Assalamualaikum. Aku Adik. Sebenarnya dah lama aku nak kongsi cerita ni. Aku nak cerita pasal abang aku yang rezeki dia selalu dipermudahkan. Aku tak nak cerita cliche pasal solat dhuha, baca alwaqiah dengan sedekah tu. Yang tu semua orang tahu.
Abang aku muda lagi, umur 20an, dah kahwin dan punya anak. Masa kecil dulu dia la paling nakal. Dia berkelulusan diploma dari sebuah universiti tempatan dan sekarang bekerja di sebuah syarikat swasta. Syarikat dia pun bukan syarikat besar gah kat KL tu.
Dia kerja syarikat biasa biasa saja tapi sekarang ni dalam adik beradik dia antara yang berjaya. Tak adalah kaya rumah besar tu. Tapi dia agak senang, apa yang dia nak dia boleh dapat.
Pertama, jaga hati ibu ayah. Dalam adik beradik dia yang paling lembut bila bercakap. Pernah masa dia masih belajar, dia phone call dengan aku, roomate dia ingat dia sembang dengan awek. Dengan ibu ayah lagi lah…
Walaupun dia dah kahwin ada gaji sendiri, nak beli handfon baru dia tetap tanya ibu, dia perlu beli tak. Dia nak modify kereta, dia nak cat kereta, tetap tanya ayah perlu tak. Kalau ibu ayah cakap ok baru dia tukar.
Nampak remeh kan? Tapi itulah dia. Kalau benda tu keperluan macam tayar botak atau handfon rosak tak adalah dia tanya tapi kalau benda tu cuma kehendak dia akan tanya. Dia bukan apa.
Bila dia buat macam tu, dia buat ibu ayah rasa seronok, rasa dihargai dan diperlukan. Kan bagus bila ibu ayah rasa senang hati macam tu. Aku pernah tanya kenapa sampai macam tu. Tak perlu kot. Dia cakap saja nak tanya. Tu seremeh benda. Benda besar lagi la dia tanya.
Kedua, selalu minta maaf dan minta ibu ayah redha. Biasa dalam seminggu ada lah 2-3 kali dia call ibu ayah. Tiap kali call dia akan minta maaf dan minta ibu ayah redha.
Mula mula awkward. Bukannya dia dari dulu macam tu pun. Dia kan budak nakal dulu. Tapi dia buang rasa kekok dan malu tu.
Dia minta maaf walau dia tak ada salah. Yang minta redha tu mesti jarang sangat orang buat. Aku pun segan weh nak buat. Hahahaha. Dia selalu cakap kat ibu ayah, “Ibu, redha abang ye.” “Ayah, redha abang ye.”
Ibu ayah aku pun kekok jugak mula mula sebab tak tahu nak respon macam mana. Lepas tu dia bagitahu la ibu ayah, “ibu cakap la ibu redha.” Haa.. macam tu. Memang kekok sebab dalam family kami memang jenis tak cakap rindu sayang ni.
Ketiga, isteri pulak. Macam mana dia jaga hati ibu ayah, macam tulah dia jaga hati isteri dia. Isteri dia/ kakak ipar aku (kakak) memang beruntunglah dapat dia.
Kakak suri rumah. Dia tak bagi kakak kerja jadi dia buat simpanan untuk kakak, selain hibah. Simpanan tu duit nafkah dia kasi tiap bulan, dia transfer ke akaun kakak, dia tak kasi kakak guna.
Dia buat sebab dia takut kalau jadi apa apa kat dia, tak adalah kakak susah nanti. Kalau kakak nak beli apa apa, dia kasi duit lain atau dia bayarkan terus.
Bab nafkah memang dia jaga. Pakaian, makan minum dan tempat tinggal nombor satu. Pakaian tu sekurangnya 2 persalinan setiap satu setiap tahun walaupun anak tudung pun dia kira dan beli 2 helai.
Dia cakap, bab nafkah ni bahaya dan dia risau betul kalau terkurang pasal nafkah.
Kakak memang masak tiap hari dan dia bawa bekal pergi kerja tapi bila kat office ada jamuan atau dia makan sedap sedap, dia akan terus transfer duit kat kakak untuk kakak order makanan yang sedap atau lebih kurang makanan dia kat office.
Kalau kakak tak order, kakak boleh guna saja duit tu untuk benda lain. Kalau office buat jamuan kat mana mana restoran mahal, ada masa terluang lepas tu, dia akan bawa kakak dine in atau take away kat restoran tu.
Kakak suri rumah. Abang cakap kalau dia tak buat macam tu, tak adil lah untuk kakak.
Nak beli apa apa pun sebelum tanya ibu ayah, dia tanya isteri dia dulu sebenarnya sebab isteri yang wajib dia tanggung kan. Duit dia adalah duit kakak. Lepas isteri ok baru tanya ibu ayah.
Tapiii, contoh kalau dia beli barang kereta RM300, dia akan bagi hadiah yang harga RM300 jugak untuk isteri dia.
Yang ni bukan nafkah. Kalau dia beli handfon RM1k, kakak pun akan dapat jugak. Kalau tak dapat fon, dia akan kasi la benda lain apa yang kakak nak, barang kemas ke…
Jadi, kalau dia nak beli apa apa, harga tu dia akan kira double siap sebab untuk kakak sekali. Dia kumpul duit, dah cukup harga double tu baru dia cakap apa dia nak beli.
Tiap malam sebelum tidur, dia akan maafkan isteri dia dan redha isteri dia. Dia cakap isteri perlu redha suami. jadi tiap malam sebelum tidur dia macam niat la dalam hati dia redha isteri dia. Untuk elak apa apa masalah, apa apa dia bagi atau buat kat isteri dia tak cerita kat ibu ayah.
Maksud aku, cara dia kat kakak tu. Kat aku saja dia cerita. Bukan ibu ayah tak ok tapi better tak cerita la kan untuk elak salah faham atau masalah hati. Setan kan tak lalai dengan tugas menghasut dia.
Keempat. Orang hutang dengan dia dan selalunya dia tak tuntut hutang. Kalau orang tu bayar hutang, dia ambil tapi kalau tak bayar dia halalkan. Ramai sangat orang hutang dia sampai dia tak ingat. Setakat ratus ratus tu memang dia lupakan saja. Yang ni la yang tolong dia masa susah.
Sebelum dia senang macam sekarang, pernah saja duit dia tak cukup nak tunggu next gaji.
Tapi tak pernah dia perlu pinjam duit orang sebab dia cakap bila tak ada duit selalu ada orang bayar hutang lah, terjumpa duit dalam poket seluar lah, orang belanja lah. Bila orang bayar hutang tu selalu abang tak ingat pun hutang tu. Tiba tiba ada member contact cakap nak bayar.
Bab tolong orang ni memang dari sekolah rendah lagi. Dia pernah guna duit raya dia untuk belanja kawan dia bayar yuran untuk rombongan sekolah lepas upsr sebab kawan dia orang susah. Duit raya dapat RM50, yuran RM50, memang semua dia kasi kawan tu.
Dia tak bagitahu ibu ayah. Masa tu baru sangat lepas raya jadi ayah tak ambil lagi duit kami untuk simpan dalam bank.
Bila ayah mintak, kantoi duit dia tak ada. Cuak dia takut ayah marah sebab ayah marah kami guna duit raya suka hati. Bila dia cerita,ayah marah jugak sebab dia tak bagitahu awal. Hahaha.
Sebenarnya ayah tak marah tapi ayah nak ajar anak anak tak ketepikan ibu ayah. Apa sekalipun bagitahu dulu, jangan buat benda suka hati.
Lagipun dia baru darjah 6 masa tu. Memang dia nakal dulu tapi nakal dia tu bukan dalam sekolah tapi kat luar sekolah. Nakal biasa remaja la macam merokok, buli adik adik, keluar rumah cakap nak pergi tempat lain tapi gi tempat lain.
Kelima. Selalu minta ibu ayah isteri doakan. Dia selalu gurau dengan ibu minta ibu doa dia kaya. Masa belajar, time exam, setiap pagi dia akan call ibu minta ibu doakan.
Sekarang, kalau dia ada masalah kat tempat kerja, dia rasa susah apa apa, kena present kerja masa meeting ke, kena jumpa bos besar ke dia akan call ibu minta ibu doakan supaya urusan dia dipermudahkan.
Pasal doa ni, aku ada 1tips yang aku amal. Ni aku dengar dari sorang ustaz. Dia cakap, ‘jual’ nama ibu ayah dalam doa.
Maksud dia, contoh kalau kita nak mintak diperluaskan rezeki, “ya Allah, kau luaskanlah rezeki aku supaya aku dapat kasi apa saja yang ibu ayah nak.
Aku nak aku mampu beli apa saja yang mereka nak.” Jual nama ibu ayah dalam doa memang sangat magic. Subhanallah… (Pasal ni pun ada cerita. Kalau ada nak aku cerita, aku boleh share lain kali).
Keenam. Attitude dalam pekerjaan. Abang aku ni gila kerja. Dia buat semua yang bos suruh walaupun luar dari skop kerja dia. Dia cakap nak cari pengalaman dan timba ilmu.
Bila dia macam tu, bos sayang la. Jadi senanglah gaji naik. Dia bukan kaki kipas ye tapi dia terlampau rajin sebab dia rasa dia tak cukup pengalaman.
Dia muda lagi. Dia cakap masa muda ni saja boleh gila kerja. Nanti dah tua letih dah. Jadi, dia kerja sekarang untuk dia rehat kemudian. Tu cita cita dia, nak rehat nanti. Dia jenis tak cakap ‘no’ kat bos.
Kenaikan gaji dia tiap tahun lebih RM1k. Sebab dia rajin, walaupun jawatan dia biasa, dia jadi penting kat syarikat tu sebab banyak kerja dia handle.
Umur dia pertengahan 20an. Gaji dia lebih RM4k. Sebenarnya, untuk jawatan dia, gaji tak sampai RM4k. Tapi sebab attitude dia, gaji dia lebih.
Dia cerita kat aku, leader dia bagitau sebenarnya bos nak naikkan pangkat dia bagi jawatan yang sesuai dengan gaji tapi sebab tahun kerja dia tak cukup lagi.
Nanti jadi masalah pulak kot ada dengki dia baru kerja pangkat dah tinggi. Jadi, bos naikkan gaji saja sebab gaji orang tak tahu. Agak banyaklah untuk umur dia dengan kelulusan diploma. Leader dia, orang atas atas jelah tahu pasal gaji dia.
Bagi aku, rezeki dia kat tempat kerja ni berkait dengan layanan dia kepada ibu ayah dan isteri. Pasal mentua jangan lupa pulak. Aku tak tahu cerita sangat pasal mentua dia tapi aku tahu dia layan baik. Bila balik rumah mentua, dia yang jadi driver mentua.
Aku rasa setakat itu saja cerita aku. Itu saja yang aku ingat setakat ni. Sekian, terima kasih.
– Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit