Cinta Pandang Pertama Yang Tak Kesampaian

Korang pernah jatuh cinta pandang pertama? Ni cerita aku masa universiti. Aku jatuh cinta pandang pertama, masa tengah daftar dalam dewan.

Aku tak pernah bagitau sapa-sapa sebab perasaan tu sekali lalu saja. Tapi entah macam mana, waktu sem 1, coursemate kitaorang selalu sakat aku dan dia. Aku namakan dia F.

Lepas kejadian sakat menyakat tu, aku perasan F macam mengelakkan diri dari aku. Lepas tu, aku dah jadi rasa menyampah. Sebab aku rasa dia poyo, macam aku yang nak sangat dekat dia.

Padahal aku rasa coursemate kitaorang menyakat sebab dia tu obvious sangat malu dengan perempuan.

Lepas kejadian sakat menyakat ni, kitaorang banyak sangat ditakdirkan untuk satu group dan satu event. Jadi, aku gi mana-mana, jumpa dia jugaklah. Daripada taknak bercakap dengan dia, jadi terpaksa gak bercakap.

Lama-lama, kitaorang jadi sangat rapat. Aku mestilah happy, sebab aku dari awal lagi memang suka dia.

Bila dah masuk second year, kami dah ibarat orang bercinta tapi tak declare. Kitorang pernah lambai-lambai dekat each other dari block kediaman masing-masing. Aku pakai tudunglah masa tu. Aku rasa momen tu special dan memorable.

Setiap hari kitaorang akan whatsapp. Lama-lama tu, orang sekeliling macam dah dapat tangkap something was going on between us. Lepas tu disebabkan kitaorang berdua sangatlah famous, gosip hangat ni cepat gila tersebar.

Sampai staff pengurusan pun selalu dok nyakat kami. Kelakar pulak bila diingat balik. Disebabkan ramai jugak yang selalu highlight dekat aku yang diaorang nampak betapa F suka aku, jadi aku tak rasa aku bertepuk sebelah tangan.

Momen kitaorang berdua sangat banyak. Tersangat-sangat banyak sampai aku pun tak dapat nak cerita semua.

Antara momen aku dapat ingat dengan jelas, waktu dia berlari turun dari asrama untuk datang kooperasi. Masa tu dia lambat, so memang nampak dia macam terkejar-kejar.

Dia turun sebab nak belanja aku aiskrim. Bila nampak dia masa tu, aku tersenyum dan dalam hati aku kata, “Let’s start fresh”.

Tanpa aku sedar, itu la momen terakhir aku dan dia tersenyum. Sebelum kejadian dia berlari untuk belanja aiskrim ni, kitaorang dah terlalu banyak konflik. Gaduh tersangat banyak sebab aku jealous. Dia banyak kali kantoi contact kawan aku.

Momen aiskrim tu sebenarnya, waktu tu aku dah cuba redha, cuba seikhlasnya maafkan dia sebab aku nak start new dengan dia.

Lepas kejadian aiskrim tu, terdetik hati aku untuk terus whatsapp kawan aku tu. Aku tanya, dia ada apa-apa ke dengan F? Kawan aku kata, diaorang dah diikat. Macam ala-ala bertunang secara informal gitu lah.

Masa dapat tahu tu, 30% aku lega sebab aku dapat jawapan. Selebihnya aku frust.

Aku frust sebab F tak jujur dengan aku. Dia dah buat pilihan, tapi dia keep on buat aku berharap. Kenapa berlari datang dekat aku semata untuk belanja aiskrim, sedangkan dia sudah diikat dengan perempuan lain?

Aku dah banyak kali tanya dia, tapi dia selalu mengelak, tak bagi jawapan yang jelas. Bila aku dapat tahu dari buah hati dia, memang kecewa aku tak dapat dibendung lagi dah.

Bermula dari situ, dah takde momen indah antara aku dan F. Aku jauhkan diri. Buah hati dia siap warning aku lagi. Ye, buah hati dia a.k.a kawan aku sendiri. Masa ni, aku rasa kehilangan kawan dan cinta hati aku serentak.

Aku tak pernah mengelak untuk hadir meeting, event dan lecture. Tapi 2 minggu lepas kejadian ni, aku ibarat orang hilang arah. Aku menangis 2 hari berturut. Aku tak keluar, aku tak makan. Aku solat pun menangis-nangis. Waktu aku tulis ni, aku masih rasa dada aku sakit.

Waktu kejadian aku menjauhkan diri, F masih cuba-cuba untuk datang kepada aku. Tapi aku sedaya upaya tutup hati aku. Sebab aku sedar, dia dah buat pilihan. Nothing will change. Letting him lingering around me, will only make things difficult.

Dalam percubaan dia whatsapp aku, aku tak reply. Satu malam tu, kitaorang terserempak tempat event. Dia datang dekat aku. Dia marah aku sebab tak reply whatsapp dia.

Masa tu aku tak cakap banyak. Sebab aku sedih nak mampus. Benda ni bukan aku nak pun. Dia ugut, katanya akan block aku kalau aku taknak reply. Aku diam. Masa ni memang dia dah marah gila. Dia blah dan hilang.

Masa event tengah berlangsung. Aku terpandang floor atas. Floor tu macam balkoni. Atas tu gelap, lampu tak bukak. Aku perasan ada sorang duduk menghadap tempat gelap tu, merenung dan diam. Lepas tu aku perasan, tu F.

Aku tak dapat nak explain perasaan sedih tengok keadaan dia. Aku tau dia frust. Tapi keputusan tu dia yang buat. Kalau dia sedih, aku lagi sedih.

Momen aku tengok dia merenung dalam gelap sendirian tu, momen yang aku takkan lupa jugak. Pedih. Tersangat pedih. If only I could, I would not choose to ignore you because that was not what I wished for…

Lepas tu kitaorang intern. Taktau kenapa jodoh kuat, dapat offer sama. Tapi aku pilih untuk tak pergi tempat tu. Aku pergi luar negara.

Lepas balik dari intern. Buah hati dia tak pernah sikit pun pandang dan senyum dekat aku. Again, aku rasa terluka. Sebab aku yang tersakiti, tapi seolah aku pulak yang sakitkan diaorang.

Lepas balik intern ni jugak, aku dan F sekelas lagi. Aku pun takleh nak explain perasaan aku masa tu. Cuba bayangkan, orang yang kau rindu, yang kau nak sangat sembang, ada depan mata, tapi kau takleh nak buat semua tu?

Aku ni takde lah gila sangat nak sailang kawan punya. Jadi aku sabar dan tempuhi jelah final year tu. Bila buah hati F memang tahap dah psycho gila dengan aku, again aku jauhkan diri. Ada certain position dalam event yang aku jadi assistant F.

Tapi disebabkan aku tahu buah hati dia tak selesa, aku sendiri buat-buat sibuk tak datang meeting dan event. Sampai akhirnya buah hati F yang assist dia untuk event tu.

F ni banyak kali saja contact aku. Kadang-kadang alasan dia, sebab nak tahu pasal kawan-kawan yang lain. Lepas dah grad pun sama. Btw, kitaorang dapat offer tempat kerja yang sama.

Dia ada whatsapp aku tanya pasal orang lain dan chat aku untuk wish birthday. Tapi aku tak melayan lebih lah. Pernah jugak aku sound setempek untuk dia fikir sikit perasaan tunang dia masa tu. Lepas tu dia dah jarang contact aku.

Last dia contact aku seminggu sebelum dia kahwin. Tapi tu pun dia mintak document apatah aku pun tak ingat. On the same day kot, keluar invitation kahwin diaorang.

Aku dah prepare untuk invitation tu bertahun lamanya. So yeah, aku takdelah kena heart attack ke apa. Actually masa dekat universiti dulu, aku takut sangat nak tengok kad jemputan kahwin dia dengan orang lain. But to my surprise, it wasn’t really bad. I handled that pretty well.

On their wedding day, I received tonnes of messages, semua duk tanya aku ok ke tak. But of course la aku okay. Aku dah lama redha.

Benda takde jodoh, aku tahu Allah nak bagi yang terbaik untuk hamba Dia. Aku sebenarnya ada plan untuk pergi wedding diaorang. Aku nak raikan wedding kawan-kawan aku dan lupakan kisah lama.

Tapi dalam percubaan untuk redha ni, aku sikit-sikit dapat tahu cerita buruk yang diaorang sebarkan tentang aku, demi nak nampakkan aku lah yang jahat. Dan diaorang mangsa aku.

Tipu lah kan kalau aku tak terkesan. Baru saja rasa nak maafkan, tetiba tahu orang tu sebenarnya banyak burukkan aku.

Jadi aku decide untuk tak pergi wedding diaorang. Sebab masa tu aku sedar, sebenarnya buah hati F selama ni berpura-pura saja ok dengan aku. Kalau dia betul-betul ok, aku percaya dia takkan burukkan aku.

Tapi takpelah, aku dah dalam proses untuk healed sepenuhnya. Seminggu dua ni tetiba aku jadi sayu sikit bila teringat kejadian ni. Kalau diberi peluang untuk betulkan masa lalu, aku taknak. Sebab wallahi, aku dah nampak hikmahnya kenapa takde jodoh dengan F.

Banyak benda aku belajar dari kesilapan aku yang dulu. In terms of relationship & communication, aku memang dah improve sangat sebab aku sedar aku pun problem jugak dulu. Sekarang aku perlu rawat hati aku saja.

Sekian cerita cinta aku yang tak kesampaian. Aku saje saja cerita sebab aku pendam benda ni bertahun. Aku tak pernah luahkan benda ni secara detail dekat sapa-sapa. Korang doakan aku okay!

Thanks baca confession yang maha panjang ni hahaha, bye!

– Kiwi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *