Untuk part I, (https://iiumc.com/pelangi-selepas-hujan-6/).
Berjumpa lagi kita. Aku Lailerr. Sebelum ni aku ada bagitahu nak berkongsi macam mana handle suami kaki game, culas dalam tanggungjawab yang serba serbi la kurangnya suami aku ni.
Aku merungut dan terus merungut sendiri, sampai aku tak nampak dah kebaikan yang ada pada suami dan kekurangan yang ada pada aku sendiri.
Suami aku memang dari kecik kuat main game. Ni adik beradik ipar, mak mertua aku pun ada bagitahu jugak. Sampai la sekarang, dia sanggup perabih duit untuk mantapkan lagi set pc dia. Siap ada bilik gaming lagi. Cantik bilik dia bila aku tolong kemaskan. Haha.
Aku tak kisah dia nak main game tapi jangan la sampai abaikan aku. Sebagai isteri mestilah nak perhatian dari suami. Jadi, apa yang aku buat untuk control suami aku dari abaikan isteri dia ni? Ok, aku support 100% minat dia dalam gaming.
Aku tak support dari segi kewangan sebab perkara tu buat dia lagi buta hati dan abaikan aku. Percayalah, manusia ni kalau kita selalu taburkan dengan wang ringgit, akhirnya kita jugak yang merana. Jadi aku bagi moral support.
Aku tolong usha barang2 gaming, servey harga untuk barang yang dia cari. Aku tolong naikkan follower page gaming dia.
Aku cadangkan jadual untuk dia main game dengan alasan, dalam hidup berumah tangga ni kena la seimbang. Tak adil la banyak habiskan masa dengan game sedangkan saya ni di abaikan. Ha, gituh.
Selalu la aku tanya, tak live ke hari ni..Saya nak tengok awak main pubg.. Tak live ke..? Tak live ke..? Ha sampai dia pun naik bosan.. Haha.
Bila aku guna kaedah moral support ni nampak la perubahan dari dia. Kadang dia tanya aku ada nak pergi jalan mana2 tak? Ade nak makan apa2 tak? Atau kalau beli barang dapur, memang dia beli stok makanan khas untuk aku. Boleh goreng2, makan2 kalau nak alas perut.
Kalau aku mengadu rambut banyak gugur, dia terus carikan vitamin, syampoo beli yang paling mahal. Sebelum2 ni tak adanya dia nak ambil berat macam tu.
Bagi aku tu tanda dan cara dia hargai aku lah setelah aku support minat dia habis-habisan. Selepas dari tu aku tak rasa diabaikan dah. Syukur, Allah masih peliharan perkahwinan kami.
Nak trobek sikit. 3 tahun pertama perkahwinan, memang tersiksa jiwa raga. Dia selalu outststion. balik rumah terus mengadap phone main game. Selalu bergaduh sampai nak bercerai berai.
Hikmah tinggal dengan mak mertua, periuk belangan tak tersinggah atas muka suami. Malu oit kalau bergaduh dalam rumah mak mertua, dengan kakak2 ipar pun ada sekali.
Itupun aku ugut nak hidup sendiri, menyewa mana2 bilik yang ada area sini. Aku dah tak nak menumpang rumah mak dia. Aku siap cakap aku dah jumpa bilik untuk disewa.
Kalau dia masih pilih nak tinggal dengan mak dia, aku tak paksa, tapi jangan pulak halang aku keluar dari rumah tu. Akhirnya, dia pilik untuk keluar dari rumah mak dia.
Kami menyewa rumah. Tahun pertama menyewa rumah hubungan kami masih tak okey. Hari-hari bergaduh. Belanja rumah, duit rumah sewa,bil elektrik semua aku tanggung. Makin terasa la siksa jiwa aku tu.
Dah la asyik mengadap phone. Duit belanja semua aku yang keluarkan. Betul-betul rasa macam bela biawak hidup. Lagi sedap nak bergaduh baling2 barang sebab dah tak duduk dengan mertua. Haha. Ugut nak bercerai tu biasa.
Aku tak ada masalah dengan mak mertua tapi aku mula tak selesa duduk situ selepas kakak ipar aku berkahwin dan dia bawa suami dia tinggal sekali dalam rumah tu.
Bukan senang rupanya berkahwin ni.. Kita berkahwin dengan orang yang kita fikir dah serasi bersama dah saling menyintai.. rupanya tak cukup takat tu.
Perkahwinan itu bagi aku satu proses untuk saling melengkapi, saling terima kekurangan dan berserah kepada Tuhan.
Ok, berbalik semula pada tajuk pelangi selepas hujan.
Hikmah pandemik. Bila kerajaan umumkan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar untuk beli barang dapur. Masa ni PKP 1. Aku dah hora horay dah sebab tak payah penat lelah aku handle sendiri semua benda.
Masa ni suami slow2 makin banyak berubah. oh ye, masa ni jugak aku dah ada anak,baru usia 5bulan. Suami dah reti beli barang dapur, dah pandai cek stok barang dapur.
Jadi, aku tak perlu remind dah pada suami untuk bagitahu lauk dah tak ada, beras dah habis. PKP 1 aku dan suami tak bekerja 3 bulan. Yelah, masa ni ramai dah terkesan, hilang pekerjaan, hilang pendapatan. Mengharapkan duit simpanan yang ada saja.
Kami banyak habiskan masa dirumah. ‘Nak g ane pun tak leyh..’ Jadi ada masa aku selalu ceritakan pada suami yang anak kami dah semakin cerdik, aku cakap rugi la suami aku tak tengok anak membesar dengan mata hati.
Kalau mata selalu mengadap phone, bila masa nak nampak perkembangan anak. Ye tak? Dia nafikan. Dia cakap dia jaga saja anak.
Jadi aku soal dia, anak dah pandai apa? Anak boleh makan apa dah? Tapi malangnya dia tak boleh jawab. Dari situ terjentik sikit hati dia, dia mula rasa bersalah pada anak.
Satu hari anak aku senyum kat suami. Dia jadi teruja. Baby kalau senyum kat kita mesti kita rasa cair kan. Apatah lagi kalau tu anak sendiri. Suami cakap, anak kami dah pandai senyum kat dia.
Anak aku memang pandai senyum sebab dia keluar2 dari perut saja aku asyik tunjuk muka senyum kat dia. Aku tak nak tunjuk muka masam, muka marah kat dia. Tak elok untuk perkembangan dan tumbesaran dia. Ni aku ikut tips dari nurse hospital ye.
Aku just cakap, sebab dia selalu tengok ayah dia senyum kot. Sebab tu anak ikut. Suami pun tanya, “abang selalu senyum ke sayang?”.. Aku just mengiyakan sahaja. Biar dia rasa anak dia elok membesar sebab didikan dan contoh dari dia.
Setiap kali anak dah pandai buat apa-apa mesti aku akan cakap sebab suami aku pandai tunjuk contoh yang baik depan anak.. Dia akan ikut perangai mak ayah. Padahal anak banyak habiskan masa dengan aku.. haha. Tak pe lah, janji suami aku berubah jadi ayah yang lagi baik.
Sebabkan aku selalu cakap suami aku punca anak jadi pandai, dia pun dengan senang hati mandikan anak, basuh berak anak.. Ni waktu anak aku nak masuk umur setahun lebih. Dalam nak membesarkan anak tu macam2 lah dugaan.
Penat bila aku terpaksa handle anak sorang2. Nak membuang pun sampai jadi sembelit sebab asyik duk tahan nak ke tandas. Nak tak nak aku kena cari jalan juga. So, itulah kaedah dia. Tips2 ni pun aku cedok dari group parenting yang ada kat telegram,fb, tiktok.
Aku akan cakap anak aku macam tu macam ni sebab suami selalu tunjukkan contoh yang baik. Suami dah jarang nak tengking atau jerit2 kat aku sebab dia takut anak kami akan ikut perangai tak elok tu.
Kalau dulu perkataan B0&#H, B4b€ tu mainan saja.. sekarang tak ada dah. Sebab tak nak tunjuk contoh yang tak elok depan anak. Suami bukan lah berubah 360 darjah. Dia pun masih belajar untuk jadi suami dan ayah yang lebih baik.
Macam tu jugak dengan diri aku. Rupa-rupanya selama ni suami banyak terasa hati dengan aku, dia tak bagitahu direct, tapi bila sampai waktu yang sesuai dia pun akan bagitahu.
Salah satu contoh, Baru-baru ni Mak aku ada call tanya aku pergi pusat vaksin dengan siapa? Aku jawab la dengan Haikal (bukan nama sebenar). Sebab mak aku tahu suami aku jenis bangun lambat dan suka biarkan aku handle sendiri. Suami aku dengar perbualan tu.
Rupanya suami tak suka aku sebut nama dia. Dia lebih suka aku sebut perkataan suami. Mak aku tanya pergi pusat vaksin dengan siapa?, aku patut jawab pergi dengan suami. Bukan sebut nama dia.
Walau usia 7 tahun perkahwinan, banyak benda lagi yang perlu aku belajar. Mungkin jugak sebab doa mak dan mak mertua aku. Oh ye, Mak aku pun dah sedar dari kesilapan dia. Aku tahu pun sebab adik aku ada cerita kat aku.
Semua tu terjadi selepas mak keluar dari ward. Macam aku cakap dalam cerita pertama, aku saja yang bekerja sendiri dan ada waktu untuk uruskan mak. Aku dah tak rasa seperti anak terbuang.
Ok la sampai sini sahaja coretan aku. Setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Jangan putus harap kepada Tuhan. Kepada Allah sahaja lah kita bertawakal. Terima kasih admin dan semua yang sudi membaca.
Jom sama2 doakan kebahagiaan untuk kuarga kita, semoga diberikan kerahmatan dan kemulian dunia akhirat.. Assalamualaikum.
– Lailerr (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit