Ejen Rumah Sewa

Assalamualaikum. Saya nak cerita pengalaman dengan agent rumah sewa.

To be honest, saya tak pernah berurusan dengan agent, sebelum ni saya sebagai tenant saya direct dengan owner, dan sekarang saya sebagai owner saya urus sendiri sahaja termasuk tenancy agreement dan stamping.

Agent akan propose owner rumah dengan sebaris ayat cuma. Fee kami satu bulan sewa. Bunyi macam menarik.

Ada agent faham bila kita dah bagi kriteria tenant apa kita nak. Tapi ada agent tak faham bahasa dan masih propose nak kurangkan harga sewa atau propose potential tenant yang lain.

Tujuan dia nak close deal sahaja, saja try kot owner bersetuju. Seharusnya kalau agent tu memandai dan lebih-lebih macam dia banyak pengalaman, dan boleh buat keputusan bagi owner rumah, terus buat tak layan saja. Fullstop.

Sekali kita cakap ok dengan agent, agent akan minta gambar dalam rumah kita. Sekelip mata iklan rumah kita di merata-rata tempat dengan nama agent dan syarikat yang berbeza-beza, sehingga kita tak boleh trace mana iklan yang agent tu buat.

Macam kes saya, saya cari iklan yang ada nama agent tu, satu habuk pun tak jumpa.

Yang jumpanya iklan dari agent dan syarikat-syarikat lain yang kita tak pernah deal, tapi agent ni boleh propose tenant kat kita.

Agent ni banyak kaki, so kaki mana yang dia pakai pun kita taktau. Bila terjumpa iklan yang suka suki turunkan harga rumah kita, masa tu kalau tanya, tak ada siapalah yang nak mengaku.

Siap salahkan kita, macam kitalah yang deal dengan agent yang entah mana-mana tu. Dia lipat macam kita ni lah yang salah dan bodoh. Takpe saya biarkan dulu dia kelentong.

Agent tak akan cerita prosedur sebenar kecuali selepas owner rumah dan tenant dah setuju lepas site visit tengok rumah. Saya tak pasti tujuannya apa.

Cuma silalah pastikan MINTA kesemua dokumen dan BACA betul-betul setiap dokumen sebab lepas dah setuju secara verbal, mungkin tenant dah bayar booking kat AGENT, tu kalau tenant yang jenis cepat percaya.

Bayangkan ye tenant dah bayar booking kat AGENT, agent pulak berjaya pujuk owner sign borang booking, so tenant of course la percaya dan bayar booking kat AGENT.

Kalau agent songlap duit, tak ke berputih mata? untuk makluman, owner kena sign borang pelantikan agent, so sebagai tenant, sila minta bukti lantikan tu dr agent. Kalau tak ada, sila angkat kaki.

Dalam kes saya, saya jenis berhati-hati, saya minta semua dokumen. Agent kata kita tak boleh tengok dokumen tu dulu tau, kita kena bagi semua details baru dia bagi kita tengok.

Alasannya kena masukkan details kita dlm sistem baru boleh print keluar dokumen tu bagi kat owner. Which is bullsh1t.

Kita ada hak untuk baca dan teliti borang atau dokumen sebelum setuju bagi apa-apa details dan tandatangan.

Data peribadi adalah hak peribadi. Mungkin ada orang tak kisah. Tapi untuk saya yang jenis berhati-hati, memang saya nak baca dulu. Apa yang payahnya bagi borang kosong dan draft agreement?

Jadi sebenarnya borang-borang tu patut diisi dan sign SEBELUM jumpa tenant, bukannya dah last-last proses, tenant dah bayar booking baru agent nak tunjuk borang-borang tu kat owner.

Masa tu, owner dan tenant dua-dua akan terjerat untuk sign. Kalau dua-dua setuju tak ada masalah, tapi kalau salah seorang tak setuju, datanglah segala drama.

So nak dijadikan cerita, lepas saya baca, saya tak setuju dengan terma-terma tu, contohnya agent kata fee dia sebulan sewa tapi dalam black and white 1.5 bulan sewa,

Dan ada terma hangus 50% duit booking yang tenant bayar kat agent, ingat ye agent yang pegang duit, bukan owner, kalau salah satu tarik balik.

Maksudnya kita sebagai owner ada risiko, kalau tenant tu fake, buatnya dia lari, tak pasal-pasal kita terikat kena bayar kat company agent 50% drpd sewa. Tenant tak dapat, siap kena bayar lagi. Dan ada agent nak pegang kunci rumah, tak bagi option kat kita.

Dalam kes saya, saya bagitau nak kansel sebab saya dah baca dan saya taknak sign. Agent pulak tak ada rasa bersalah, tak ada effort nak bagitahu kita yang dia akan betulkan la fee dia satu bulan sewa, bukannya 1.5 bulan sewa.

Lagi pula ada cas lain yang agent tiba-tiba bagitau atas owner, padahal saya dah bagitahu jelas syarat-syarat saya pada tenant dan tenant dah agree.

At the same time, tenant bagitau saya jugak, agent cakap ada cas lain atas tenant which is dia tak berapa agree.

Kebengongan apakah ini? kenapa tak cakap awal-awal sebelum kita tengok rumah, tenant dah bayar booking, baru nak bagitau setiap party kena bayar benda lain lagi?

Bila saya cakap nak kansel, agent tu buat apa tau? Dia ugut saya, kononnya sebab tenant dah bayar booking so saya WAJIB sign segala benda.

Hello? Dia ingat saya budak sekolah ke nak ugut-ugut. Agent juga simply ubah keputusan yang owner dah buat walaupun owner dah jumpa tenant dan agree sama-sama.

Agent jenis ikut kepala dia dan ikut prosedur dia ja. Bila jadi macam ni JANGAN TAKUT sebab sebagai OWNER kita tak terikat apa-apa lagi dengan agent.

Dah dia tak bagitau awal-awal prosedur dan syarat-syarat dia, bila owner tak setuju pasaipa lepas tu nak salahkan owner? You yang propose perkhidmatan kat owner, kenapa tak bagi siap-siap dokumen tu semua dan terangkan semua?

Patutnya dapatkan kepastian memang owner nak lantik you, owner boleh setuju dengan syarat-syarat YOU, berdasarkan black and white la bukannya dengan air liur. And then siapa patut bagi syarat, siapa owner?

Please aware ye, agent laki2 ni ganas boleh ugut-ugut, agent perempuan guna cara halusss. Masa ni keluarlah ayat sedih macam dia yang dianiaya. Kena proceed juga lah pendek kata.

Bila kita tak layan, ah sudah, keluarlah ayat-ayat islamik pancing kita rasa BERDOSA. Psycho. Mental kena kuat ye tuan puan.

Dia ingat dia saja boleh bagi tazkirah. Dalam kes saya, agent tu boleh berubah-ubah, pagi semalam cakap lain, petang semalam cakap lain, malam tadi cakap lain, pagi esoknya cakap lain.

Jadi untuk orang macam ni, saya prefer tak buat apa-apa urusan dengan dia dah. Nasib saya sempat tarik brake. Tenant pun nasihat saya block sahajalah sebab dia pun tak ada hati nak proceed dengan agent.

Yang kelakarnya, agent ni up post dekat facebook dengan pengikut-pengikut agent dia tu pun yang bodoh percaya post dia yang misleading dan kononnya ada modus operandi tuan rumah sebagai scammer.

Hahaha. Pulak dah. Padahal agent yang tak jujur berurusan. Playing victim.

Maka berduyun lah geng-geng agent ni like dan kutuk owner. Amboi masa jumpa elok bercakap, lepas tu boleh pulak maki kat belakang. Dasar munafik. Dia ingat dia saja boleh maki?

Menyirap gak saya nak balas post tu tapi tak apa lah, tak ada manfaat pun. So sebagai owner, tak payah takut ye.

Tak mati pun tak guna agent. Kalau betul nak guna agent, pastikan sign borang melantik agent terlebih dahulu.

So far, selama saya urus sendiri, screen sendiri tenant dan hasilnya saya dapat tenant yang bagus. Saya tak ada masalah pulangkan balik deposit, siap ex tenant saya berterima kasih sebab bukan senang nak dapat owner yang baik.

Alhamdulillah. Cuma kali ni saya tergerak hati nak kata ok dengan agent. Jadilah ada pengalaman sikit dengan agent. Dan lepas tu saya bantu pulak kawan saya yang terjebak nak guna agent. Jadilah ada dua kali pengalaman.

Kalau tak ada keperluan, tak payah lah guna agent, fee sebulan sewa tu bagi saya mahal sebab sewa rumah saya tinggi.

Tambah lagi, kalau tak baca betul-betul kita terikat dengan unnecessary things tak pasal-pasal. Dan juga terpaksa keluar duit untuk cas lain yang tiba-tiba agent bagitau.

Tapi kalau dah malas, banyak cash, nak cepat, guna saja lah agent, tapi pastikan BACA betul-betul sebelum setuju. Minta agent bagi semua contoh dokumen dulu.

Dan sebagai tenant, silalah cerdik juga, pastikan minta dokumen dan baca dahulu,

Ye lah awak risau tak dapat balik deposit dua bulan tu tapi awak tak risau awak boleh burn satu bulan sewa tak pasal-pasal dengan agent TANPA ada apa-apa perjanjian dengan owner pun. Sila pastikan agent tu memang dilantik oleh owner.

Yang saya tahu kebanyakan agent minta maklumat rumah drpd owner sikit sebanyak, lepas tu berlagak dengan tenant macam owner lantik dia padahal ketahuilah tak ada langsung surat lantikan, itu semua poyo saja.

Mungkin ada agent yang genuine tapi setakat pengalaman saya, dalam 10 orang agent, hanya seorang dua yang willing bagitahu prosedur dan reveal dokumen yang perlu disign.

Yang lain bila saya tunjuk skill yang kita bukannya kategori target mangsa yang mereka mahukan sikit, semuanya krik krik, lesap, nampak tak permainannya di situ. Dan pengalaman saya dah dua kali dengan agent ni, modus operandi nya masih sama. So hati-hatilah.

Yang penting tenancy agreement dan stamping tu saja yang dipersetujui oleh owner dan tenant. Agent in the middle tu pemudah cara saja, cuma kita pun taknak la terjebak dengan CON agent.

Setakat ni, pengalaman saya jadi penyewa dan lepas tu jadi owner rumah, saya lebih prefer urus sendiri tanpa pihak ketiga..setiap orang ada preference lain-lain.

Mungkin ada tenant yang lagi selesa ada agent, tapi tu saja pesan saya sila pastikan agent tu dilantik oleh owner secara hitam putih, dan pastikan tiada hidden fee lain.

Saya tahu post ini mungkin dikecam oleh geng-geng agent, saya tak kisah pun, asalkan mesej saya nak bagitahu tu sampai. Lagipun saya tak mati dengan kejian orang.

Kalau you agent buat kerja betul, tak perlu takut pun rezeki Allah tu ada. Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Hehehe.

Sekian.

– Ex tenant (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *