Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession. Tujuan confession ini dikarang adalah untuk membuka mata dan mencipta kesedaran para pembaca bahawa kisah yang bakal saya ceritakan ini benar-benar terjadi dalam kalangan masyarakat kita.
Tinggi harapan saya agar confession ini disiarkan, kerana saya mahu para ibu bapa, bersikap alert dan tidak memandang sebelah mata akan perkara ini.
Confession saya ini adalah berkait rapat dengan confession sebelum ini – Buntu, Takut, Ragu, dan Keliru! (https://iiumc.com/buntu-takut-ragu-dan-keliru/).
Confessor bagi confession itu mungkin boleh mengambil pengajaran juga daripada confession saya. Jalan cerita tidak tepat sepenuhnya, ada saya ubah sedikit supaya tidak mudah untuk dikenali.
Nama saya Z. Saya berumur awal 30an, sudah berkahwin, dan mempunyai dua orang anak. Kini saya merantau jauh dari Malaysia kerana mengikut suami, sudah menetap di negara empat musim selama 5 tahun lamanya.
Kisah ini bermula kira-kira 15 tahun yang lalu, setelah keluarga saya berpindah negeri dan saya juga harus bertukar sekolah.
Semuanya okay di sekolah baru, saya boleh adapt dengan mudahnya. Sehinggalah saya dipilih sebagai salah seorang wakil untuk satu pertandingan di sekolah.
Guru wanita yang saya namakan sebagai A, yang berumur lingkungan 40an juga merupakan guru untuk salah satu subjek yang saya pelajari. A melihat potensi saya lalu memilih saya sebagai salah seorang ahli dalam pertandingan tersebut.
Segalanya berjalan dengan lancar cumanya saya perasan, ketika kami berkumpul untuk pertandingan itu, A selalu curi-curi pandang ke arah saya yang mana ketika itu saya berasa teramat pelik tapi saya just brushed it off.
Sedang saya melakukan sesuatu, saya rasa ditenung, bila saya angkat wajah saya, A sedang merenung tepat ke arah saya. Saya larikan pandangan seolah-olah tidak berasa apa-apa.
Ketika itu juga, saya sedang rapat dengan seorang pelajar lelaki dalam pertandingan yang sama, A tahu tentang itu dan selalu mengusik kami.
Saya agak ingat-ingat lupa apa terjadi selepas itu, tapi hubungan saya dan pelajar lelaki tersebut terhenti dan saya jadi semakin rapat dengan A.
A kadang-kadang ada bertanya perihal pelajar lelaki tersebut, mungkin ingin mengorek sama ada kami masih berhubungan atau tidak, saya hanya jujur kata, oh kami dah lost contact.
Saya masih ingat kadangkala saya berasa jengkel akan soalan-soalan bernada ‘detective’ + ‘jealousy’ dari A, tapi again, saya brushed it off.
Sejak itu, hubungan kami jadi semakin rapat daripada biasa. Bermulanya dengan A akan mengajak saya travel negeri sini, negara sana. A akan bayar semuanya dan saya hanya cuma ikut sahaja.
Saya walaupun sudah berumur 17 tahun, tidaklah matang sepenuhnya, saya seronok dilayan seperti itu.
Jalan sana sini, makan sedap-sedap. Belikan saya handphone canggih-canggih. Keluarga juga tidak berasa apa-apa. Iyalah, A single.
Perempuan pulak tu. Dari luaran, A memang normal. Bertudung, berbaju kurung. Memanglah tiada siapa syak apa-apa kan.
Ketika itu, memang tidak ada apa-apa terjadi, sehinggalah satu hari, A mengajak saya ke rumahnya, mulanya hanya lepak di ruang tamu tapi tiba-tiba A mengajak saya ke biliknya.
Saya hanya mengikutinya. Naifnya saya jika diingat kembali. Saya duduk di birai katil, begitu juga A. Terasa sangat aneh tapi entahlah.
Saya melihat A di sebelah saya dengan perasaan yang bercampur-baur, tiba-tiba, A mendekati wajahnya dan mencium bibir saya. Saya kaget. A juga kaget dan kelihatan sesal. A meminta maaf dan menghantar saya pulang.
Sesampainya di rumah, A text saya dan meminta maaf berkali-kali, saya kata takpe, lupakan. Ada sedikit pelik dan entahlah susah nak describe perasaan tersebut. Bila saya fikir balik, mungkin A takut saya buat laporan atau mengadu kepada ibu bapa saya.
Iyalah, jika saya betul-betul buat laporan, A akan dibuang kerja! Namun, kami masih berjumpa dan A masih akan bawa saya ke rumahnya. Perasaan masa itu, saya suka diberi perhatian sebegitu.
A tidak layan pelajar lain seperti itu. Saya rasa istimewa. Oleh sebab itu, mungkin A boleh baca bahawa saya sudah selesa dengannya, jadi, dia ke stage seterusnya.
Tidak perlu saya explain, tapi A sudah melihat seluruh tubuh saya. Cuma saya tidak pernah melihat tubuhnya langsung. Dan A betul-betul seperti seorang lelaki jika kami bersama. Aneh. Ya.
Kami bersama bertahun-tahun sehingga saya masuk U. Di U, saya mula nak berkenal kenalan dengan lelaki. Naluri saya masih sama. Tidak berubah. Mungkin kerana A, adalah ‘lelaki’ ketika kami bersama. A sayang saya sepertimana hubungan lelaki perempuan yang biasa.
Bezanya, A luarannya perempuan. A sentiasa melawat saya di U, dia tahu pergerakan saya, aktiviti saya, akhirnya dengan senangnya saya kantoi ada lelaki lain.
A teramat kecewa dan cuba untuk putuskan hubungan kami. But that didnt happen, sebabnya lelaki itu tinggalkan saya dan saya back to A.
Semakin lama, perasaan saya terhadap A semakin tawar. Sayang masih ada cuma saya tertanya-tanya. Sampai bila…..? Theres no future for us. A ada segalanya yang saya mahu untuk seorang pasangan hidup, tapi dia seorang perempuan!
A berharta, baik hati, beragama, solat tak pernah tinggal, solat extra pun tak tinggal, puasa extra pun tak tinggal, pandai masak, sayang saya sepenuh hatinya.
Tapi nak buat macam mana, memang tiada masa depan!! Ketika itu saya sudah berumur pertengahan 20an dan A nearly 50s.
Until one day…. A cakap dengan saya, jika saya ada seseorang macam dulu, tolong bagitahu dia! Dia taknak tahu sendiri, biar saya yang beritahu. Saya sangat reluctant dan serba salah sangat. Saya bukan boleh berterus-terang begitu.
Saya rasa jahat pun ada sebenarnya, kerana ketika itu saya dalam proses mengenali seseorang, A akhirnya tahu sendiri ketika dia menyemak whatsapp saya. Dia teramat kecewa.
Dia menangis teruk seolah-olah dia tahu kali ini saya tidak main-main untuk meninggalkannya. Dia rasa dianiaya kerana saya tidak memberitahunya sendiri tetapi dia tahu sendiri daripada whatsapp saya.
Saya rasa teramat bersalah. Teramat amat bersalah. Kemudian tiba-tiba saya came across kawan lama saya di facebook. Saya namakan kawan saya ni Y.
Saya teringat, lama dulu, Y ni sangat rapat dengan gurunya juga. Kedua-duanya perempuan. Mereka selalu bergambar bersama, ke mana mana bersama.
Guru Y ialah seorang guru agama. Saya kenal Y dan gurunya juga. Keduanya ada di dalam facebook friendlist saya.
Cuma setelah Y berkahwin, tiada langsung gambar mereka bersama. Sama ada facebook Y atau gurunya sudah tiada gambar bersama. Saya boleh merasakan, cerita kami sama.
Bertahun-tahun bersama dengan A, saya develop satu skill, untuk detect sama ada seseorang itu ‘normal’ atau tidak. Tak berguna pon skill ni. Tapi itulah.
Sebelum saya bersama A, saya melihat Y dan gurunya normal sahaja. Tetapi setelah saya bersama A, bila saya came across facebook Y dan gurunya, saya tahu, oh saya rasa mereka ada sesuatu.
Saya DM Y dan slowly bertanyakan hal itu, bimbang juga takut saya tersilap. Tapi Y memang mengiyakan. Ever since Y got married, hubungan mereka terputus.
Kes Y sama juga seperti saya, bermula bersayang-sayang, berciuman, cuma guru Y hanya menyentuh sebahagian atas tubuh Y sahaja, bukan bahagian bawah.
Dan sama juga seperti saya, kedua-dua guru tersebut tidak pernah membuka baju mereka. Strange, but true. I think both guru Y and A just love to cuddle, snuggle,…with naked woman..?
Saya tak mahu mengenangkan kisah lama secara detail begitu. Guru Y pon saya lihat sudah ada ‘student’ lain yang menggantikan Y. Again, bergambar rapat-rapat bersama, berpelukan berdua, memakai baju warna sama.
Of course, she will do the same thing to the new student as well. Tapi A, guru lama saya, sudahpun saya lost contact. Masih ada dia di dalam social media saya but I chose to ignore sahaja. Tak block but no interaction.
I am happy with husband and kids now alhamdulillah. Husband pun tahu kisah saya. Semasa saya ceritakan kepada A berkenaan bakal husband saya ketika itu, A mengutuk orang-orang dari negara suami saya. Probably she tried to make me change my heart..?
Little did she know that, she just made everything easier – for me to leave/hate her. But deep down inside, I feel sorry for her. Kesian sangat-sangat. I know her childhood has affected her. Tak perlulah kita cerita detail.
Berjaga-jagalah. I have two kids now. One son and one daughter. Saya terlalu risau untuk membesarkan anak saya dalam dunia yang terlalu ramai manusia yang dalam ‘kesakitan’. Berkawanlah dengan anak. Ambil kisah dengan siapa anak-anak kita rapat.
Doa-doa pelindung tak pernah saya tinggal. Saya akan baca seusai solat, juga semasa saya bermanja dengan anak-anak, doa-doa tersebut akan saya baca lalu saya tiup dan usap ke kepala anak-anak saya.
Buat confessor Buntu, takut, ragu dan keliru!, just walk away. Jika guru awak masih mendesak, tak salah untuk awak buat laporan. I know how you feel. Serba salah dan sebagainya but ITS WRONG!
The whole thing is wrong. Berkeraslah. WALK AWAY AND RUN! Berbaliklah kepada jalan yang sebetulnya.
Buat saudara-saudara sejantinaku yang sedang berada dalam hubungan haram lagi bengkang bengkok, saya doakan awak semua dikurniakan kesedaran dan hidayah secepat mungkin. Hubungan haram itu langsung tak ke mana.
Think about it deeply. I know that you feel okay about it because it has been ingrained in us that – sex with men is wrong and berdosa.
So awak akan rasa macam, alah, ours is different. NOPE. Its WRONG. Its STILL WRONG. Dosanya sama sahaja jika awak berhubungan dengan lelaki bukan mahram. SAMA JE. Bukak mata dan hati luas-luas. Stop being denial. Semoga urusan awak dipermudahkan.
Salam sayang,
– Mrs Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit