Lama terfikir nak mulakan kisah ni dari mana. Nama saya Clay. Umur 30-an. Bujang. Saya seorang pelajar pintar sejak dari zaman UPSR lagi sentiasa straight A.
Tapi kehidupan sosial saya sangat kosong disebabkan saya selalu dengan buku, kelas tambahan, nota, buku latih tubi. Bahasa mudahnya saya ni nerd.
Hiburan saya sekadar TV dari jam 4 petang sehingga 7 petang. Arwah bapa saya sentiasa penuhi apa yang saya inginkan sehingga lah beliau meninggal dunia disebabkan kanser otak semasa saya 14 tahun.
Saya kemudian dibesarkan oleh ibu saya bersama dengan 3 beradik yang lain dalam keadaan tidak mewah tetapi mencukupi
Skema saya ni membawa sehingga saya ke Universiti. Sehingga la saya disahkan menghidap deprresion and anxiety disorder. Stressful life kot, sebab asyik dengan dunia belajar tanpa rehat, hiburan atau bersosial dengan kawan, family.
Saya tidak mempunyai rakan baik dan hubungan dengan keluarga sedikit renggang disebabkan saya bersekolah di asrama sejak tingkatan 1 sehingga lah saya ke U yang jauh dari keluarga.
Hubungan yang renggang dengan keluarga ni sampaikan orang tak sedar saya ni anak kedua dalam family, semua fikir selepas abang sulung saya, adik saya yang ketiga tu adalah anak kedua.
Disebabkan depression dan stress melampau, saya telah buat keputusan untuk keluar dari comfort zone saya. Saya mula ke kelab malam pada usia 23 tahun. Saya menerima kejutan budaya.
Satu hari, saya menghadiri 1 majlis sambutan hari lahir kenalan saya di satu kelab malam di Selangor.
Di situ saya kenal dengan 1 lelaki Melayu. Nama Z. Ketika saya dan rakan2 lain mabuk, Z hanya menari dan menghisap rokok. Habis majlis, Z minta nombor saya dan kami berkenalan dan mesej sejak hari itu.
Hubungan saya dengan Z berlangsung selama 8 bulan. Z saya gambarkan sebagai seorang lelaki yang tenang dalam segala hal. Tetapi misteri. Saya mula selesa dengannya.
Masuk bulan ke tiga perkenalan, Z mengajak saya untuk berhijrah. Untuk berubah ke arah kebaikan dan berkahwin.
Z tidak pernah sentuh alkohol. Z mengunjungi tempat sebegitu katanya sekadar bawa client syarikat berhibur. Z sangat prihatin.
Saya terbuai dengan layanan dia dan mula berfikir untuk berhijrah dan bertaubat seperti dirinya. Silap saya, berubah kerana nak seorang lelaki jadikan saya isteri. Kami merancang untuk bertunang pada Hari Raya Aidiladha yang kedua.
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan lebat di pagi hari. Saya dapati akaun media sosial saya mula diintai oleh 2 orang wanita. 1 nama D 1 nama Y. Wanita nama Y telah mesej kepada ahli keluarga saya dan bertanyakan berkenaan saya yang alami depression.
Mesej tersebut telah di screenshot dan dihantar ke dalam group Whatsapp family. Keluarga saya mula risau disebabkan mesej yang dihantar oleh wanita nama Y.
Kerana kami sekeluarga telah sepakat untuk sembunyikan hal sakit depression saya ni dari pengetahuan orang luar dari keluarga kami.
D hanya stalk media sosial saya. Pada 3 hari sebelum raya Aidiladha, Z mesej saya bagitahu bahawa dia akan pulang ke kampung di Penang.
Tujuan Z pulang adalah disebabkan mahu menjalankan rawatan tradisional disebabkan Z dakwa dia telah terkena buatan orang. Dan saya percaya.
Disebabkan kurang pergaulan dengan orang sekeliling, saya jadi mudah percaya kepada apa apa yang diberitahu kepada saya, walaupun ada sangsi dan syak wasangka, saya masih berfikiran positif.
Tapi disitu lah rupanya kemahiran berfikir dan social skills saya Allah uji. Benda yang tak ada dalam buku. Kepelbagaian sifat dan perangai manusia. Tipu helah duniawi yang akan mengecewakan diri.
Atas dasar percaya (ya, saya mudah percaya orang) saya call dan siap doakan kesihatan dia memandangkan raya dalam 3 hari lagi.
Mula jam 4 petang hari yang sama, Z telah stop mesej saya. Saya telah mesej Z pada jam 10 malam hari yang sama untuk wish good night. Mesej saya hanya dibaca (bluetick).
Hari Raya Aidiladha pertama, Z masih tidak mesej saya. Saya telah call dan panggilan saya masuk voice mail. Saya telah mesej, hanya 1 tick. Media sosial Z telah hilang. Tetapi disebabkan kebolehan saya dalam bidang IT, saya telah jumpa akaun media sosial Z dan keluarga nya.
Disebabkan Z ni suka acah2 cool and misterious tak banyak kisah diri dia yang dia ceritakan kepada saya. Saya buat carian di media sosial dan beberapa sumber yang boleh dipercayai.
Saya dapati Z rupanya suami orang dan mempunyai 1 anak lelaki dan Z merupakan seorang engineer di Selangor.
Saya tahu semua maklumat Z. Alamat rumah Z, ibubapa Z, isterinya D, adiknya Y ( yang mesej ahli keluarga saya tu), malah nama penuh anak Z pun saya tahu tapi bukan lah perangai saya menyerang, memaki hamun dan mengamuk sana sini.
Saya cuma rasa remuk hati ni sebab saya pertama kali berkawan dengan rapat dengan 1 lelaki tetapi ini yang saya dapat.
Saya rasa dimainkan, seolah perasaan saya, luahan saya, masa saya dibazirkan untuk 1 penipuan bagi mengisi masa Z dan untuk Z uji ‘market’ diri sendiri selepas berkahwin. Saya sangat kecewa.
Saya hampir bunuh diri kerana rasa perasaan saya tiada nilai. Saya frust sangat, saya kembali ke dunia hiburan yang gelap selama hampir 2 tahun. Sebelum saya sendiri tersedar dan terima hidayah dari Allah untuk berubah dan kembali kepadaNYA.
Kepada semua lelaki yang bergelar suami, jangan test market anda. U never know what you have done to someone. Kepada Z, saya tahu awak masih hidup dan sihat. Semoga apa yang awak lakukan kepada saya tidak berbalik kepada keluarga dan keturunan awak 1 hari nanti.
Jangan gunakan alasan untuk mengajak ke arah kebaikan, ke arah agama sebagai modal anda. Saya hampir tertipu. Saya sedar, kita tak perlu berubah demi manusia.
Kini saya dalam proses berhijrah, saya dah tinggalkan dunia hiburan huha huha semua dan berharap saya istiqamah dalam penghijrahan saya. Doakan saya.
– Clay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit