Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Nama saya Mak Melati (bukan nama sebenar), berumur dalam 30an, berkahwin dengan seorang suami dan mak kepada 3 orang anak.
Tujuan Mak Melati menulis ni sebab nak minta pendapat. Okay macam ni ceritanya. Rasanya semua orang mesti tahu tentang apa2 jenis jualan produk yang ada team.
Macam Mak Melati, terjebak juga jadi ahli untuk 1 brand EO ni, rasanya semua tahu kan.
As a user Mak Melati memang suka guna EO tu untuk bau-bauan dalam rumah. Lama jugalah menyimpan. Lepas di perkenalkan set tu dari salah seorang distributor, terbeli pula. Hehe.
Bila dah jadi user, diceritakan pula tentang kelebihan bila join program business tu. Ada team nak buat business tu. Kalau betul2 buat memang dapat income banyak sangat.
Tercengang juga la Mak Melati. Ingatkan senang nak dapat rupanya ala2 multi level juga.
Tapi, sekarang Mak Melati macam nak stop untuk join program yang setiap bulan kena beli barang2 tu. Nak dapatkan customer tu perlu promote di FB, IG, atau Whatsapp story apa yang kita jual tu.
Ianya perlu komitmen untuk nak up post pada certain2 waktu. dan lagi pula tips nya, perlu diselitkan dengan personal life.
Mak Melati bukanlah seorang yang old school langsung tak update apa2 pasal personal life. Ada la kadang2 (lebihnya jarang-jarang sangat). Teringin juga post gambar dengan anak2. Letak gambar masak apa harini.
Tapi bila buat bisness. Tiba2 Mak Melati rasa macam sesuatu pula. Sebab kena fikir hari2 kena buat content selit pasal personal.
Jadi macam terpaksa pula sebab diri bukanlah selalu nak update apa buat hari2 sangat. Umur pun dah 30an, simptom malas nak update sangat hal diri dan keluarga memang ada dah.
Ada yang tertanya-tanya ke tu apa kerja Mak Melati ni. Mak Melati surirumah. Kerja jaga anak2. Semua masih kecil-kecil lagi. Anak2 masih perlu perhatian.
Mak Melati perasan, bila asyik mengadap telefon nak update atau promote atau nak balas whatsapp orang yang bertanya.
Pernah anak tengok dari jauh, muram saja mukanya. Pernah juga anak nak makan, Mak Melati mengadap telefon lagi. Anak nak itu ini. Telefon tak lepas pandang. Mak Melati rasa tak bergunanya Mak Melati ni bila telefon tak lekang-lekang.
Disebabkan nak akaun tu aktif jadi wajib buat order personal setiap bulan. Untuk melayakkan dapat komisen jika dapat daftar orang jadi ahli. Tapi kesian Mak Melati ni agaknya circle ramai surirumah saja.
Jadi nak dapat sale kepuk2 bak kata ketua team tu, entahla kan. Huhu. Sebab tu la Mak Melati buat juga order utk aktifkan akaun, utk layak dapat komisen jika daftarkan orang jadi ahli. Haa begitulah.
Lagi 1 pula suami Mak Melati kadang2 ada kerja malam. Jadi Mak Melati nak commit untuk join class online segala tu. Banyak terlepas dari dapat join.
Kalau join pun, kurang focus sebab bila ayahnya tiada malam sebab kerja, Mak Melati la kena jaga anak2. Masa2 tu lah sorang nak susu, sorang nak makan, sorang tiba2 jerit nak terberak. Huru hara jadinya.
Untuk spent bulanan pula untuk cukupkan point wajib tu memang beratus juga. Jika tak cukup jumlah point, Mak Melati kena beli apa2 barang dan nanti jual balik pada sesiapa yang nak.
Kena promote la sebab dah jadi ready stock. Tapi nak dapat modal balik tu, makan masa. Kadang nak guna duit beli apa teringin, selalunya beli makanan utk anak2, duit dah pergi ke EO.
Memanglah orang kata, rezeki ada dimana-mana. Kalau tak promote, orang tak tahu, kalau malas, tak dapat hasil. Tapi Mak Melati ni terasa perhatian dekat anak2 jadi kurang.
Dan lagi 1 dengan nak maintain akaun aktif setiap bulan tu, Mak Melati tak larat dah rasanya.
Mak Melati rasa nak undur diri as distributor. Tak salah pun kan kalau surirumah tapi tak buat bisness. Suami Mak Melati tak kisah pun sebenarnya. Nak jual apa2 isi masa buatlah. Tapi jangan sampai terabai anak, rumah, diri sendiri.
Suami Mak Melati bukanlah kerja gaji besar2 tapi setakat ni alhamdulillah mencukupi semua keperluan kami dengan 3 anak ini. Bila anak2 nak perhatian Mak Melati tak layan betul2 rasa kasihan anak2 bila teringat balik.
Mak Melati tak tahu macam mana nak cakap dengan ketua Mak Melati tu. Sebab masuk team cara baik. Kalau nak keluar kena la cara baik juga kan. Tolong Mak Melati ya.
Maafkan Mak Melati jika ada kata2 yang mungkin terguris. Mak Melati cuma nak undur diri dengan cara baik. Terima kasih semua sudi baca luahan Mak Melati. Semoga kalian semua dipermudahkan segala urusan.
Yang nak keluar team,
– Mak Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit