Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih andainya coretanku disiarkan.
Serba sikit pasal aku. Aku doktor kat klinik kesihatan. Husband doktor kat hospital kerajaan. Dua-dua kerja kat area lembah klang. Ye, sarang cov1d terbesar di bumi Malaysia ni.
Kadang-kadang kitaorang bertukar-tukar cerita pasal pesakit yang kitorang encounter di tempat kerja masing-masing.
Tapi selalunya, kisah-kisah dari husband aku selalu buat aku rasa murung. Itu baru aku, yang setakat tukang dengar. Husband aku yang dok hadap pesakit tu semua, taktau la macam mana.
At one time, waktu dia balik kerja, aku tengok dia banyak termenung. Setelah aku korek-korek, dia pon bukak cerita.
“Tadi saya dapat tau, ada sorang patient yang saya pernah ambil darah 2 hari lepas, dah meninggal. Tapi saya rasa terkesan dengan patient ni..
Actually bukan saya yang incharge patient ni, saya tolong kawan ambikkan ABG dengan blood c&s.
Time saya datang dekat dia, saya tengok tangan dia dah menggeletar. Dia kata dia takut jarum. Saya pon cakapla kat dia, jomla sembang2.
Boleh distract rasa anxious dia.
Patient ni laki, muda lagi dalam 30 an, badan agak berisi.
Patient tanya kat saya, “doktor, doktor rasa saya ni macam mana? Ada harapan tak?”
Saya pon tengok bacaan machine yang monitor bacaan oksigen dan tekanan darah. Bacaan oksigen 88% sahaja, walaupun dah kene support dengan machine supply oksigen yang tinggi.
Saya terdiam. Saya tau outcome patient macam ni selalunya tak bagus.
Saya tanya patient, “awak rasa macam mana?”
Patient jawab: Saya rasa masa saya pon dah tak lama. Rasa lemas. Macam paru-paru kene rendam dalam air.
Doktor hari tu ada cakap saya dalam waiting list untuk dapat ventilator, tapi tulah, tak tau sempat dapat ke tak.
Wife saya pregnant, dia pon kene cov1d. Semalam kene operate nak lahirkan baby. Dia ada kat icu, dah ditidurkan semalam. Doktor cakap paru2 dia teruk.
Redup mata pesakit tu. Percakapannya tercungap, dada sedikit berombak.
Saya cakap kat patient tu, jangan berhenti berdoa ya, dan jangan putus harap. Lepastu saya pun pergi.
Pagi ni saya dapat tau, patient tu dah dapat ventilator dekat icu. Dapat katil bersebelahan dengan wife dia. Tapi organ dia semua dah rosak, last2 patient tu meninggal dunia.
Wife patient tu pulak keadaan dia improve, doktor dah cabut tiub pernafasan, and dia dah bangun.. dan sebelah katil dia, ada mayat yang dah dibungkus dengan kain putih.
The sad part is, wife tu taktau pon mayat sebelah katil tu sebenarnya arwah husband dia… sampailah doktor break the bad news.. wife patient tu meraung..”
Air mata aku da bergenang. Allah sedihnya rasa. Berat ujian wife patient tu.
“Saya tak taulah wak. Saya tak boleh emotionally attach sangat dengan patient. Kalau saya buat macam tu hari-hari, saya rasa boleh jadi gila.”
Betul, aku faham sangat. Sebab setiap kali pesakit mati depan kita, secebis dari hati ni turut sama melayang pergi.
“Dah wak, jom la tidur”.
Esok masih ada lagi peperangan yang perlu ditempuhi..
– Noradrenaline (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit