Hi semua orang. Pertama sekali, terima kasih kepada admin sekiranya luahan ini disiarkan.
Aku sebenarnya tak tahu bagaimana nak mulakan tapi aku akan cuba tulis sejelas yang mampu.
Aku berumur 31 tahun dan sekarang menetap jauh daripada mak ayah di bandar. Sudah hampir 10 tahun lebih jugak aku merantau.
Sekarang, aku bekerja sebagai and pengurus projek bagi sebuah syarikat yang HQnya terletak di Australia.
Aku seorang yang sensitive dan mudah menangis biarpun di luaran, aku nampak kental. Cuma, aku risau sekiranya aku seorang sociopath.
Meskipun aku berhati tisu, tapi aku tidak mempunyai sebarang perasaan kepada orang sekeliling. Ya, kepada semua orang kecuali kedua ibu bapaku.
Aku susah hati, dan sehingga sekarang masih risau apabila kesihatan ibuku makin merosot.
Setiap hari aku jadi risau. Pendek kata, apa saja yang berkaitan tentang mereka, aku memang akan ambik peduli.
Tapi, tidak kepada orang lain. Meskipun kedua kakak aku dan keluarga mereka. Walaupun kami bertiga sangat rapat dan aku sayangkan anak-anak saudaraku, tetapi the thoughts of them getting hurt have no impact on me.
Ketika Along sekeluarga disahkan positif covid, dalam kepala aku cuma keadaan mak dan ayah aku.
Tak ada langsung tentang Along. Malah, akal nakal aku senang saja memainkan berbagai-bagai senario kehilangan mereka di dalam kepala.
Dan aku merasakan apa yang menimpa mereka itu satu keterujaan buat aku.
Tapi, alhamdulillah. Mereka semua sihat, dan masih dalam kuarantin kendiri. Cuma, aku rasa sangat rimas dengan mainan akal yang sebegini.
Dan sekarang, Angah pula perlu menjalani kuarantin kendiri.
Akal aku sekali lagi memainkan berbagai senario berkaitan anak saudaraku yang mengidap asthma. Masih dengan perasaan teruja, bukan risau mahupun sedih.
Aku rasa jahat sangat. Sungguh. Aku masih akan cuba membantu kesusahan orang sekeliling tapi bukan kerana kasihan atau tersentuh hati, tapi kerana aku memahami kesusahan itu bagimana.
Aku boleh dikatakan manipulatif dan kalkatif. Setiap apa yang aku lakukan, mesti punya agenda tersendiri. Walaupun aku cuba untuk mengikhlaskan hati, tapi tetap sama.
Sehingga sekarang aku lebih senang sendiri. Dua kali bercinta dan keduanya lelaki yang baik.
Cuma, perasaan aku untuk mereka hanya mampu bertahan sebulan dua. Kemudian, hati aku kembali kosong. Kosong sehingga melihat mereka saja buat aku rimas.
Akhirnya, aku putuskan untuk terus dengan lelaki ciptaan imaginasi aku yang tak pernah wujud. Lelaki yang aku ciptakan dalam hidup aku lama dulu.
Aku bahagia dengan imaginasi aku itu, saling bertukar mesej, membayangkan masa depan.
Tapi, tak ada siapa yang tahu. Semua yang rapat menganggap lelaki itu wujud. Aku tak pernah bercerita lebih. Cukup aku saja yang rasa dan tahu.
Dan aku suka kelar lengan aku dulu. Bagi aku, it’ was fun to see myself bleeding. Apatah lagi bila tak sakit langsung.
But dah lama aku berhenti. Trying to grow up as I grow older. Sometimes, I do miss the feeling. My kind of high.
Orang mesti akan tanya macam mana hubungan aku dengan Tuhan. Yes, I am a believer. Aku tahu aku akan dicampak ke neraka kerana dosa aku. And it scares me.
Aku akan cuba berbuat baik dengan mereka lain sebolehnya. Tapi, susah untuk peduli tanpa sebarang perasaan.
What should I do? Sebenarnya, aku ni manusia yang jahat dan pentingkan diri atau… there is really something wrong with me?
– Alice (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit