Hai.. tak best kan baca tajuk?
Aku dibesarkan dalam keluarga berpoligami.
Mak aku isteri pertama abah aku. Abah aku ade dua isteri.
So childhood aku memang tak best. Dibesarkan dalam suasana yang serba kekurangan kerana adik beradik aku ramai hampir 20 orang campur sekali anak angkat, haha.
Abah aku memang suka anak ramai, tak cukup lagi anak sendiri.. dia ambik lagi ramai anak orang susah atau anak-anak saudara dia jadi adik beradik kami.
Tapi kami sendiri pon bukan senang sangat, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bab gaduh jangan cakap la.. dah ramai kan, bergaduh tu jadi hobi. So aku nak tekankan kat sini, childhood aku memang sumpah tak best.
Ok dah cukup part tu ye sebab aku bukan nak cerita pasal family aku. Aku nak cerita pasal sorang sepupu aku ni
Keluarga sepupu aku ni lagi asyukkkk, bapak dia aka bapak saudara aku kawen 3. Sepupu aku perempuan ni anak isteri kedua. So bab poligami ni dah tak asing lagi dah.. pi mai pi mai tang tu jugakkkk perginya.
Sepupu aku ni boleh dikatakan cantik jugakla, pandai bergaya, cerah dan bersuara manja.
Pada suatu hari, ewahhhh macam dalam novel pulak, satu malaysia viral kisah sepupu aku ni telah di ‘offer’ untuk menikah dengan suami kawan baik dia sendiri.
Kaum kerabat keluarga besar kami dah cuba pujuk dan bagi nasihat untuk tidak menerima ‘offer’ nikah laki kawan baik dia tu, tapi apakan daya..sepupu ku rupanya telah pon selamat bernikah.
Maka bermadulah mereka.. lama juga kami tak dengar khabar sepupu ni, tapi selalu nampak dekat medsos sepupu dan madu bahagia berdasarkan gambar-gambar yang di upload.
Akhirnya si kakak sepupu bukak cerita yang sepupu ni dah tak ngam dengan madunya seperti mula nikah dulu siap berpegangan tangan, tinggal serumah dan banyak jugakla sweet memories depa yang ditonjolkan di medsos
Oppppssss mesti hampa dah macam bosan kan baca… haaaa sattt, dah nak sampai part menarik ni.. para isteri mesti ada yang baca ni akan timbul beberapa perasaan. Teruja. Tersengih. Meluat. Menyampah.
Ok citer dia, kakak sepupu aku ni memang rapat gilerrr dengan aku, so dia pon bukak mulut cerita hal dalam kain si adik tanpa sengaja… sebab si kakak ni lagi cantik dari si sepupu ni.
Tapi dia macam ade “inferiority complex” sikit lepas sembang dengan adik dia ni sebab dia tak seperti itu. Seperti apa? Perenggan bawah, hehe.
Katanya, sepupu ni dengan suami dia bagai belangkas. Kalau si suami tu balik rumah turn sepupu tu memang melekat 24 jam. Apa maksud melekat?
Ya memang betul2 melekat yang mana dah kawen tu paham la kot nohhh hahaha depa punya round tu tak dak exit duk pusing roundabout situ lah nonstop, ada la kot letih rehat kejapp (slowdown).
Aduihhh aku jadi geli dengar, mula-mula dengar macam “wah bestnya ber ’round2′ uuuu…
Katanya, tak sempat masuk bilik, suami balik saja turn sepupu memang kat depan pintu tu lah dikerjakannya.. hahaha sama2 bekerja.
Kadang kat dapur, tengah masak terpaksa stop masak, kat living hall pon jadi. Yang best part tu, sepupu aku tu pon suka. Dia memang addicted.
Kadang kalau dia ade sakit badan pon dia memang mintak lagi dan lagi. Kira sama-sama gila la somiisteri ni. Kalau 3hari si somi balik maka 3hari tu memang itu saja ler kejenya
Pastu si kakak sepupu ni cerita, adik dia dan madu plak makin renggang dah. Sepupu cerita madu dia rasa menyesal gila bagi suami kawen lain. Rasa cemburu tu makin menebal setiap hari.
Sampai satu tahap, si madu tu acah-acah carikan madu baru untuk suami dia. Bakal madu tu pulak lagi cantik dari sepupu ni.
Kalau sebut satu Malaysia kenal. Tapi aku tak nak sebut lah sebab taknak la nanti hampa p cari depa pulak, hehe.
Aku yang terdengar kisah ni, hadoiiii la.. apakah semua ini? Tapi sepupu tu cerita, suami dia tak mampu dah kalau nak tambah lagi.. aku tak pasti lah tak mampu dari segi zahir ke batin, hahaha.
Lagi tragis, madu2 ni semua dah unfriend n block sesama sendiri dekat medsos. Aku kesian jugak dengan sepupu aku ni sebab dia bila suami balik turn madu sana, dia jadi tak tentu arah… menangis berhari-hari. Down.
Dah puas nangis baru dia move on. Untuk releaskan tension dia tu memang dia terpaksa nangis baru rasa lega.
Kakak dia mula2 cerita macam excited gila sampaikan satu tahap kakak dia pon cuba ubah diri dia nak jadi the best wife jugak macam si adik walaupun dia isteri tunggal suami.
Konon nak merasa hebat jugak di ranjang macam si adik, tapi akhirnya dia mengaku tak mampu dan dah tak kisah la hebat ke tak hebat ke asal dia dan suami bahagia.
Akhirnya dia pikir, arghhh gila lah nak mengulit lama-lama. Dengan anak berderet tak kuasa dia nak rasa tercabar dengan adik sendiri.
Bagi aku la.. mungkin bagi sesetengah orang yang kurang dapat benda alah tu akan terasa rendah diri, orang lain boleh 4,5 round tapi kita tak,
Tapi bila difikirkan balik, dah macam menunggang nafsu pulak. Dah kena berebut suami dan kena menangis sedih pulak setiap kali pertemuan.
Arggghhhhh semua ni sangat tak best. Kenapa sepupu aku tu jadi camtu?
Aku rasa sebab dia ada lawan dia. Perasaan cemburu yang terlalu tinggi, terasa memiliki atau terasa bangga memiliki suami orang. Tu prasangka aku lah. Pendapat hampa macamana pulak?
Natijahnya bersyukurlah dengan apa ada nya. Seminggu 2/3x pon dah cukup ikut Sunnah.
Berlebih-lebihan pon tak la bagus boleh menganggu kesihatan pulak, ye dakkk?
– Keladi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit