Adik Aku Bernafsu Songsang

Berat aku menulis kisah ini. Aku anak lelaki dan seorang duda. Aku mempunya seorang adik lelaki dan seorang kakak. Aku berasal dari Utara tanah air. Ayah dah lama meninggal dunia. Aku menjaga ibu yang keseorangan di kampung.

Kisah ini mengenai adik aku yang sudah lama terlibat dengan cinta dan aktivti songsang.

Dia telah berkahwin 10 tahun lepas dan memiliki sepasang cahaya mata. Aku sudah lama menghidu aktiviti songsangnya sejak dia bujang tetapi tiada bukti kukuh dan hanya pada prasangka aku sahaja waktu itu.

Bila dia berkahwin, aku anggap mungkin telahan aku yang dahulu itu salah. Tetapi sejak covid melanda tahun lepas, satu persatu tembelang nya aku nampak.

Sebenarnya sejak dia berkahwin, rasanya dari sepuluh cerita tentang isterinya, hanya satu sahaja cerita baik. Selebihnya hanya cerita yang tidak elok tentang isterinya keluar dari mulut adik aku.

Tetapi bila dia bercerita tentang kawan-kawan lelakinya, semua mereka baik baik belaka.

Hujung tahun lepas, adik aku dijangkiti covid pesakit stage 5, dikomakan dengan kadar oksigen sangat rendah.

Allah SWT dengan rahmatNya memberi peluang kepada adik aku untuk melihat dunia dan kembali kepada fitrah. Dia terselamat sebagai pejuang Covid dan kembali sihat seperti biasa.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Semakin nampak sisi songsangnya apabila dia pernah membawa teman songsangnya pulang ke kampung tanpa anak-anak isteri.

Apabila ditanya tentang isterinya, adik aku akan bertukar mood yang tidak baik. Sebaliknya apabila dia bersama teman songsangnya, mood dia sangat baik dan santun kepada aku dan ibu.

Bukan sekali dia membawa teman songsangnya balik ke kampung, banyak kali dan dengan orang berbeza-beza. Aku suspect, isterinya dan anak2 tidak pernah tahu akan kepulangan nya ke kampung dengan teman songsangnya itu.

Setiap kali ibu aku menghubungi isterinya untuk bertanya tentang hal kepulangan abang aku ke kampung, isterinya akan cakap tidak tahu menahu.

Dan bila dia tahu, ibu aku bertanya hal itu dan ini kepada isterinya, adik aku mula tidak keruan dan marah-marah. Itu yang perhatikan.

Aku cuba mengatur langkah untuk siasat tentang aktiviti adik aku. Aku cuba install apps golongan g4y dan berjumpa dgn profile adik aku. Aku menggunakan profile samaran dan bertegur dengan di laman tersebut. Ye, ternyata benar sangkaan aku selama ini.

Aku syak, ibu aku juga merasa kurang selesa dengan teman songsang adik aku dan menggelarkan mereka itu sebagai pondan apabila dia melihat kawan-kawan adik aku kebanyakan mereka yang lembut dan metroseksual.

Aku akui, ibu tidak pernah tahu istilah g4y sebab itu dia hanya refer pondan sahaja.

Sejak adik aku menjalinkan hubungan intim dengan rakan songsangnya, rumahtangga dan hubungan abang dengan isteri menjadi retak menanti belah.

Insiden lainnya, aku pernah membawa ibu berjumpa ustaz. Ibu aku cuba untuk selamatkan rumahtangga adik aku dan minta pertolongan ustaz tersebut membantu.

Ibu hanya menunjukkan gambar adik aku kepada ustaz tersebut. Sekilas melihat gambar tersebut, ustaz maklumkan kepada ibu dan aku yang adik aku baru sahaja berjumpanya dengannya.

Adik aku minta ustaz tersebut untuk mengembalikan adik angkatnya (lelaki). Dengan lembut, ustaz tersebut menolak permintaan adik aku. Aku tepuk dahi bila cerita tersebut aku dengar dari mulut ustaz.

Adik aku dan isterinya duduk di bandar. Sebelum Covid, adik aku pulang ke kampung hanya beberapa kali dalam setahun. Isterinya selalu mengadu kat kakak aku, abang aku selalu bercuti ke luar negara bersama kawan-kawannya.

Hampir setiap bulan dia bercuti dengan kawan-kawannya. Manakala membawa isteri dan anak-anak hanya sekali setahun. Aku memang perasan abang selalu bercuti. Dia kata bercuti dengan kawan backpacker.

Tetapi pada pemerhatian aku, tak pernah sekali dia ambik gambar bercuti dalam kumpulan backpacker selain hanya gambar dia solo sahaja. Ini bermakna dia selalu bercuti dengan temam songsang nya.

Aku fikir, mungkin adik aku telah kantoi dengan isterinya beberapa kali. Tetapi aku teringat kata-kata ibu, kalau adik aku boleh berjumpa ustaz untuk kembalikan adik angkatnya, tidak mustahil dia boleh jumpa ustaz untuk tundukkan isterinya.

Allahu, aku kaget.

Sukar untuk nasihatkan adik aku walaupun aku telah ada beberapa bukti di sebabkan Covid19 dan lockdown. Bimbang juga kalau dia berkeras hati dan semakin menjauh dengan keluarga.

Disini aku senaraikan ciri ciri songsang adik aku :

1. Selalu bercuti dan tidak pernah bergambar dengan rakan backpackers.

2. Bergambar solo dan selalu posing menunjukkan otot sasa.

3. Kerap ke gymnasium dan menjaga personality mengalahkan perempuan.

4. Suka bergaya macam umur 30-an sedangkan umur sebenar sudah lewat 40-an. Suka menggayakan spectackle walaupun tidak rabun.

5. Sentiasa memegang handphone dan curiga bila kita ingin melihat handphonenya.

6. Apabila menjawab telepon dari teman songsangnya, tiba-tiba dia akan jadi sangat romantic. Ketika perbualan tersebut, dia akan duduk jauh dari keluarga.

7. Berkawan rapat dengan rakan-rakan yang jauh lebih muda.

Bila terbaca kisah kematian bidadari syurga Siti Sarah, dimuliakan orang saat kematiannya. Di doakan oleh para solihin, Aku tahu korang dan aku juga ingin kan kematian yang sama.

Aku juga ingin adik aku berubah dan kembali kepada fitrah.

Aku sangat berharap dia dapat ibrah asbab keadaannya ketika dikomakan semasa dijangkiti Covid. Tetapi tenyata dia masih belum berubah.

Aku tidak ingin judge dia dengan masa lampaunya. Aku berharap dia dapat pengajaran dari kematian insan-insan lain.

Aku juga berharap dia berubah sebelum Allah SWt buka aib-aib dia yang lain. Aku juga tidak mahu anak-anaknya yang kian remaja tahu sisi gelap ayah mereka.

Aku juga faham memang sukar golongan songsang untuk berubah tanpa sokongan orang sekeliling. Hanya doa yang mampu aku panjatkan agar Allah SWT jentik hati nya untuk berubah. Hati kita milik Allah .

Kalau korang ada cadangan bernas bagaimana utk aku tegur aik aku, boleh tinggalkan di comment.

– Brotherhood kampung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *