Hadam Perkara Ini Dulu Sebelum Bercerai

Salam dan hi. Aku menulis ni lebih kepada balasan untuk confession ‘Aku Yang Sudah Berkahwin’, (https://iiumc.com/aku-yang-sudah-berkahwin/).

Aku pun dah berkahwin, seorang isteri & ibu. Dan masih lagi melalui fasa pasang surut alam berumahtangga. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Untuk Bro Hariz,

Isteri adalah cerminan suami. Jangan dituding jari pada isteri sebelum kenalpasti apa kegagalan sebagai suami dalam mendidik.

First, cubalah jangan diremehkan urusan solat. Apatah lagi hidup bro suami isteri masih berdua, alangkah manisnya jika dapat berjemaah bersama. Pahala 27 kali ganda berbanding solat sendirian.

Selepas solat, teruskan mengaji bersama2. Kalau dah malas atau sibuk sangat, lepas solat cuba buka ceramah agama/ motivasi/ zikir, masing2 dapat menambah pahala ilmu.

Ceramah tentang akhir zaman pun dah boleh menginsafkan. Mudah-mudahan segala ketegangan dalam rumah dapat dikurangkan.

Isteri akan bertambah sayang dan hormat pada suami. Kata-kata dan nasihat suami pun lebih mudah nak didengari.

Second, tak patut rasanya bro berkira dalam urusan nafkah. Mention bayar itu & ini. Sesuap makanan oleh isteri bro adalah pahala sedekah buat bro. Betapa besarnya pahala menyediakan segala keperluan & makanan buat isteri.

Isteri malas masak? Apa kata bro cuba sediakan bahan2/ masak bersama2 isteri.

Kadang-kadang perempuan malas nak masak sebab preparationnya yang renyah. Lepas masak nak kena mencuci/ mengemas. Jadi, mudahkan kerja isteri dengan membantu bersama-sama. Jangan berkira.

Third, bro boleh rujuk banyak ceramah pasal hukum suami membahagikan urusan nafkah dengan isteri di Youtube. Tak reti nak ulas panjang-panjang.

Fourth, kemungkinan isteri bro selalu melayan handphone berjam-jam kerana kurangnya komunikasi dengan bro. Suami sibuk dengan kerja, isteri sibuk dengan handphone.

Bab komunikasi ni yang dah kahwin berpuluh tahun pun ramai juga yang fail, bukan bro je.

Tapi, janganlah memendam rasa, banyakkan perbincangan antara suami isteri. Lepas solat berjemaah boleh buat sesi luahan.

Masa lipat kain baju, masak sama-sama pun boleh jugak. Buat luahan santai-santai. Jangan bro diam menjeruk rasa lepastu nak bercerai.

Lastly, bro jangan lupa putus doa untuk isteri. Doakanlah yang baik-baik, macam ‘ya Allah, jadikanlah isteriku, isteri yang solehah, ibu yang mithali (doa untuk anak jugak), dan penemanku di syurgaMu kelak.’

Baca kuat sikit part doa tu kot dia rasa terkesan. Minta orang tua nasihatkan/ doakan jugak kalau dapat.

Ingatlah Iblis dan tenteranya memang suka sangat suami isteri bercerai-berai. Habis dibisikkan yang buruk-buruk sahaja tentang pasangan. Yang 1001 kebaikannya kita pilih untuk tak nampak. Ibarat mencari rumput yang tercantik di padang.

Jika nanti bro bertemu wanita lain pula, akan ada ujiannya juga. Lain rumahtangga, lain ujiannya.

Jika tak diuji dengan ujian berat seperti orang lain (contoh kerenah mertua & ipar duai/ pasangan curang) bersyukurlah.

Bro masih ada ruang untuk memperbaiki hubungan ini. Usia perkahwinan masih lagi baru, masih nak memahami pasangan.

Semoga yang baik-baik saja untuk bro & isteri.

– Isteri Yang Tak Sempurna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *