Tolonglah! Saya Isteri Yang Tertekan

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera semua, saya Erra berumur pertengahan 20an dan sudah berumahtangga hampir 5 tahun serta mempunyai sepasang anak yang kacak dan cantik.

Saya tak nak cerita perihal sewaktu zaman bujang. Biarlah kisah ini saya ceritakan waktu dari awal saya dan suami berkahwin,

Saya diuji dengan pesanan mesej kakak ipar kepada suami saya waktu tengah malam buta dengan menghantar pesanan gambar seorang wanita yang saya kenali, iaitu kekasih lama suami saya.

Saya tidak tahu apa motif dia menghantar gambar tersebut. Adakah sengaja mahu membuat saya sakit hati?

Saya mahu tanya tapi dihalang suami saya. Ianya kekal menjadi tanda tanya dalam diri saya sehingga sekarang.

Kemudian, saya diuji dengan mendapat keluarga baru yang tidak sekufu dengan saya bukan dari segi harta atau pangkat, tapi tidak sekufu dan amat berlainan dengan cara didikan keluarga saya.

Oleh sebab itu, saya perlu belajar perlahan lahan untuk masuk dengan keluarga ini tetapi saya gagal sampai sekarang.

Bagi saya hanya hati yang kental boleh masuk dengan mereka, contohnya mereka sebenarnya ingin bertanyakan soalan kepada kita tapi dengan cara memerli atau menggunakan ayat kasar.

Ada sesetengah soalan bagi saya sensitif bagi sesetengah individu. Perkataan mencarut sudah biasa bagi mereka tidak kira tua atau muda.

Waktu saya mengandung kedua dua anak saya, dengan selamba ibu mertua saya cakap saya hitam, kulit berjerawat. Bagi saya itu sensitif, tak tahu pula untuk orang lain.

Bagi saya itu normal buat ibu hamil, lepas bersalin nanti cantiklah. Tak perlu pun untuk tegur sedemikian, secara tak langsung dapat menjatuhkan emosi seseorang.

Lepas anak saya lahir pula, mereka kata anak saya gelap. Macam-macam ada saja tak kena. Saya layankan je.

Bayi baru lahir bukan gelap, cuma merah atau faktor cahaya saja. Sekarang kedua dua anak saya dah besar alhamdulillah cerah kulitnya ikut ayah dan ibunya, hehe.

Ketiga, pernah saya bertanyakan soalan kepada ibu mertua saya tentang resepi kari ikan gulainya. Terus dia perli saya. Dia kata lain kali tengok. Tersentap saya, saya bertanya saja.

Keempat dan kelima dan seterusnya masih banyak lagi tapi kalau saya taip disini memang takkan habis.

Ujian seterusnya ialah perangai suami. Sewaktu awal perkahwinan suami saya boleh dikatakan masih belum matang dalam tanggungjawab.

Kereta, rumah sewa, harta apapun takda. Semuanya disediakan oleh keluarga saya. Rumah sewa tak dapat bayar, kereta rosak tak dapat repair, barang anak tak cukup semuanya disediakan keluarga saya.

Suami saya waktu tu kerja sekejap kemudian berhenti. Ulang ulang benda sama. Kuat main game, suka tidur lambat dan tabiat yang paling saya benci dan tak boleh lupa hingga kini iaitu ketagihan video xx.

Bila ingat semula, sakitnya hati. Banyak kali saya beri peluang tapi tak didengar. Tetap juga buat perkara sama.

Nak kata layanan saya kurang tak juga. Saya jarang menolak permintaan batin nya. Tapi alhamdulillah sekarang dia berubah tapi saya tetap was was.

Sebab berkali kali saya beri peluang tapi disiakan, jadi wujud perasaan was was tu.

Dia juga sudah mula berubah dari segi kerja pada tahun ini.

Dia sudah mula sikit sikit bertanggungjawab keatas saya dan anak anaknya walau hakikatnya sangat mencabar ya untuk hidup di musim pandemik ini.

Lantaran itu juga saya diuji dengan kehadiran kekasih lama suami saya. Kalau tiada yang buka pintu tak akan ada yang masuk. Yang buka pintu itu ialah belah suami saya iaitu ibu mertua saya sendiri.

Sehingga kini mereka masih menganggu saya. Saya lemas dan rimas. Apa perlu saya buat ya?

Terima kasih…

– Erra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *