Untuk part I, (https://iiumc.com/ditinggalkan-suami-orang/).
Assalamualaikum, sekali lagi saya Cath. Sorry kalau cerita saya agak tergantung saya bukan syok sendiri, Iman ada confess perasaannya dengan saya, dia mahu menjadikan saya isterinya.
Sering bercerita tentang masa depan, mungkin juga dia mau jadikan saya yang kedua tapi dia mengaku dia bujang. Hati mana yang tidak berharap kalau dia mengatakan dia bujang?
Baca confession pertama saya sampai habis, saya doakan Iman, Aria & Illiya tapi tetap saya dikecam sampai dikata,
‘Nasib tidak jumpa bini yang psycho kalau tak habis dilumur dengan cili padi’
Budayakan membaca sampai habis ya mungkin ada info yang terlepas mungkin kamu menyangka saya merenyam masih mengadu domba untuk perhatian Iman. tidak sumpah tidak, saya sudah block Iman.
Saya cuma sedih dan meminta kekuatan semoga hari saya menulis confession pertama adalah hari terakhir saya menangis sebab Iman.
Untuk para lelaki, kalau sudah pegang tittle suami orang. Tidak perlu berkawan dengan perempuan lain apa lagi, paling paling profile picture tu tempek la gambar sanding dengan isteri.
Atau buat relationship ‘married’ jangan buka ruang dan peluang untuk orang menyondol dan kamu melayan. Okay?
Ada juga yang kata, ‘patut depress, asyik melayan phone. Cuba banyakkan ibadah, riadah, membaca buku2 atau yang sewaktu dengannya.’
Adakah saya perlu melampirkan bukti bukt saya beribadah? Masyarakat perlu cakna kesihatan mental sama seperti sakit fizikal yang terzahir seperti kencing manis. Kenapa penerimaan kamu tidak sama?
Kamu akan nasihatkan orang yang sakit fizikal untuk pergi ke hospital dan makan ubat tidak pula kamu berkata,
‘Patutlah kencing asyik makan manis cuba banyakkan ibadah memang kamu tidak kena penyakit apa apa’ tahukah tuan puan yang sakit mental ini juga berusaha untuk sembuh,
Bukan kami menidakkan kuasa Allah, bukan kami tidak beribadah dan membaca quran kami kekurangan hormon di dalam otak.
Banyak membaca ya tentang kesihatan mental, jangan sampai apa yang di komen terkena batang hidung sendiri. Kifarah itu ada :)
Part menangis semasa akad nikah, Iman menangis. Saya juga menangis mengenangkan janji janji Iman selama ini berfikir apa salah dan dosa saya sehingga kenal Iman.
Saya lahir dalam suasana broken family, saya faham perasaan bonda saya ditinggalkan untuk perempuan lain jadi memang saya tidak mahu dengan suami orang.
Saya akan menolak kalau Iman mengaku dia suami orang. Saya juga wanita, ada perasaan sedih melihat kaum saya diperlakukan sebegitu.
Saya menjarakkan diri walaupun saya kata saya tidak diberi penjelasan kenapa dia lakukan itu kepada saya.
Betul lah kata orang, walaupun lelaki yang mulakan dahulu tentu perempuan yang akan di kecam,
Terima kasih untuk kecaman yang mengatakan saya syok sendiri, perasan lebih, memang dia layan semua orang begitu, tidak apa saya terima telan dan hadap semua kecaman itu.
Menulis di IIUM Confession ini benda yang kamu akan dapat ialah kecaman dan sokongan. Hargai keduanya.
Semoga yang mengalami nasib sama dengan saya akan di pertemukan dengan yang benar benar jodoh, yang membimbing ke arah jalan yang benar, yang akan ke jannah Allah bersama.
Jaga suami atau isteri kamu, dunia berputar sudah banyak saya nampak suami suami mengaku bujang semoga kamu tidak terkena nasih seperti aria dan saya.
Untuk yang memberi sokongan, yang mengatakan benda benda baik, saya hargai saya screenshoot dan saya tulis dalam buku *menulis itu terapi kalau saya depress*
Saya mahu abadikan kata kata yang baik dari orang yang tidak mengenali saya tapi masih ada hati untuk berkata dan mendoakan yang baik baik untuk saya.
Saya doakan yang berkeluarga semoga Allah luaskan rezekinya jadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah.
Yang belum bekeluarga hang on there, jodoh kita masih otw, hehe.
Doakan saya sihat tanpa bergantung dengan ubat, doakan saya dapat jodoh yang baik. Yang tidak ragu ragu, yang membimbing saya ke jalan yang benar. Yang mencintai saya tiada duanya.
Mana tahu doa salah seorang daripada kamu dimakbulkan Allah. Saya doakan yang baik baik untuk semua orang yang baca tanpa prejudis.
Love,
– Cath A.N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit