Orang Yang Aku Sayang Anti-V4ksin

Assalamualaikum.. Selama ini jadi silent reader. Terfikir juga nak hantar confession. Tapi tak ada yang menarik.

Tengok tajuk pun tahu tak berapa nak menarik tapi saja nak meluah mungkin boleh dapat beberapa pandangan bernas daripada pembaca.

Orang yang aku sayang tu abang sendiri. Aku panggil dia Aiman lah (bukan nama sebenar). Sekarang ni aku tengah mengandung anak pertama dan InsyaAllah bulan 9 ni akan melahirkan anak.

Aku ni sejak kes covid makin meningkat, benda yang paling aku concern adalah wanita mengandung yang lebih berisiko untuk terkena covid.

Kalau kena covid setakat stage 1-2 macam tahun lepas mungkin tak ada masalah sangat.

Tapi sekarang ni sangat cepat dan ramai wanita mengandung yang terkena covid dan meninggal dunia. Rata-rata yang meninggal dunia tu belum sempat ambil v4ksin.

Aku dah ambil v4ksin bulan 6. Dah selesai dua dose. Rata-rata family aku semua dah complete v4ksin termasuk keluarga besar kecuali Aiman dan isterinya Tasya.

Aku sumpah tak faham kenapa dua orang ni memang tak nak v4ksin. Tapi yang aku tahu Aiman ni dulu sebelum kahwin tak ada pulak ada ciri-ciri antikv4ksin (mungkin isu antiv4ksin jarang dengar).

Tapi sejak dia kahwin dengan Tasya. Memang nampak lah si Tasya tu antiv4ksin dan sekarang macam dah brainwash si Aiman.

Tasya ni memang amalkan makanan sunnah. Habbatusauda tak tinggal. Kalau demam je minum air kelapa. Makanan kena dari bahan organik.

Kalau kitaorang makan kfc celebrate ramai-ramai memang Tasya tu tak sentuh langsung. Sejujurnya aku tak kisah pun.. pilihan dia untuk pilih gaya hidup yang sihat.

Tapi sejak covid melanda, dengan keadaan aku yang tengah mengandung. Aku jadi risau dan tertekan bila orang yang aku sayang tak nak v4ksin.

Salah seorang dari ahli keluarga aku frontliner. Direct tanya (whatsapp) kenapa tak nak vakin. Aiman tu balas itu pilihan dia. Harap dapat hormat pilihan dia.

Bila aku tahu, aku kecewa sangat-sangat. Kau cakap pasal pilihan kau nak v4ksin ke tak nak.

Anak aku yang bakal lahir ni tak ada pilihan! Immunity dia sangat rendah.

Kalau dia lahir, kena covid kau expect nak bagi cengkih? Minum air kelapa? Habbatus sauda untuk rawat covid sedangkan covid tu boleh berpunca dari engkau atau orang sekeliling.

Aku tak nafikan, orang yang dah v4ksin pun boleh terkena dan berjangkit dengan orang lain. Tapi sekurang-kurangnya kami dah berusaha menjaga ummah. Antiv4ksin memang pentingkan diri sendiri.

Lantaklah korang nak kecam. Tapi aku memang sedih bila aku tengok jawapan tu. Minta hormat pilihan dia tak nak v4ksin. Anak aku macam mana?

Memang sekarang tak berjumpa dengan orang lain sebab PKP. Tapi kalau dibenarkan mesti jumpa jugak. So nak elakkan untuk tidak berjumpa itu agak mustahil.

Kalau tanya ibu bapa aku tak tegur ke? Setakat cakap-cakap suruh v4ksin bukannya dengar. Bila aku suarakan ketidakpuasan hati aku, mak aku cakap dia dah besar. Pandai-pandai sendiri. Aku geram tau.

Padahal dulu elok je abang aku tu ambik v4ksin bcg dari kecik. Bila dah kahwin tak nak pulak?

Apa benda si Tasya tu cerita sampai abang aku tak nak? Akak aku doktor kot. Berbuih dah bagi nasihat tapi tak jalan.

Sekarang ni apa aku boleh buat berdoa je moga kedua-duanya terbuka hati nak v4ksin. Fikir la orang lain yang lebih berisiko tinggi untuk sakit. Jangan pentingkan diri sendiri.

Aku harap korang fahamlah apa yang aku nak sampaikan. Maaf kalau penulisan ni agak berterabur dan serabut.

Kalau ada pandangan pasal ni mohon komen baik-baik. Kalau takda yang baik-baik jangan komen. Simpan kat diri sendiri je.

Terima kasih sudi baca.

– Daun Yang Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *