Takdir Allah Mengatasi Cita-Cita dan Impian Hidup

Kadang-kadang dalam meniti perjalanan hidup sekitar aturan takdir Tuhan ini, kita kena melihat dan meneliti beberapa perkara penting.

Dalam menuju cita-cita dan impian hidup, minat, usaha dan semangat sahaja tidak cukup, tetapi hendaklah disulami dengan bakat, ilmu dan kemampuan diri.

Contohnya seperti kisah aku ini. Sewaktu kecil, bercita-cita menjadi saintis, tetapi bila masuk ke sekolah menengah, mula bercita-cita hendak masuk ke bidang perubatan.

Peluang telah terbuka sewaktu mula2 masuk ke Pusat Asasi Sains sebuah universiti awam terkenal, tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Bila habis sahaja asasi, diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Muda Kimia.

Sewaktu di Universiti, mula aktif terlibat dengan pelbagai aktiviti persatuan di peringkat Universiti dan Kolej Kediaman. Minat kepada bidang sains mula luntur, tetapi digigihkan juga menghabiskan Ijazah Sarjana Muda hingga tamat dengan jayanya.

Habis Ijazah, cuba untuk bekerja bidang Kimia, namun tiada rezeki bertahan dalam bidang tersebut, akhirnya mendarat bekerja di bank sebagai seorang pegawai.

Sambil2 bekerja di bank, kerana minat mendalam dalam bidang pengajian Islam, ku gagahkan diri ini jugak untuk ambil Diploma Usuluddin secara separuh masa di salah satu universiti awam, walaupun kesibukan kerja sering menghambat diri ini untuk istiqamah hadir ke kelas.

Dalam pada masa yang sama, jika ada peluang menghadiri majlis Ilmu dan juga Daurah program Talaqqi Kitab Turath, tidak aku lepaskan peluang hadir kerana menyedari diri ini masih jahil dan banyak lagi Ilmu yang perlu dipelajari.

Di kala masih lagi dalam pengajian Diploma Usuluddin (dan masih lagi bekerja sepenuh masa), aku buat lagi kerja ‘gila’, iaitu menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Master),

Tetapi kali ini dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Pengkhususan kewangan dan Perbankan Islam) kerana mahu mencuba mendalami bidang pentadbiran Kewangan Islam ( kebetulan aku juga bekerja di syarikat pengurusan kewangan).

Setelah tamat pengajian dalam Diploma Usuluddin dan juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan, aku masih lagi bekerja di syarikat yang sama dan masih tidak pasti apa hala tuju aku selepas itu.

Sudah cuba untuk mencari kerja di bidang akademik dan kewangan Islam, namun tiada rezeki lagi. Hendak sambung ke bidang PhD, faktor kewangan dan kekangan masa menghalang diri untuk meneruskan niat tersebut.

Akhirnya, dalam keadaan masih bekerja sepenuh masa, dalam tahun 2017, aku bersama sahabat menubuhkan Syarikat penerbitan buku bertujuan menerbitkan buku2 bertemakan Akidah dan Pemikiran Islam semasa.

Sebelum itu langsung tidak terfikir hendak menjadi penerbit buku, tetapi kerana waktu itu sudah beriltizam untuk berbakti juga pada Islam dengan semampu yang boleh.

Diam tak diam, dalam keadaan mengurus syarikat separuh masa, alhamdulillah, berjaya juga terbit sebanyak 5 buah buku sehingga pertengahan tahun 2020.

Akhirnya, awal tahun ini, 2021, aku membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa.

Alhamdulillah, setakat ini, sudah berjaya menerbitkan 8 buah buku dan bakal masuk 10 buah buku Jun 2021 ini, InsyaAllah. Daripada tiada pekerja, alhamdulillah sudah mempunya 3 orang pekerja sepenuh masa (termasuk aku).

Tidak pernah terfikir dan minat sejak waktu zaman sekolah dan universiti hendak menceburi bidang penerbitan buku, tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Cita-cita hendak sambung PhD dan masuk ke bidang akademik (menjadi pensyarah) masih lagi tidak luntur.

Aku juga bercita2 untuk menjadikan Nizamiyyah Institute ini bukan sekadar syarikat penerbitan, tetapi juga sebagai Pusat Pengajian Ilmu2 Islam Turath dan semasa.

Sebab itulah mulai tahun ini, syarikat aku sudah mula mengadakan Kuliah2 dalam bidang Akidah, Fiqh, Tasawwuf dan juga Pemikiran Islam dan Falsafah.

Apa yang hendak disampaikan disini ialah, kadangkala mungkin kita tidak dapat mencapai apa yang kita impikan dan cita2kan dahulu kerana beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.

Jangan sesekali kita berasa sedih dan berputus asa jika apa yang kita impikan tidak kesampaian.

Teruskan berusaha dan menambah Ilmu dalam mencapai cita2 kita.

Apa yang kita capai sekarang ini walaupun bukan apa yang kita kehendaki, mungkin yang terbaik untuk kita setakat ini, dan mungkin cita2 kita yang terdahulu akan kita capai pada masa akan datang. Wallahu’alam..

– Muhammad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *