Assalamualaikum. Selepas melihat statistik kes harian jangkitan covid-19 yang di update oleh Dr Noor Hisham harini, ringan je tangan aku menaip untuk inbox dia di facebook.
Tapi apakan daya, terpaksa aku delete semula sambil berjujuran air mata takut-takut tindakan tatatertib atau apa2 yang tindakan diambil ke atas aku.
Aku lelah, rasa bersarang dihati aku, rasa berserabut di fikiran. Jangan cakap dekatkan diri kepada Allah, jangan cerita bab redha dan pasrah menerima dugaan wabak ni.
Ya sesungguhnya, ini ujian untuk kita semua. Tapi Ya Allah, tak tertanggung rindu ini kepada mak ayah aku kat kampung.
Mak ayah.. orang rindu sangat-sangat. Maaf perlu terbang ke bumi borneo ini untuk mencari rezeki, jauh dari mak dan ayah kat kampung. Mohon ampun mak, ayah tak dapat jaga mak dan ayah pada saat-saat macam ini.
Sedih bila dengar ayah yang sudah uzur urus dapatkan vaksin, takut katanya anak nanti tak boleh balik jumpa mak ayah sebab mak ayah tak ambil vaksin.
Ayah aku yang memang seumur hidup tak pernah sekali pun ke klinik, sebab orang kampung memang jaga kesihatan dan kurang pendidikan. Dia memang takut makan ubat dan kena cucuk.
Demi nak lihat anak-anak balik, seperti yang dimomokkan kerajaan dah lengkap 2 dos baru boleh berjumpa, gigih mak ayah aku beratur pergi dapatkan vaksin.
Untuk pengetahuan, aku perempuan berumur 27 tahun, frontliner. Siapa yang berada di sini tahulah, cuti kami dibekukan even kes dah menurun.
Tiada total ansur, jika ketua kau luluskan cuti sebab faham situasi kau, yang dia atas tu akan cari sampai ke lobang cacing dan siapa orang-orang yang meluluskan cuti.
Lagi 1 tiket flight sangat-sangat mahal, mengalahkan pergi bercuti di luar negara. Kau nak balik semula kena buat ujian PCR, kalau kau sorang tak apa dengan anak-anak lagi. Diwajibkan kuarantin. Semua ni kos kau kena tanggung sendiri.
Dan jika aku mahu balik ke kampung, aku tak nak dituduh menyebarkan virus jika aku positive.
Jadi perlu kuarantin sendiri di homestay atau dimana. Kos lagi. Untuk orang yang macam aku ni sangat-sangat terkesan. Sungguh aku tak mampu kerana belum sampai setahun lagi bekerja.
Dulu disuruh duduk rumah, tapi strategi ini gagal kerana kes tetap mencanak naik. Sekarang kerajaan galakkan pula vaksin, tapi kes naik juga.
Aku baca ada gak kat komen-komen untuk buat total lockdown. Jangan sebut lagi total lockdown ni weyh, sebab seriusly yang dikurung orang-orang yang lemah seperti penjaja.
Yang kerja kerajaan ataupun swasta aku tengok ramai lagi yang majikan minta datang kerja, katanya telah dapat kelulusan.
Arahan kerajaan cakap hanya 30% di office tapi tak adanya, ikut ketua gak. Still ramai lagi yang kena keluar cari rezeki, sebabnya kalau tak kerja tak ada gaji.
Jadi memang istilah total lockdown yang dibuat kat Malaysia ni tak boleh pakai.
Tak tahu lagi sampai bila perlu bertahan. Mak Ayah dan adik-adik yang di kampung, orang tahu orang selfish, please whatever happen even korang sakit just please wait for me to come back.
Please hang on. I love you, really miss you all.
– Juliet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit