Assalamualaikum. Aku seorang perempuan berumur lewat 20-an dan bekerjaya. Aku mempunyai satu dosa silam yang aku dah pun lupakan. Dalam erti kata lain aku sudah memaafkan diri aku kerana telah menzalimi diri sendiri.
Cerita ni bermula masa aku masih bersekolah menengah. Aku merupakan seorang yang tidak cakap banyak atau introvert. Aku juga merupakan seorang yang agak kasar dari segi percakapan dan juga perbuatan.
Semasa umur aku 14 tahun atau tingkatan 2 seorang kawan aku namakan dia A telah menelefon untuk menanyakan tentang kerja sekolah.
Untuk pengetahuan semua, aku seorang yang tinggal di asrama. Masa tu aku balik kampung untuk cuti hujung minggu. Aku cuma cakap seperti biasa. A cakap suara aku kasar macam lelaki. Tapi aku tak pernah ambil hati soal tu.
Sehinggalah satu hari, A minta aku menyamar sebagai seorang lelaki untuk kenakan sepupunya yang dianggap terlalu gedik dengan lelaki. Sepupu A aku namakan sebagai D. D muda setahun daripada kami.
Pada mulanya aku menolak dan A terus memaksa. A kata ‘couple’ sekejap saja selepas itu putuslah untuk buat D merana. Dek kerana kebodohan dan keseronokan semasa remaja, aku turuti kemahuan A.
Maka, bermula episod aku berkenalan dengan D. Aku mesej seperti biasa. Pada mulanya agak kekok kerana naluri aku masih seorang perempuan. Macam mana perempuan nak ayat perempuan? Aku ‘couple’ dengan D tak lama cuma 2 bulan sahaja.
Lagipun aku tinggal di asrama jadi kami agak jarang berhubung masa tu. Dan aku berjaya buatkan D merana dan sedih kerana putus cinta. A sangat berpuas hati.
Pada waktu itu, aku tidaklah rasa apa2 perasaan sayang atau cinta kepada D. Cuma perasaan nak kenakan orang. Itu sahaja.
Pada awal tingkatan 3 aku couple dengan seorang lelaki yang telah lama menyimpan perasaan terhadap aku sejak tingkatan 1 lagi.
Hubungan kami macam biasa dan aku agak pemalu.
Kadang2 cakap pun tak pandang muka. Hahaha. Jarang dating walaupun sama2 duduk asrama. Tetapi, dia telah couple secara senyap2 dengan kawan aku sendiri. Jadi, aku lepaskan lelaki tu kepada kawan aku tu.
Lagi sekali kerana nafsu bodo dan kejahilan aku, aku cari semula D pada awal tingkatan 4. Dan kali ni lama aku ‘couple’ dengan D sebagai lelaki. Kami tak pernah berjumpa hanya call dan mesej sahaja.
Aku tipu aku tidak ada media sosial. Jadi dia tidak boleh tengok gambar aku ni mana2. Aku cuma bagi gambar lelaki yang aku pernah kenal di sekolah lain untuk D anggap itulah aku.
Aku hanyut dengan perasaan tu. Aku rasa aku hebat kerana berjaya ‘ayat’ D. D sering ajak aku berjumpa tetapi aku akan menolak dengan pelbagai alasan. Alasan paling mudah ialah aku tinggal di asrama.
Sekolah aku tidaklah jauh dari rumah D. D boleh sahaja datang ke sekolah aku pada bila2 masa. Tetapi disebabkan masih bersekolah dan tidak mempunyai lesen, D tidak berani untuk datang. Setiap kali tu, aku selamat.
Aku hanyut dengan perasaan b0doh tu sampaikan aku call D pada setiap malam di asrama. Ya Allah, bodohnya aku pada masa tu. Hanyut dengan nafsu bodoh. Aku yakin aku bukan lesbian tetapi aku suka perasaan ‘couple’ masa tu.
Pada suatu hari, D ceritakan tentang hubungan aku dengan dia kepada A. A sangat terkejut sehinggalah A berterus terang kepada D bahawa aku merupakan seorang perempuan. Aku senyap kerana sudah kantoi. D maki hamun aku, kawan2 D semua memaki aku.
Aku tahu aku salah jadi, aku terima dengan hati yang terbuka. Semasa tingkatan 5 pula, aku buat lagi perangai ni dengan seorang budak perempuan yang muda 2 tahun daripada aku. Aku tak ingat aku kenal dia dari mana. Tapi ini aku yakin aku hanya suka2 untuk kenakan orang.
Aku masuk tingkatan 6, pada masa ni aku buat satu akaun facebook fake dengan menggunakan satu gambar lelaki aku berkenalan dengan seorang perempuan yang muda setahun daripada aku. Aku namakan dia J. Kami dari negeri yang berlainan.
Jadi, mesej dan call sahaja. Pada mulanya aku cuba melawan nafsu bodoh ini, tetapi aku tewas juga. Aku layan J sehingga phone s**. Aku tahu aku jahil, aku bodoh kerana ikutkan nafsu. Hubungan kami cuma 5 6 bulan sahaja.
Beberapa kali aku cuba berubah dan bertaubat tetapi masih gagal. Aku jadi terbiasa begini untuk berkenalan, mesej dengan perempuan. Bila kita mesej kadang2 kita hanyut dengan kata2. Ampunkan aku Ya Allah.
Pada suatu hari, kak angkat aku (anak pengasuh aku kitorang memang rapat) meninggal dunia pada usia 28 tahun.
Ditakdirkan pada hari yang sama ayah J juga meninggal. Aku bagaikan ditampar untuk sedar daripada segala dosa2 aku. Aku terus mesej J pada malam itu jugak dan aku mengaku aku merupakan seorang perempuan.
Dan aku minta maaf dan minta ampun kepada J. Namun, J tidak dapat memaafkan aku, dengan situasi masih bersedih dengan kematiannya ayahnya aku pula tambah masalah.
Ya, aku tahu aku tak patut buat begitu. Tetapi aku betul2 dah insaf. Aku rasa J patut tahu hal yang sebenar.
Setelah, peristiwa2 hitam itu berlaku aku cuba berubah. Sampaikan aku kena serangan kebimbangan (aku tak jumpa doktor kerana masih belum teruk. Aku mampu mengawalnya lagi).
Aku tak boleh tidur dalam keadaan tutup lampu, aku rasa lemas. Aku rasa macam nak mati. Hari2 rasa malaikat maut nak datang rumah.
Aku tak berani nak keluar rumah, aku selalu sedih tetapi tak boleh nak menangis. Keadaan aku begini saling dibayangi dengan kakak angkat aku meninggal, tanda2 kiamat kecil dan besar, tanda2 akhir zaman dan macam2 lagi.
Aku betul2 macam manusia yang tidak boleh gembira. Tidur malam sering mimpi yang ngeri seperti orang bun*h diri, orang terjun bangunan, bayi dan aku sering kerap ditindih semasa tidur.
Aku beritahu masalah aku kepada ibuku. Dia membawa aku berubat dengan seorang ustaz dan ustaz tu cakap aku normal mungkin hanya terkesan kerana tengok mayat.
Hidup aku diteruskan seperti biasa sehingga masuk ke universiti. Aku masih berperang dengan perasaan takut2 dalam diri.
Tetapi, Alhamdulillah aku sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan kawan2. Lama kelamaan rasa bimbang itu beransur hilang sehingga sekarang.
Aku betul2 bersyukur.
Salah satu yang aku buat ialah aku selalu cakap dekat diri aku setiap manusia akan mati. Tak perlu takut bila kita mati tapi takut macam mana kita mati. Akhirnya aku sudah pun move on dari dosa silam itu.
Dalam aku mempermainkan perempuan2 tu tapi aku masih berkawan dan ‘couple’ dengan lelaki.
Aku masih mempunyai perasaan terhadap lelaki. Aku yakin aku normal. Aku yakin kerana di tempat kerja aku ada seorang perempuan yang cuba rapat2 dengan aku lebih daripada seorang kawan.
Aku menolak sebab aku memang tidak tertarik kepada perempuan. Dan sampai sekarang aku memang berkawan dengan lelaki untuk mencari jodoh.
Tetapi hubungan kami tak lama ada saja masalah. Jadi, aku rasa aku begini sukar mencari jodoh kerana dosa silam dan ini kifarah untuk aku.
Aku telah membuat ramai yang sakit hati, sedih, marah dan sebagainya. Untuk yang telah aku sakiti, aku dengan seikhlas hati memohon ampun dan maaf. Aku tahu aku tak layak dimaafkan dan aku tak layak buat manusia lain begitu. Lagi sekali aku minta maaf.
Untuk A aku maafkan kau kerana telah menjadikan aku begitu pada masa lalu. Ingatlah, jangan jadikan kawan kita sebagai mangsa untuk puaskan hati sendiri.
Kita tak tahu apa yang orang itu perlu lalui untuk membuang nafsu bodoh tu. Aku cakap begini kerana aku tahu ramai lagi di luar sana seperti aku.
Jadi begini atau begitu bukan kehendak sendiri tetapi atas cadangan atau ajakan orang lain. Aku yakin tiada yang kebetulan di dunia ini. Apa yang terjadi kepada aku semuanya takdir yang telah tertulis. Aku terima dengan hati yang reda.
Terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga habis. Aku doakan korangkan dipermudahkan urusan dan jalan untuk berjuang demi merdekan diri dari sebuah dosa yang panjang.
Tolong doakan aku dipermudahkan urusan untuk bertemu dengan jodoh yang masih belum pasti.
– Cha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit