Hai semua Assalamualaikum. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Ini adalah pertama kali aku confess di sini. Tak berapa pandai nak mengarang. Harap anda semua faham.
Seperti yang tertera ditajuk, aku nak share kisah kisah gangguan yang pernah berlaku pada aku. Aku dah lama jugak kena ganggu tapi ganggu bukan tahap teruk contoh macam dihantar oleh seseorang ke. Aku tak tahulah ni perasaan aku jeke atau apa tapi kerap lah juga terjadi.
Aku sudah berkahwin, sudah dikurniakan anak tapi Allah lebih sayangkan dia.
So pengalaman pertama yang terjadi bilamana aku start mengandung. Aku duduk bersama dengan ibu mertua, bapa mertua dan adik ipar. Aku selesa kat sini sebab dorang semua sangat baik. Kitaorang suka share macam macam cerita salah satunya gangguan nilah.
Sebelum aku dapat tahu aku hamil, aku tak pernah diganggu kat sini. Cuma aku selalu rasa seram dengan tiba tiba. Port paling seram adalah diruang tamu rumah ni.
Meh aku cerita dulu sudut dalam rumah ni so that korang boleh faham jalan penceritaan aku nanti. Rumah ni kos rendah saja so kecik.
Aku gelar “sudut depan” dibahagian pintu masuk yer, “sudut tengah” dibahagian menonton tv, dan sudut belakang dibahagian bilik dan tandas. Kalau aku nak kedapur, aku akan melalui tandas dulu baru bilik adik ipar dan last hujung bilik aku. Bilik aku bersebelahan dapur.
Sudut depan ni sangat menyeramkan bagi aku. Bila suami kerja, adik ipar dan mama kerja, aku suri rumah ye. Aku akan terperap disudut belakang saja. Jarang sekali disudut tengah nak tengok tv kerana aku selalu rasa seperti di tenung sesuatu.
Pengalaman ngeri bagi aku yang pertama bila mana aku disahkan hamil. Teruja jangan cakap sebab memang ini yang ditunggu.
3 bulan pertama agak lembik badan rasa sakit dibahagian tulang belakang. Ada masa sakit macam ditindih ada masa dia hilang. Satu hari tu, suami aku kata bilik kami bahang sebab cuaca panas sangat.
So dia decide nak tidur kat sudut depan sebab ruang tamu kami ada aircond. Pukul 12 aku dan suami pun tertidur lena.
Jam menunjukkan pukul 2.30 a.m aku pun terjaga nak terkucil sangat. Aku pun bingkas bangun nak ketandas, bila aku lalu disudut tengah aku terkejut nampak 2orang adik ipar aku and mama aku join sekali tidur kat situ.
Waktu tu gelap just samar2 lampu dapur saja. Aku terfikir ohh mungkin dorang panas jugak lah ni sebab tu tidur sekali kat depan. Aku terus ketandas selesaikan hajat dan baring semula. Mata dah ngantuk sangat sangat.
Pukul 4.30 a.m macam tu aku terjaga lagi nak terkucil. Disebabkan aircond sejuk bertambah2 kerap nak terkucil. Aku pun bangun ketandas. Aku tengok mereka masih tidur diruang tengah. Tapi aku pelik sebab kedudukan mereka dah berubah.
Mula mula tadi aku nampak mama aku dibahagian kiri berbaju biru langit, dibahagian tengah adik ipar bongsu (Ahsu) berbaju putih, dibahagian kanan (ude) berbaju kelabu.
Kalini kedudukan mama aku masih dibahagian kiri cuma ahsu dibahagian kanan dan ude pula ditengah. Ahhh pipis dulu lah tak tahan ni.
Selesai lepastkan hajat aku kembali ke tempat mereka tidur. Aku tergerak hati nak tenung dorang masa tu walaupun mata aku nampak tak nampak saja sebab mengantuk.
Aku pelik kenapa mama aku tak pakai selimut langsung, ahsu dan kokde berselubung. Padahal kan ahsu dan kokde ni mmg jenis kulit tahan sejuk.
Mama aku saja jenis tak tahan. Mustahil la mama aku bole tidur tanpa gebo(selimut) aku tenung mama lama lama. Terkejut aku bila aku tengok muka mama aku macam hitam. Aku terus blah sambung untuk tidur.
Baru saja aku landing kat toto tiba2 laki aku terus terduduk. Terkebil2 sambil menggeliat. Punyalah terkejut aku, ‘awak kenapa? Eee manjat kan orang saja lah terus bangun macam tu, kenapa? Okay ke?’ dia tak layan aku, dia duduk saja sambil terkebil kebil.
Aku memang tak fikir apa pun. ‘yang, tu mama tidur kat depan situ ha, kesian mama tidur takde gebo kang sejuk lak, awak amekkan bole tak?
Saya tak larat lah sakit pinggang ni’ laki aku cuma jengah kepala gitu saja then dia terus sambung tidur. Ehh bertuah betul. Macam tu saja dia layan. Aku nak ambil kan gebo memang dah tak larat, mata aku pun kuyu dan aku tertidur.
Keesokan harinya aku bangun, aku sape mama aku yang cuti haritu. Maaa, sejuk ke semalam sampai tidur luar. Mama aku memang tak pernah tidur kat ruang tamu sebab tu aku tanya. ‘eh tak lah, mama tidur kat dalam bilik’. Dushhh! Macam batu hempap kepala aku. ‘betul ke ma?
Melati nampak mama kat depan dengan ahsu dan ude haa’ ‘betul, mama kat bilik saja, mama mana pernah tidur depan, panas macam mana pun tidur bilik juga selesa’ Aku pon malas nak fikir banyak aku okay saja.
Bila ahsu ude dah bangun, aku tanya dorang pulak tidur depan ke anddddd lagi sekali jawapan yang aku dapat TAKLAHHH.
Biar betul? 2 kali aku buang air 2kali tu aku nampak kot. Baju pon sama saja dengan baju dorang pakai before tidur tu. Jantung macam nak pecah. Betul ke yang aku nampak tu “benda” tu.
Bila aku fikir2 balik, patutlah mama aku tak pakai gebo, patutlah mama aku muka hitam, patutlah kedudukan ahsu ude berubah. Mungkin memang dah bukan dorang. Dan paling baru aku sedar, masa malam tu mama aku tidur tangan kanan keatas, ketiak terbuka macam tu.
Mama aku baru seminggu lepas operation dibahagian bahu sebab tulang terkeluar. So mama aku tidur tangan kebawah gitu jela. Mustahil bole diangkat macamtu. Ya Allah, aku dah tak sedap hati. Tapi aku tak layan sangat. Aku buat lekk saja.
Selang 2minggu kejadian pelik malam tu. Aku kena lagi sekali. Ahsu biasanya kalau nak pinjam kereta suami aku dia akan kabor kat suami, kalau suami takde dia kabor kat aku. Sehari sebelum kejadian, ahsu pergi ke hospital untuk rawatan gigi dia dalam pukul 8pagi lebih macamtu.
Aku masih ingat, ahsu berbaju hitam lengan panjang dan berseluar jeans hijau. Rambut ahsu panjang melepasi bahu tapi tidaklah sampai kepinggang.
Haritu dia ke hospital dengan mengikat rambut. Dia kabor ke suami ‘along, pinjam kete ea’ gitulah biasa. Esok subuh tu macam biasa aku solat dan sambung baring.
Kalini aku baring disudut tengah tempat menonton tv tu. Mata aku dah mula kuyu sebab subuh haritu sangat sejuk. Dalam keadaan kuyu tu aku perasan ahsu dari sudut belakang berjalan melalui sebelah aku dalam keadaan menunduk. Baju nya sama macam baju semalam dia pakai.
Bila dia betul2 disebelah aku ‘tumpang lalu kak melati’ dengan sangat lembut. Rambut dilepaskan hingga aku tak nampak mukanya langsung. Aku tak fikir apa sebab ngantuk, aku pun layan mata balik. Selang beberapa minit baru aku tersedar. Ehhh? Ahsu dah keluar ke?
Nak kemana?
Awat aku tak dengar pintu sliding tu ditarik pon. Pintu sliding aku ni bila bukak memang agak bising sebab ketat sikit yer.
Takde minta izin nak kereta pun, biasa minta izin. Takde dengar bunyi dia ambil kunci pun, takde dengar dia start enjin kereta pun. Baru pukul 7, nak kemana pagi2 macamni.
Aku pun bangun jengah kepala tengok kereta suami aku. Yes, masih elok diporch ye. Kunci pun ada saja tergantung. Pintu pun berkunci seolah takde siapa yang buka pon.
Aku berdebar. Hmmm kena lagi ke? Terus aku sambung baring. Tapi aku dah tak bole tidur sebab sakit kepala menghadam apa yang berlaku.
Lepas siap sarapan, aku duduk dimeja dapur. Ahsu pun bangun nak ketandas. Selesai ketandas dia pun datang ke aku menyapa.
Aku tanya dia ‘adik balik bila? Akak tak perasan pun, pergi mana saja pagi pagi dah keluar’ ‘takde g mana. Baru bangun ni ha.’ ‘seriouslah dik? Akak nampak adik tadi lalu sebelah siap minta izin nak lalu lagi’ ‘yeke kak?
Eeee sape tu. Adik takkemana la. Semalam dah g hospital dah takde apa nak pergi pagi2’ aku terdiam. Kenapa? Kenapa aku saja yang kena? Benda tu nak apa?
Sebab aku mengandung ke benda tu suka and dia cuba menjelma dengan menyerupai family in law aku? Aku nak pergi berubat, tapi waktu tu masih pkp.
Semua tak berani nak kerumah sesape dan tukang berubat pon cuti. Suami aku waktu tu kerja balik lewat malam, kadang pukul 11 paling lambat 12.30 malam baru sampai rumah.
Aku selalu pesan, sampai rumah lepak luar dulu sebab takut ada benda follow. Badan aku pun rasa lain, aku rasa ada benda duduk.
Lepas balik kerja suami aku akan urut belakang. Bila dia tekan tekan mesti rasa sakit sangat. Dah urut baru lega. Setiap hari rasa sakit. Aku ngadu kat mak di kampung.
Mak aku kata nanti dah bole rentas balik sini kita pergi berubat kat Tok ye. Sampai kesudah tak boleh nak rentas. Oklah aku rasa kisah aku dah cukup panjang.
Aku ada lagi kisah nak share pada semua. Kalau korang sudi nak dengar lagi bole komen teruskan part2 okay?
Benda ni bukan jadi pada aku saja. Baru baru ni jadi sekali lagi pada adik ipar aku angah yang sedang mengandung. Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Assalamualaikum
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit