Anak-Anak Kesayangan Kita

Salam, secara jujurnya kita tahu tak tentang anak-anak kita.

Contohnya warna apa mereka suka, apa aktiviti yang paling diorang tak boleh lupakan, baju jenis macam mana diorang suka, kartun atau rancangan apa yang diorang suka.

Cuba ambil dua kertas satu bagi dekat anak kita, dan satu kita ibu/ bapa yang tulis. Guna soalan sama lepastu banding jawapan. Mungkin agak ramai yang terkejut jawapan kita tak sama.

Secara am-nya benda yang kita nampak anak kita suka sebenarnya benda yang kita secara tak sengaja paksa anak kita suka.

Dulu pun aku tak sedar, mula-mula aku ingat anak aku suka warna biru. Sekali dah dia sekolah rendah baru tahu dia suka warna kuning.

Bila aku tanya bukan warna dia paling suka biru, tapi rupanya tidak. Diaorang cuma angguk dan terima sebab iyalah kita mak ayah ni tak perasan kita paksa mereka.

Kadang-kadang tu kita tak perasan anak kita ni sebenarnya dia macam mana, sebab kita selalu sangat fikir oh anak kita okay sebab dari luaran dia elok tak ada masalah.

Tapi entah berapa banyak agaknya dia pendam.

Lagi satu aku rasa kita sebagai mak ayah dekat Malaysia tak kira bangsa apa, kita lebih suka ambil pendekatan yang agak tegas. Marah, merengus, tengking dan lain-lain.

Bagi aku kita ambil contoh elok mak/ ayah dari western/ barat. Mereka ni kalau boleh nak elok marah atau tengking dekat anak.

Kalau kita dekat Malaysia, contoh macam Melayu selalu marah kata jangan manja sangat, pijak kepala dan lain-lain.

Tapi bagi mereka pula, kalau boleh nak elak tinggi suara dekat anak.

Salah satu faktor utama dia ialah trauma, cuba fikir dan renung sendiri berapa ramai dari kita asyik teringat kena pukul teruk dengan mak ayah kita kena maki dan lain-lain.

Iya memang ramai dari kita akan cakap, “eh sebab aku kena pukul ni kena marah semua aku jadi manusia”

Tapi cuba fikir balik, waktu kita kena pukul tu apa kita rasa? Marah, sedih dan dendam. Sebab mak ayah kita tak pernah nak dengar penjelasan penuh.

Aku pun dulu kena pukul dan lain-lain, tapi bila teringat balik aku kalau boleh tak nak kena pukul itu semua. Sebab itu mak/ ayah dari barat mereka elak benda ni.

Tapi mereka guna cara yang macam mana? Berlembut, diaorang cuba tanya dan faham.

Kalau betul mmg anak dia salah diorang akan hukum tapi sebelum di terangkan apa salah anak mereka dan kenapa kena hukum.

Jujur aku tanya ada ke mak ayah kita yang cuba terangkan dahulu? Tidak ramai di antara kita yang main pukul atau libas anak anak.

Jadi aku harap, kita sama-sama didik anak dengan cara elok dan lemah lembut.

Bukan lah maksud aku kalau mereka buat salah kita biarkan je. Tidak, tapi kita terangkan kesan tersebut dan hukum mereka dengan cara yang betul.

Kalau kita nak rotan jangan main libas dekat muka. Pukul dekat tempat yang di ajar, jadi mak ayah ni kena belajar bersabar.

Jangan dulu kita kena jadi kita pun terima yang anak kita patut kena benda sama. Tidak!

Kalau dulu kita marah dan menangis kita pukul jadi kita sepatutnya benci nak buat perkara sama untuk anak-anak kita.

Marilah kita cuba jadi Mak/ Ayah yang bagus untuk anak anak kita.

– Hamdan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *