Seumur hidupku, aku tak pernah menulis sesuatu yang melukakan, aku tak mahu ianya wujud dan nampak, aku mahu sekadar aku saja yang ingat, supaya ianya boleh berlalu pergi bersama waktu. But i guess i’m done keeping it for myself.
Aku tak suka ungkapkan keburukan atau tingkah laku tidak elok orang lain sebab aku sendiri bukan manusia sempurna. I’m not the complaint type, i’m not karen. Tapi, ini ialah apa yang melukakan aku yang sampai hari ni aku ingat dan aku akan sentiasa ingat sampai bila-bila, sampai aku benar-benar ikhlas disayangi.
Bila aku kawin, aku tidak mengharapkan bulan dan bintang atau kemewahan, apa yang aku harapkan cuma lah kebahagiaan, because i am that one of the stupid lurus bendul girl.
Lepas belajar, terus kawin. Tak berpeluang macam kawan kawan aku yang semua sibuk bina kerjaya, beli rumah pertama, beli kereta dan selepas 4-5 tahun baru kahwin. I’m living a depressive marriage life.
Tahun ketiga perkahwinan, kemuncak. Baru kawin tiga tahun, dah macam macam jadi. But look at me now, still in this marriage, sad and not happy. I am all alone.
Tahun ketiga berkahwin, aku dapat anak kedua. What a depressed state sebab masa tu anak pertama baru setahun. Anak masih kecik and i’m having another baby and I didn’t get any support, I got a ‘test’ instead.
Masa tu, aku saja yang beriya bahagia, masa tu aku seorang sahaja yang terpaling bahagia sedangkan pasangan aku tak. aku saja yang beriya-iya mengajak dia cari kain nak buat baju raya sedondon, sedangkan boleh nampak dia tak berminat pun. Tapi bagi aku benda tu biasa, lelaki mana saja yang suka shopping kain baju raya.
Tapi aku masih sayang dan tak simpan dalam hati. Hari raya, kemain lah bergambar nak acah-acah kiss pipi, peluk, tapi dia buat macam biasa, layankan saja. Nampak dia tak interested tapi aku anggap benda tu biasa, mungkin dia penat kerja.
Raya kedua, aku minta dia jagakan anak, aku nak mandi. Tapi dia nak bawa anak2 pergi rumah mak ayah dia sebab dia nak tidur, jaga anak never been his job. Tapi aku tak bagi sebab aku tak tahu mak ayah dia dah ada kat rumah, aku ingat mak ayah dia masih berada di kampung. Jadi kami bergaduh, bertumbuk, menjerit, di pagi raya kedua.
Masa tu mak ayah aku tak ada dan tahun tu giliran rumah mak ayah aku. Aku tak kisah kalau dia nak bawa anak kesana tapi anggapan aku, dia serabut dengan aku sbb mintak tolong tengokkan anak sedangkan dia nak tidur, dan nak bawak anak-anak ke sana tanpa ada sesiapa jaga sebab aku tak tahu mak ayah dia dah balik!
Bergaduh berhentam macam tu sampai bengkak tangan aku, tapi siapa yang salah, mestilah aku. Sebab aku menantu, aku perempuan. Mak ayah dia tahu, tapi mak ayah aku tak tahu.
Setiap kali kami bergaduh, sampai hari ini, satu sebab pun mak ayah aku tak tahu kenapa kami bergaduh, yang dorang tahu kami bergaduh, tapi mak ayah dia tahu semua lah kot. Aku tak tahu apa yang dia bagitahu mak ayah dia pasal aku.
Cakap pasal ‘test’ tadi, rupanya dia memang lain dengan aku sebab sesuatu. Masa aku mengandungkan anak kedua, aku kerap ulang alik balik kampung dengan flight. Anak pertama masa tu 6 bulan, tengah melasak, dia sibuk bekerja and i am all alone. Perkara ni aku tahu lepas beberapa ketika dan peristiwa lain pulak.
Ujian pertama, mak dia cakap kat dia yang aku ni kerap balik kampung. So agaknya dia ingat aku abaikan suami dan balik kampung untuk bergembira sebab balik dengan flight kot.
Sebulan sekali tu wajib balik, even nak balik beranak pun aku balik dengan flight, dia tak ada masa nak jaga aku, nak layan aku, nak entertain aku, so aku balik kepada mak ayah aku yang sentiasa penuhi aku nak makan apa.
Balik kampung, aku tak payah kemas rumah, tak payah masak, cuma fokus anak sahaja. Aku rasa aku layak untuk berehat sebab aku penat, aku mengandung dan mengasuh anak and he’s not there to help me. Apabila mak dia cakap macam tu, mungkin dia pun terfikir lah, betul lah aku ni kerap balik kampung dan tinggalkan dia.
Sedangkan, dia sebenarnya tak ada masa pun dengan aku. Malam malam pun aku tidur berdua saja dengan anak. Duduk rumah seharian tak keluar kemana mana. Penat jaga anak, tak ada yang menolong kat rumah, so baik lah aku balik kampung. Sekurang-kurang nya kat sana ada orang tengok kan anak aku dan aku boleh berehat.
Ujian kedua, ayahnya kata ‘cuba buat-buat macam ada orang lain’. This is ladies and gentleman, he got super green light from his authorized person, untuk buat macam tu. And guess what, memang dia ada orang lain.
Masa beranak anak kedua, dia tak minta cuti, dia cuma dapat cuti yang memang diberi saja selama 10 hari. Biasanya, orang akan apply cuti dua minggu, bersambung dengan cuti yang dapat tu.
Tapi dia, lepas 10 hari terus balik kerja konon nak setelkan kerja sekejap baru bercuti tapi sampai sudah, tak cuti. Cuma balik hujung minggu tengok anak bini. But it’s sokay. Aku faham dia sibuk bekerja, dia terpaling sibuk bekerja.
Tapi Tuhan ni,kalau dia nak tunjuk, sekejap saja. Dan naluri seorang isteri tak pernah salah. Aku ada hantar dulu confession pasal dia kantoi ada perempuan lain, lama dah, dan baru hari ni aku tahu kenapa jadi macam tu. Sebab mak ayah dia nampak dia diabaikan, sedangkan mak ayah dia tak tahu aku sebenarnya yang terabai.
Setiap kali aku balik kampung yang sebulan sekali tu, aku dah siapkan baju kerja dia selama mana aku tinggalkan dia, biasanya 2 minggu. 2 minggu baju kerja dan seluar dalam dan seluar yang dia tak perlu fikir untuk basuh dan jemur untuk pakai balik, cuma tinggal pakai dan letak dalam bakul kotor, kalau dia letak dalam bakul lah.
Frozen food nugget, hotdog daging burger beras dan perkakas dapur garam gula semua lengkap, kalau dia rajin dia masak.
Kalau dia tak ada masa, dia boleh makan kat luar, that is how much i take care of him sebelum aku tinggalkan dia untuk balik berehat kat kampung dan mak ayah dia nampak aku abaikan dia. Sedangkan sebenarnya dia memang tak ada masa pun untuk aku.
Sepanjang kawin, dia tak pernah tolong buat kerja rumah, tak pernah nak tolong mop lantai, vacuum lantai, basuh pinggan atau jemur kain, kemas selepas aku masak atau lepas dia makan, nope. Bayangkan aku yang sarat, kena punggah dan angkat bakul untuk jemur kain.
Hello, i love myself, aku tak nak berlaku pendarahan atau sakit pinggang buat kerja-kerja berat, i deserve to be loved dan sebab tu aku balik kampung kerap masa mengandung, sebab aku penat. Balik kampung, aku hanya makan dan tidur sahaja. Kain tinggal letak dalam bakul dan bawak ke bilik mesin basuh sebab aku ta dibenarkan basuh kain.
Sepanjang hidup aku, dah tiga kali aku rosakkan mesin basuh mak aku sebab basuh kain lebih muatan so, mak aku suruh aku letak saja kain kotor. Dia basuh, jemur, angkat dan lipat. Nampak macam anak derhaka betul aku ni kan. Lantaklah.
Sepanjang dapat anak, dia jarang berjaga malam untuk buat susu anak, tak pernah mandikan anak masa anak baby, tidurkan anak atau tengokkan anak. Bila anak dah besar sikit, bila aku suruh mandikan anak, dia bukak air dan biar anak bermain dalam bilik air. Lepas tu last2 aku jugak yang setelkan.
Bila sebut mandikan anak, mestilah mandikan siap pakai baju apa semua. Tapi itu lah, mandikan anak pun tak, apatah lagi nak cari kain baju nak pakaikan baju. Semuanya aku. Anak membesar dengan melihat dia tidur atau tak ada kat rumah and i prefer he’s not home sebab aku tak suka anak-anak tengok dia tidur dan tak berguna macam tu.
Anak panggil dia untuk suruh dia ajar baca buku, he rather sleep, and it’s hurt me so much.
Tu bab anak, bab makan konon tak suka makan kat luar sebab aku masak sedap, tapi lepas makan tak pernah nak tolong kemas meja. Kadang kalau makan sama-sama pun dia pegang phone, tengok video kat telefon dan aku bergilir-gilir suap anak, di meja yang sama, waktu yang sama.
Lepas semua dah kenyang, barulah aku boleh makan, makan lah sisa-sisa makanan yang ada tu. Tapi biasanya aku tak makan, aku order makanan lain. Makan bersepah, tumpah, aku jugak yang kemas. Kalau aku minta tolong suapkan anak makan, lepas makan meja bersepah, kuah tumpah, plastik makanan berterabur.
Aku penat. Semua aku kemas.
Kalau malam sebelum tidur aku dah kemas dapur, basuh pinggan semua licin, meja makan lap bersih, dan malam tu dia tak tidur, dapur bersepah-sepah. Straw, tisu atas lantai, sos tumpah, air fryer tak bertutup, plastik makanan tak buang tong sampah, aku penat.
Aku bangun pagi masuk dapur dan dapur sepah dan dia sedap tidur, tell me how not to stress or depress shit.sedangkan malam sebelum tidur aku dah kemas.
Buang sampah. Kalau tiga hari dia tak keluar rumah, tiga hari lah sampah tak terbuang tak kisah lah sampah tu busuk sebab ada perut ikan ke sisa bekas siang ayam ke, sebab dia hanya akan buang sampah bila nak keluar rumah. Aku tak dibesarkan hidup dalam suasana kotor dan busuk macam tu ye. Tapi mak ayah dia ya.
Sebab tu dia boleh saja hidup macam tu dengan bau sampah macam tu sebab dah terbiasa macam tu dan bukan dia masuk dapur pun untuk kemas dapur. Aku yang buat semua. Tell me how not to stress. Kalau sampah pun aku yang buang, buat apa aku perlukan dia dalam hidup aku kan? Dah semua benda aku buat.
Lepas tu, aku ni tak penting. Ye lah, aku ni tak kerja. Aku ni duduk rumah jaga anak saja. Apa saja keperluan dan kehendak aku, tak penting. Aku suruh masukkan duit dalam bank, nak bayar segala bil, dia cakap ‘bil telefon awak tak penting, bil telefon saya yang penting’.
Sedangkan aku nak kena bayar bil astro, kalau astro kena potong, anak2 aku nak tengok apa? Nak bagi tengok youtube 24jam? Kecik hati aku, bukan sekali, tapi berkali kali kalau aku mintak tolong sesuatu untuk aku, dia ignore dan cakap tak penting. Aku kecik hati sangat.
Macam aku ni tak guna sangat and I don’t deserve a good life.
Lepas peristiwa ‘test’ tu, aku dah jadi tawar hati dengan dia. Aku macam tak kisah pun kalau dia ada perempuan lain atau nak kawin lain sebab aku penat dah. Penat sangat, kalau ada orang lain boleh jaga dia, silakan lah.
Dulu ye, aku jenis cek telefon dia, bukak whatsapp dia, cek facebook dia, ada app untuk track dia pergi mana. biasalah bini kan. Lepas tu, aku buat tak tahu dah. Suka hati dia lah nak buat apa, nak pergi mana dengan siapa.
Tapi 3-4 hari lepas, aku saja ambil fon dia dan bukak fb dia. Dia tak aktif pun kat fb, bukak fb untuk tengok video saja. So aku tekan lah dia punya search fb tu untuk tengok apa benda yang dia tengok dan tiba-tiba ada seorang nama perempuan.
Aku bukak profile perempuan tu, not bad, cantik, tapi aku tak kenal siapa dia. Benda ni aku buat 2 hari berturut-turut dan maknanya memang nama perempuan tu dalam carian dia sebab hari pertama, search dia lain dan ada nama perempuan tu. Hari kedua, search pun lain jugak dan nama perempuan tu tetap ada.
Dia macam, tersiat la jugak hati ni kan. Lepas tu aku tutup fon, aku tarik nafas dan aku bayangkan aku ni, kalau tak pakai tudung pun cantik macam tu jugak. Aku ni kategori cantik tapi bodoh, haha. Bodoh sebab terlalu baik, bukan bodoh senang diperbodohkan. Badan kecik, bontot mantap, tak kurus tak gemuk.
Kalau tengok aku dan dia, semua orang tak percaya aku bini dia sebab i am obviously cantik kot. Tapi nak buat macam mana, dah ada yang elok tetap suka tengok yang lain. Nama pun lelaki kan.
So aku pun macam sedih la bila tahu dia search nama perempuan tu kat facebook, lepas tu kenangan-kenangan lama pun terimbas kembali, dimana dia pernah jumpa classmate aku masa tu dan dia tak boleh melepaskan pandangan mata dia melihat classmate aku tumemang classmate aku tu cantik, level gadis ayu.
Cakap lembut, pakaian tak seksi dan ketat, gelak manja, sape2 pun akan jatuh cinta lah! Aku ni cantik dah, tapi kalah dengan dia sebab dia pakej cantik dan pintar, aku ni cantik dan pintar is so-so.
Jadi lah makin sedih aku ni. So aku menjauhkan diri dari dia, tak bercakap. Dia dalam bilik, aku keluar. Dia bercakap dengan aku, aku jawab ala kadar saja.
Sebabnya, aku terasa hati pulak dengan dia…
Aku ni bila masak nasi banyak, nasi tak habis. Bila time aku masak nasi sikit, laku pulak nasi nya. Ada hari tu, aku tanya lah dia nak makan apa sebab nasi tinggal untuk satu orang makan saja which is i spare untuk anak aku yang susah nak makan tu, so aku nak order lah makanan lain untuk dia walaupun aku tahu dia memang tak akan makan.
So bila aku tanya, dia cakap dia nak makan nasi yang kat dapur tu. Aku cakap lah nasi dah tak ada, tinggal sikit saja untuk anak makan dan dia jawab ‘nasi pun tak boleh masak’. Kecik hati aku.
Aku penat tau, and fyi, aku sekarang ni tengah sarat mengandung tau. Aku usaha lah jugak masak. Tapi bila nasi tak cukup, dia cakap macam tu. Sedangkan sehari sebelum tu aku masak nasi lebih sikit, nasi tak habis tau. Aku dah la tak suka membazir nasi, membazir beras.
Aku ni apa? Tak boleh ke dia mudahkan urusan aku dan iyakan aja makan apa yang ada lepas seharian tidur? Waktu tu dah petang tau, dah pukul 6, aku nak order untuk makan malam.
Lepas tu aku order nasi lemak mcd untuk anak kedua, dan anak pertama makan nasi yang aku masak tu sbb dia nak makan macam tu. Aku suruh anak first makan sendiri sebab aku nak suap anak kedua dan anak pertama demand nak disuap. so aku mintak la dia suap nasi anak pertama, dan aku suap yang sorang lagi.
Anak dah duduk atas kerusi, menunggu, dia elok saja makan tak pelawa buat tak tahu. Lepas aku cakap suruh suap, dia cakap ‘ingatkan awak nak suap’
Ye, semuanya aku kena buat. Aku penat.
Lepas tu, anak aku terliur lah pulak tengok adik dia makan ayam mcd tu, aku bagi saja lah dia makan since ayam mcd kan besar. Dia tak nak dah makan lauk tengah hari tadi. Dalam masa sekejap saja selera anak berubah, biasalah budak2 kan dan aku jugak yang dipersalahkan.
‘Tadi kata nak makan daging, pastu nak makan ayam pulak, pening ah ibu ni’
Katanya kepada aku. Anak yang tiba2 berubah selera makan pun salah aku. Sedangkan sebelum makan aku dah tanya si abang nak makan apa dan adik nak makan apa. Adik nak makan nasi lemak dan abang stick nak makan lauk tengah hari tadi walaupun berkali kali aku tanya.
Kecik hati aku, dah la aku penat.
Ye aku tahu benda macam ni selalu saja ditulis dan dibaca di page ni dan benda ni, complicated tau. It’s not that easy untuk berpisah. Masih bersama sebab fikirkan anak2 is so real, kalau korang tak lalui benda tu, korang tak faham. Syukur lah kalau ada pasangan dan parents yang support. Aku ni, in law tak suka aku sebab aku tak kerja.
Kekdahnya, dia nampak aku macam habiskan duit anak dia. Dah pulak dah. Lepas tu aku ni tidak menepati ciri ciri wanita islam yang dijamin syurga. Tudung atas dada, seluar singkat, baju pon kadang ketat. Biasalah, orang cantik kan.
Sesuai lah dengan anak dia yang hensem pun tidak sangat, badan sado pun tidak, alim warak pun jauh sekali, seorang yang mengucapkan kata2 yang elok pun tidak.
Yang aku mahukan, cuma support. Aku ni tak ada kawan, tak ada orang nak untuk bercakap atau meluahkan. Nak lepak2 pun tak boleh. Nak mengumpat apatah lagi, sebab tak de kawan.ada pasangan pun nampak aku macam menyusahkan.
Apa aku buat? Menangis lah. Sembahyang lepas tu menangis lepas tu doa lah biar lah dia jumpa pasangan yang boleh membahagiakan dia kalau aku ni menyusahkan dia, lepas tu menangis nak balik kampung, nak duduk dengan mak ayah aku kat kampung.
Aku ada baca satu tulisan seorang mother yang wfh, dia pjj kot dengan husband dia dan uruskan 4 orang anak termasuk ada baby. Dia penat, dari penulisan dia aku baca pon dalam keadaan mengah dan aku faham sangat lepas tu ada satu komen cakap ‘dia ni mesti kuat membebel’. Sakit hati aku.
Korang kalau korang bahagia dan kaya dan ada pasangan yang supportive, bila baca penulisan atau confession macam ni, korang just support dan cakap yang elok2 saja lah sbb korang tak kan faham. Kalau tak ada benda elok nak tulis, tak payah tulis.
Aku baca komen tu jadi rasa sakit hati. Penat jadi ibu ni yang tak ada sokongan moral ada fizikal dari pasangan ni, lead to depressed, and i’ve been in that phase.
Fasa nak kelar leher anak dengan pisau, fasa nak bancuh susu anak dengan air sabun lepas tu bila aku cerita dekat pasangan, dia gelakkan aku saja. Mestilah dia anggap aku ni over sebab dia dah bagi aku macam macam.
Tapi dia tak pernah tahu penatnya menguruskan rumah tangga, lepas tu asyik bandingkan aku dengan mak aku cakap mak aku lagi hebat lah lagi rajin lah apa lah.
Dia tak tengok pulak ayah aku tu mudah disuruh. Disuruh ke kedai untuk beli limau sebijik pun dia pergi, kalau suruh laki aku, bergaduh dulu. Sebab dia malas.
Kalau suruh belikan makanan anak pukul 5, pukul 7 dekat magrib baru dia keluar, sebab anak bini nak makan tak penting. Yang penting dia dan kerja dia. Aku penat, dan give up dengan dia.
Apa aku buat setakat hari ni,aku buat dia tak wujud walaupun kami dalam rumah yang sama. Aku tak bercakap dengan dia. Dia dalam bilik, aku keluar. Dia masuk bilik nak tidur, aku masuk tidur bilik lain.
Sila lah kecam aku ke dia secara berhemah tanpa memerli. Oh lupa nak bagitau, aku bukan anak derhaka. Tiga kali aku rosakkan mesin basuh mak aku, kali pertama masa sekolah. Kali kedua dan ketiga lepas dah kawin, so aku ganti balik repair mesin basuh tu.
Lepas tu memang lah syok balik kampung mak aku buat semua, tapi aku balik kampung aku beli barang dapur, barang makan anak-anak aku, barang makan orang dalam rumah tu, dan dalam setahun berkali2 aku bagi handbag ke perfume ke tudung kat mak aku tak tunggu hari ibu ke hari jadi.
Rasa nak bagi, aku bagi. Dan kalau aku pakai handbag dan tudung dan perfume harga beratus2, tak kan aku nak bagi handbag vincci dan perfume beli kat watson atau tudung pasar malam kat mak aku kan? Aku bagi yang mahal jugak lah.
Aku cuma penat and i have no one to talk to dan aku tak nak buka cerita pasal rumah tangga dengan kawan-kawan. Kat sini, korang bukan kenal pun aku kan, so aku hanya meluah sahaja kat sini. Sekian, thank you admin kalau cerita ni tersiar.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit