aku ni. Rupanya ada. Aku kerja di stesen minyak lepas spm. Aku kerja sebagai cashier di situ.

Sepanjang aku kerja di sana aku rasa okay dan mula nak sesuaikan diri. Tiba-tiba kawan sekerja tegur pasal pelat aku ni. Sebab dia terdengar aku cakap terima kasih dekat customer lepas customer selesai buat pembayaran.

Dia tegur sebab dia dengar pelik aku cakap time tu. Aku dah rasa macam lemah lah bila orang dah tahu kelemahan diri.

Aku masa tu cuba nak positifkan diri. Aku cuba berlagak tenang dan cakap ‘yup. memang pelat pon’. Dia pon gelak masa aku cakap macam tu dengan kawan-kawan dia.

Aku cuma cool kan diri saja masa tu. Ada masa tu aku bercakap dengan customer suruh dia isi minyak dulu sebab dia nak full tank.

Aku pon cakap la ‘encik isi minyak dulu ye’. Bila kawan sekerja aku ni dengar dia terus tegur aku. Dia cakap ‘kau ni jangan sebut isi la kan ada huruf ‘s’ tu kau sebut tuang minyak, nanti customer gelakkan kau nanti’.

Bila aku dengar dia cakap macam tu terus rasa macam sentap sangat. Sampai macam tu sekali kena hina ye.

Sejak dari haritu aku makin diam dan cakap bila perlu sahaja sampai lah saya berhenti kerja sana dan sambung belajar.

So far kehidupan di U setakat ni masih okay. Cuma still tiada keyakinan diri nak bercakap dengan orang lain. Lagipun sekarang ni pkp, belajar online takda la orang nak tegur sangat.

Apa-apa pon doakan aku berjaya ye. Doakan aku sentiasa positif untuk hadapi dunia luar. Aku anggap kekurangan diri ni sebagai penguat untukku untuk sentiasa ke hadapan.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *