Aku sebagai rakyat malaysia. Hidup dalam komuniti berbilang bangsa dan agama. Ada saja kawan yang jenis unvacc (UV) ni.
Aku rasa kerajaan tak tegas. Tak buat undang² untuk UV ni. Maybe takut hilang undi.
Maklum lah UV ni kan pemikiran dia rare sikit. Ko cakap apa pun macam² dia boleh kona untuk hujah² dia orang sendiri. Obses dia salute baq ang. Lain maciammmm.
Dia orang akan lebih percaya dengan hujah² yang bukan professional berbanding doktor² pakar dan mufti² yang memang ada kelayakan dan pentauliahan. Dengan alasan makanan sunnah lebih neutral dengan badan.
Dia orang tak tau ke yang dok cakap makan sunnah is better tu sebab dia orang sendiri nak jual makanan sunnah tu. Kalau kita ambil v4ksin + makanan sunnah bermakna badan kita lagi kuat untuk kekal sihat. Betul tak???
Tapi tak pe. Hak mereka. Badan mereka. Cuma jangan la jadi macam SS bumi flat tu. Lembukan orang yang ambil v4ksin. Bila kita b0dokan geng UV marah pulak.
Pendapat aku. Kerajaan kena tegaskan dalam undang². Tiada paksaan untuk mereka tetapi perlu buat declaration.
Maksudnya bersedia untuk dikecualikan kelayakkan sebagai rakyat malaysia untuk menggunakan kemudahan hospital, sekolah dan lain² yang kerajaan sediakan.
Pihak insurans pun berhak untuk denied submission dari UV ni sebab risiko dia orang tinggi untuk kena stage 4&5 cov1d ni. Bila dah stage 4&5 besenya organ lain akan ada problem.
Nampak kejam. Tapi dia orang pilih untuk antiv4ksin. Bermakna dia orang boleh la memilih untuk tidak menggunakan kemudahan yang kerajaan bagi. Pilihan swasta banyak. Sila pegi.
Pernah terbaca macam² cara mereka buat untuk menghalalkan cara. Nak kawtim dengan doktor nurse kat ppv. Pinjam my sejahtera orang lain.
Ada tu lepas injek v4ksin beria telan berbiji² air kelapa semata² nak rekod dalam mysejahtera.
Benar mati itu pasti. Tetapi kita sebagai manusia yang ada pegangan agama. Wajib ikhtiar apa yang disarankan oleh pakar.
Kami tak kata bila dah v4ksin kami ni kebal. Tetapi kami boleh kurangkan risiko untuk lebih kritikal bila dijangkiti. Maybe imun badan kuat silap² tak dijangkiti pun. InsyaaAllah.
Penat aihhhh nak sembang dengan geng UV ni. Cuma nak bagi tau. Tak nak v4ksin. Dok diam² kat umah.
Jangan buat benda b0doh macam makcik yang kena tangkap sebab dine-in 1 family yang sembang dipermudahkan urusan oleh allah sebab kedai tak cek pun mysejahtera.
By the way. Jangan meroyan bila pergerakan disekat sebab tak v4ksin. Nanti tengok saja la member² update kebahagian dan kebebasan.
Kami bukan tikus makmal. Kami v4ksin sebab tak nak jadi punca orang² yang kami sayang dijangkiti cov1d atau penyakit lain.
Kami rindu hidup bebas tanpa mask. Kami rindu mak ayah dikampung. Kami rindu nak gethering majlis² perkahwinan dan lain².
Bila cov1d menyerang. Nak melawat orang meninggal pun dah tak boleh. Kawan/ sepupu kawin pun pakai google meet. Anak² banyak tercicir dalam pelajaran. Kerja² buat kat rumah ingat senang ke nak buat oiii.
Akhir kata dari akak…
Biarkan luncai terjun bersama labu²nya. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Sampai masa terhantuk baru nak terngadah. Baru la kena buku dengan ruas. Waktu tu sesal kemudian tidak berguna.
Sape dah completed v4ksin? SEPPPP SIKIT.
– Cik Mala (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit