Terima kasih kerana sudi membaca cerita ini dan harap sangat dapat cadangkan apa yang patut aku lakukan. Harap adikku juga membacanya kerana dia juga pembaca setia di sini.
Adikku memang suka berpakaian lelaki sejak kecil. Dulu kami tidak ambil kisah sangat kerana masih budak-budak. Dia masih memakai baju kurung tetapi bila hari raya sahaja.
Tetapi sejak dia bekerja dan ada wang sendiri dia memang akan beli pakaian lelaki. Ibuku setia menjahitkan baju kurung untuknya setiap kali hari raya tetapi dia enggan lagi memakainya.
Dia akan membeli tshirt dan jeans serta kasut berjenama dan jam tangan mahal setiap kali hari raya untuk ditayang kepada sanak saudara.
Adikku juga ada kawan perempuan yang tinggal serumah dengannya dan selalu di bawa ke mana mana seperti sebahagian ahli keluarga kami.
Kami juga tidak kisah kerana ingatkan kawan rapat dan budak perempuan itu pandai membawa diri malah turut membantu menjaga ibuku ketika ibuku sakit.
Hubungan aku dengan adikku memang bermasalah sejak dulu. Sudah agak lama kami tidak berhubungan.
Kesombongannya semakan menjadi- jadi kerana dia hidup mewah dan mampu membeli harta dan menyimpan wang untuk persediaan hari tua.
Walaupun dia agak pemurah, selalu belanja kami dan anak saudara makan makan dan membeli hadiah hari jadi,
Tetapi sikapnya yang ego dan suka menyindir serta memandang rendah orang yang susah menyebabkan aku menarik diri dari hidupnya. Dia juga seperti tidak kisahkan kami.
Baru baru ini aku dikejutkan dengan pengakuan ex teman wanita adikku bahawa, dia sudah bertaubat dan berkahwin dengan lelaki. Dia telah meninggalkan adikku dan turut mengajak adikku berubah.
Tetapi adikku nampaknya masih begitu dan baru-baru ini bertemu teman wanita baharu yang telah dibawa tinggal serumah dengannya walau baru sahaja berkenalan.
Aku amat terkesan dengan pendedahan tersebut. Selama ini aku ingatkan dia dengan ex teman wanita cuma berkawan baik.. Tidaklah sampai melakukan maksiat.
Dan sekarang dia jumpa perempuan lain pula dan tinggal bersama.
Perempuan itu turut mengaku mereka telah melakukan maksiat bersama sama. Solat 5 waktu memang telah lama ditinggalkan walaupun dia rajin bersedekah. Jika ditanya jawapannya sedang haid.
Apa yang harus aku lakukan untuk membawanya ke pangkal jalan. Doaku memang tidak pernah putus untuknya. Kami telah tiada ibu bapa, adik beradik ada 4 orang sahaja termasuk dia.
Semua serba salah untuk menegurnya kerana pasti akan dipulau.
Harap pembaca boleh memberiku cadangan, terutama yang pernah melalui pengalaman yang sama.
Aku tidak mahu dia terus leka dengan maksiat… Bagaimana jika tiba tiba Allah SWT menganbil nyawanya tanpa dia sempat bertaubat? Umurnya juga sudah 40-an.
Untuk adikku jika kau membaca kisah ini.. bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan. Jangan ikutkan nafsu, leka dengan kemewahan dunia dan ingatlah akhirat juga Kau perlu bersedia.
– Kakak yang serba salah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit